Ibu Ayah Jangan Sesekali Bezakan Anak-Anak. Ini Kesan Buruknya Bila Tidak Berlaku Adil!

Share

Biasanya ini akan berlaku bila anda ada anak lebih dari dua orang. Ada setengahnya ia tidak sengaja terjadi. Tanpa sedar anak sulung atau anak bongsu dapat banyak kelebihan. Sedangkan anak kedua  atau mungkin anak tengah kurang di beri perhatian. Biarpun mungkin anak tersebut tidak berkata apa tetapi sebenarnya ada kesan buruk tanpa kita sedari. Ibu bapa perlu ambil perhatian ya!

  1. Kurang rasa memiliki

Anak akan hilang rasa “memiliki” (sense of belonging) kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang dan melakukan lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, dia juga merasakan diapit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!

2. Rendah diri

Merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya

3. Suka menyendiri

Mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian.  Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan bersandar pada diri sendiri untuk sokongan tanpa pertolongan orang lain khususnya ibu bapa.

4. Kecelaruan

Kanak-kanak ini juga akan jadi tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka.

5. Kurang kepercayaan

Selalunya anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami masalah ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan di abaikan dan tidak di sayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain.  Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.

 

 

 

Published by
Wan Erni Liza