Ibu Ayah Ini DIY Dapur Mainan Anak Dengan Modal Hanya RM50!

Share

Kadangkala kreativiti ibu ayah yang DIY atau buat sendiri dapur mainan untuk anak perempuannya lebih bermakna dan paling penting membantu merangsang imaginasi anak.

Sememangnya sokongan dan penglibatan ibu dan ayah dalam setiap perkembangan anak termasuk bermain bersama-sama membantu si kecil menjadi lebih seronok dan belajar banyak perkara.

Lebih menyeronokkan sekiranya ibu dan ayah boleh merealisasikan impian anak mempunyai dapur mainan sendiri. Tak semua orang mampu membelikan anak dapur mainan yang lengkap  kerana harganya boleh tahan mahal sehingga mencecah ratusan ringgit.

Kreativiti yang ditunjukkan oleh Puan Hafizah Nordin dan suaminya dalam menyediakan kelengkapan dapur mainan untuk anak-anak perempuan mereka boleh dicontohi oleh ibu bapa lain.

Pretend play di dapur mainan yang seolah-olah sama seperti dapur sebenar sudah tentu membantu anak-anaknya menjadi kreatif dan otak mereka berkembang dengan baik kerana dapat belajar sambil bermain.

DIY DAPUR MAINAN ANAK *MODAL RM50* 
murah janji anak seronok main 

BARANG BELI DARI KEDAI ECO RM2 

1. WALLPAPER 5 ROLL
2. PERIUK KUALI KECIK2 
3. BEKAS PLASTIK PINK
4. PAIP PLASTIK
5. SINKI PUN GUNA MANGKUK STAINLESS STEEL BELI KT ECO
6. BAKUL PLASTIK PUTIH BUAT MESIN BASUH
7. PENYANGKUT LEKAT DINDING
8. LAPIK KAKI ECO

*LAIN2 BARANG DAH MEMANG ADE KT RUMAH*
– KOTAK BELI STOK LAMPIN ANAK ( KOTAK AP2-APA PUN BOLEH)
– MAINAN MASAK2 ANAK kumpul balik semua yang bersepah
– MASKING TAPE
– GAM

Cara buat kotak kabinet mainan

Kotak kosong
Guna gam multipurpose utk lekatkan kotak dengan kotak
Lekat wallpaper keliling kotak
Dah siap

Mesin basuh mainan

Potong bucu depan. Gam atas kepingan kotak lain.
Letak bakul putih kt dalam. Boleh masuk baju.
Pandangan depan mesin basuh mainan
Acah-acah basuh baju

Kabinet dapur mainan

Kitchen cabinet belum siap
Hampir siap
Wah cantiknya bila dah siap
Macam ni mama pun nak join main sama

Peti sejuk mainan

 

Peti sejuk mainan
Susun makanan dalam peti sejuk

Sinki & Oven mainan

Sinki tak keluar air
Dalam tu letak box mainan lain-lain. Jadi tak sepah mainan
Mozaic petak kecik tu beli kt GM. Sebenarnya stiker je. Tp jenis timbul. Mahal sikit. RM10 dapat sikit je.
Stove + oven
Pandangan atas
Kemas sinki
Dapur masak mainan
Mama pun acah-acah baked cupcake kt dapur mainan

 

Seronoknya anak-anak boleh main masak-masak dengan dapur mainan sendiri. Tak kacau dah dapur ibu kan.

 

Published by
Hasnita Sawal