Biasanya ini akan berlaku bila anda ada anak lebih dari dua orang. Ada setengahnya ia tidak sengaja terjadi. Tanpa sedar anak sulung atau anak bongsu dapat banyak kelebihan. Sedangkan anak kedua atau mungkin anak tengah kurang di beri perhatian. Biarpun mungkin anak tersebut tidak berkata apa tetapi sebenarnya ada kesan buruk tanpa kita sedari. Ibu bapa perlu ambil perhatian ya!
Kurang rasa memiliki
Anak akan hilang rasa “memiliki” (sense of belonging) kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang dan melakukan lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, dia juga merasakan diapit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
2. Rendah diri
Merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
3. Suka menyendiri
Ads
Mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan bersandar pada diri sendiri untuk sokongan tanpa pertolongan orang lain khususnya ibu bapa.
4. Kecelaruan
Ads
Kanak-kanak ini juga akan jadi tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka.
5. Kurang kepercayaan
Ads
Selalunya anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami masalah ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan di abaikan dan tidak di sayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didikan sempurna di awal fasa pertama kehidupan anak iaitu 0 hingga 6 tahun, akan membentuk keperibadian baik apabila besar.
Semua nak yang terbaik asalkan anak dapat menjadi individu cemerlang. Tapi adakah ibu bapa tahu dalam kelekaan memberi anak pendidikan awal seperti mengajar membaca, menulis, membaca al-Quran dan solat kita terlepas pandang mengenai pendidikan aqidah?
Sepatutnya pendidikan aqidah yang perlu diutamakan dan barulah diikuti oleh pembelajaran yang lain.
Melalui Facebook Prof Dr Muhaya, perkongsian dari rakannya mengenai pendidikan aqidah untuk anak-anak di diperingkat Golden Age boleh dijadikan panduan untuk semua ibu ayah.
————————————————————
0-6 tahun Golden Age? Merujuk pada apa Golden Age ni?
Bukan Flash Cards Bukan Hafazan al-Quran Bukan Solat Bukan Buku Kanak-kanak Bukan Educational Toys Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka Bukan Nursery Rhymes
Rupanya silap banyak sangkaan saya. Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran
Nasihat pertama berbunyi:
” Wahai Anakku, Janganlah engkau menyukutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar”
Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH
Eh..kenapa tak sebut solat dulu? Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman
Rupanya anak yang diberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk bersolat pada usia 7 tahun nanti.
Bagaimana pula dengan didikan kenal al-Quran dan ajar solat seawal kecil?
Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan. Cuma jangan terlalu disibukkan dengan Flash Card atau Hafazan/solat hingga tertinggal aspek pendidikan aqidah.
Membaca al-Quran dan hafazan hanya merupakan kemahiran yang kita mahu anak kuasai. Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam aqidah.
Soalannya..
Bagaimana mahu tanamkan aqidah dalam diri anak kecil?
(Tip ini untuk anak yang 2 tahun keatas)
1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya
“Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?” soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut
“Mak, dah hujan..kenapa Allah turunkan air dari atas?’
Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah
Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma’ ul husna)
Contoh jawapan saya beri:
“Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur..sebelum telan.
Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar. Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?”
Kadang-kadang giliran kita pula bersoal jawab dengan anak
Contoh:
“Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut..?”
“Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?”
Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia.
Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya.
2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim
Bukan Allah yang garang. Bukan Allah yang suka menyeksa
Yang ni aspek paling penting! Ramai yang silap didik anak bab ini.
Kenapa kena solat? Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)
Tukar ayat ke:
Kenapa kena solat? Sebab Allah sayang orang solat..adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?
Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau neraka
Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim
Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya
Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika buat kebaikkan yang Allah suka
saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga..bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti
Mudah untuk mendorong anak buat kebaikkan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim
3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah. PUJI mereka
Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa
Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan
Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu. Jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)
Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun.
Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap. Saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri menjawab bahawa “Allah ada..jangan takut ” lalu dia tidur dengan lena.
PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah, kerana bila kita memuji anak..mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah “desirable attitude” (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.
Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai “desirable attitude” yang kita mahu mereka ada dari kecil.
Apakah desirable attitude yang kita mahu?
Anak sentiasa merasa Allah berada di mana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka
Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak suka atau haram.
Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah
Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca al-Quran dan hadis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fitrah anak-anak kecil memang suka pegang, kutip dan telan semua yang ada di sekeliling.
Hal ini buat ibu bapa keliru samada nak membenarkan atau biarkan anak kerana di luar sana, ada terlalu banyak cakap-cakap orang:
“ Jangan bagi main kucing tu. Kotor. Bulu kucing boleh buat alergik tu”
VS
“ Bagus main kucing ni tau. Terapi emosi dan sensori especially untuk anak-anak yang ada isu perkembangan”
“ Bagi anak belajar jalan kaki ayam atas pasir dan atas rumput ni bagus tau. Anak lagi natural dapat feel kaki dia, otot dan tulang dia. Dapat rangsang deria-deria dia jugak”
VS
“ Masuk cacing kang kaki anak kau jalan atas rumput gitu tak pakai kasut”
…dan lain-lain lagi.
Jadi, kotor alami ni sebenarnya bagus tau tak untuk anak?
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI DBL INSTITUTE THB EDU ASSC THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEESMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS