Ibu Ayah Boleh Amal Tips Dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah Ini Untuk Didik Anak Genius

Share

Semua ibu ayah idamkan anak yang genius. Untuk merealisasikan impian bolehlah amalkan tips daripada Datuk Dr. Fadziah Kamsah, pakar motivasi terkenal yang tak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya.

Anak adalah amanah daripada Allah. Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab mencorakkan didikan yang terbaik untuk mereka supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat.

Tak salah untuk kita meniru atau mengamalkan sebarang petua dan tips yang dikongsikan oleh mereka yang pakar dan telah berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya.

Semoga tips bermanfaat ini boleh dijadikan panduan kepada semua yang bergelar ibu ayah dalam mendidik anak-anak.

1. DOA IBU BAPA

Doa ada senjata utama seorang mukmin. Apa sahaja impian kita pada anak-anak hendaklah kita mohon pada Tuhan Yang Maha Esa. Pentingnya doa daripada ibu bapa kerana doa ibu bapa adalah paling mustajab untuk anak-anak. Nak anak soleh, nak anak genius, nak anak pintar dan berkebolehan, pohonlah terus kepada Allah. Doa yang sungguh-sungguh pastinya dimakbulkan Allah.

2. DIDIK DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

Kita sedar tentang kesibukan ibu bapa sekarang. Kadang-kadang pagi lagi dah keluar mencari rezeki dan malam pula baru nampak batang hidung. Bagaimana dengan anak-anak?

Sedangkan ibu bapa adalah orang paling penting dalam usia kecil mereka untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri mereka. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mempunyai kualiti masa yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan. Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak ini yang boleh menjadikan anak-anak kita genius dalam bidang tertentu.

3. TERIMA ANAK SEADANYA

Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potenasi anak-anak agar potensi tersebut dikembangkan secara optimum. Mungkin ada anak kita yang cenderung untuk berdikari, bebas dan melakukan aktiviti lebih lasak. Namun, jika ada anak kita yang memang terlalu gemar memasak, maka bantu mereka untuk mengembangkan potensi memasaka mereka sehingga menjadi tukang masak@ chef yang hebat.

4. SEDIAKAN SUASANA MERANGSANG

Suasana dan persekitaran boleh merangsang perkembangan minda anak-anak. Sama ada suasana dari segi cara susun atur perabot rumah, pemilihan warna rumah atau pergaulan anak-aak di dalam rumah. Contohnya warna dinding untuk bilik tidur dan bilik belajar adalah berbeza untuk melahirkan mood yang berbeza.

5. MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG SERTA GAYA HIDUP YANG SIHAT

Makanan seimbang bermaksud makanan yang memenuhi 7 kelas makanan mengikut susunan piramid makanan. Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat bermaksud aktiviti harian yang dilakukan setiap hari adalah aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, makan makanan berkhasiat serta bersosial dengan baik bersama jiran tetangga dan rakan-rakan.

Sumber: Sunnah Food Centre

 

Published by
Hasnita Sawal