Seorang wanita bersama anaknya berdepan detik cemas apabila tersangkut hampir 15 minit ketika menjalankan aktiviti flying fox di Taman Tasik Shah Alam.
Dua beranak yang tergantung pada ketinggian 30 meter itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh salah seorang kakitangan pengendali aktiviti lasak terbabit.
Operasi menyelamat berjaya dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian itu.
Menerusi temu bual yang dikongsikan, mangsa dikenali sebagai Puan Amalina mengakui agak cemas berdepan situasi tersebut, namun cuba menenangkan diri untuk mengelak panik.
“Keadaan tergantung sudah teruk tapi kalau panik kita tak tahu apa akan berlaku selepas itu jadi perlu kekal tenang.
“Ini adalah pengalaman pertama berdepan situasi tersebut namun sebelum ini sudah biasa dengan aktiviti lasak jadi kejadian ini tidak terasa sangat,” katanya.
Pun begitu situasi sebegitu pastinya menarik perhatian ramai malah mengecam aksi dua beranak itu yang dirasakan kurang sesuai dilakukan terutama dari aspek keselamatan malah melibatkan anak kecil.
Malah ramai wargamaya turut tidak bersetuju tindakan si ibu membawa anak mengikuti aktiviti berkenaan kerana berisiko.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Sinar Harian