Bila anak dijangkiti HMFD, ibu ayah jangan terus panik. Boleh ikuti cara yang dicadangkan oleh doktor ini agar dapat mengawal jangkitan dan mengelakkan ia merebak.

Anak anda dijangkiti HMFD? Amat penting bagi anda untuk mengetahui cara betul penjagaan di rumah dan kaedah untuk mengelakkan ia menjangkiti orang lain.

Info-info yang diutarakan oleh  Dr. Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan KPJ Perlis Specialist Hospital ini boleh membantu memahami perihal HMFD dan penjagaan anak yang dijangkiti agar terhindari perkara yang tidak diingini.

11 PERKARA PENTING MENGENAI JANGKITAN HFMD (HAND FOOT & MOUTH DISEASE)

Ibu Ayah Jangan Panik Bila Anak Terkena HMFD. Boleh Ikut Cara Doktor Untuk Penjagaan & Elak Perebakan

#1 IA SANGAT MUDAH BERJANGKIT

HFMD sangat MUDAH berjangkit. Enterovirus HFMD dari seorang bayi/pesakit, boleh menjangkiti lima orang bayi/pesakit lain yang terdedah dengannya. Ia sangat mudah merebak di tempat common kanak-kanak/bayi, contohnya di taska, melalui permainan, troli kanak-kanak, meja, kerusi bayi dan sebagainya.

#2 CARA MENJANGKITI

Jangkitan adalah melalui air liur, batuk, droplet pernafasan, dan cecair dari ruam, juga melalui najis. Virus Enterovirus dan Coxsackie yang menjadi punca HFMD boleh hidup di luar badan manusia, bahkan berbulan-bulan lamanya.

#3 HAND SANITIZER TIDAK CUKUP

Terdapat laporan mengatakan penggunaan hand sanitizer sahaja adalah tidak cukup untuk menghapuskan virus Coxsackie. Digalakkan untuk mengamalkan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, serta penggunaan bahan pencuci seperti Bleach/Clorox untuk pakaian, alat permainan atau permukaan yang berkemungkinan terdedah. Suhu lebih 42 darjah Celsius sahaja yang boleh menyahaktifkan virus ini.

Ibu Ayah Jangan Panik Bila Anak Terkena HMFD. Boleh Ikut Cara Doktor Untuk Penjagaan & Elak Perebakan

IKLAN

#4 TEMPOH INKUBASI

Tempoh inkubasi adalah sekitar 3 – 7 hari. Maksudnya, hanya selepas 3-7 hari terdedah kepada sumber jangkitan (eg : budak lain, alat permainan, pakaian etc), barulah simtom akan bermula.

#5 DEMAM & RUAM SEBAGAI SIMPTOM

Simptom bermula dengan demam panas (mencecah 38.5-39 darjah celsius), dan selepas sehari dua demam, barulah ruam-ruam bintik akan mulai muncul. Ruam akan muncul secara berperingkat, eg mula di tapak tangan, kemudian beberapa jam kemudian tapak kaki, kemudian sehari dua baru nampak di mulut, juga boleh di punggung.

#6 KULIT HILANG DAYA PELINDUNG

Ruam boleh menjadi gatal. Kebersihan pada kawasan ruam perlu dijaga. Kawasan ruam, adalah kulit yang hilang fungsi defensive, justeru mudah dijangkiti bakteria kedua (secondary bacterial infection).

Elakkan dari bayi bermain di tempat kotor, terkena bahan yang boleh membawa bakteria seperti bulu kucing, pakaian yang kotor, karpet, tikar, pasir dan lain-lain.

IKLAN

Ibu Ayah Jangan Panik Bila Anak Terkena HMFD. Boleh Ikut Cara Doktor Untuk Penjagaan & Elak Perebakan

#7 RUAM DALAM MULUT

Ruam didalam mulut, boleh menjadi oral ulcer. Tompok-tompok ulcer ini, pastinya menyakitkan, dan bayi tidak mampu beritahu yang dia sedang sakit. Tanda-tanda seperti enggan minum, merengek tidak berhenti, adalah petanda bayi dalam kesakitan.

Ubat tahan sakit seperti Paracetamol dan Ibuprofen boleh terus diberikan setiap enam jam, tidak semestinya ketika demam sahaja.

#8 KERAPKAN BERI ANAK MINUM

Berikan cecair dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap, cecair sejuk boleh membantu, boleh gunakan picagari untuk mudahkan. Contohnya halakan muncung jauh daripada kawasan ulcer. Apa jenis cecair pun tak apa, eg: susu, air kosong, jus. Asalkan cecair. Tidak semestinya kena habiskan terus secawan atau sebotol.

Tapi kerapkan, contohnya 20ml setiap setengah jam. Sejuk boleh mengurangkan rasa sakit/tidak selesa. Adakalanya doktor akan berikan ubat berbentuk gel atau spray yang boleh mengurangkan rasa sakit.

IKLAN

#9 JANGAN BIAR HINGGA ANAK DEHIDRASI

Asalkan bayi anda masih boleh minum cecair, dan suhu badannya boleh dikawal, kebiasaannya tidak perlu dimasukkan ke wad. Sebaliknya jika bayi anda kekurangan air, ada simptom dehidrasi, maka bayi anda perlu dimasukkan ke wad dan air akan diberikan melalui suntikan intravena.

10% bayi yang menghidap HFMD perlu dimasukkan ke wad, dari jumlah ini 10% mendapat komplikasi teruk dan 0.5% boleh meninggal dunia.

#10 KUARANTIN

Jangkitan HFMD biasanya akan mengambil masa 7 ke 10 hari untuk betul-betul sembuh. JANGAN bawa anak anda keluar dari rumah, kuarantin adalah wajib kerana ianya sangat mudah berjangkit (rujuk point 1). Bagi pekerja kerajaan, anda boleh dapat cuti kuarantin menjaga anak. Jangan salahguna cuti ini pergi jalan-jalan sana sini, Allah Maha Mengetahui.

Ibu Ayah Jangan Panik Bila Anak Terkena HMFD. Boleh Ikut Cara Doktor Untuk Penjagaan & Elak Perebakan

#11 BEIRI KERJASAMA BERI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Semua jangkitan HFMD wajib dilaporkan oleh pegawai perubatan ke Jabatan Kesihatan Negeri. Pihak jabatan kesihatan akan menghubungi tuan/puan dan mendapatkan maklumat seperti sejarah travelling, tempat taska/pengasuh, dsb.

Sila beri kerjasama kepada mereka, kerana data yang mereka kumpul adalah sangat penting bagi mengawal jangkitan dari merebak menjadi epidemik.

Sumber: Dr. Mohd Syamirulah Rahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI