Ibu ayah jangan terlampau garang dalam mendidik, elak anak jadi agresif & alami tekanan perasaan. Tahukah anda terdapat tiga jenis kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Cara ini juga diaplikasikan dalam kepimpinan rumah tangga termasuklah cara pendidikan terhadap anak-anak.
Ibu Ayah Jangan Terlampau Garang Dalam Mendidik
Berikut pandangan oleh Puan Siti Aishah merupakan pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Perguruan Kampus Darulaman, Jitra.
Kepimpinan atau cara didikan autokratik berfokus kepada ibu bapa yang sangat tegas dan boleh dikatakan ibu bapa yang garang. Ciri kepimpinan autokratik termasuklah ibu bapa menggunakan kuasa untuk menentukan segala aspek dalam hidup anak-anak.
Ibu bapa begini akan membuat penyelesaian, keputusan, kedudukan dalam semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak mestilah menjadi pak turut segala apa perancangan ibu bapanya terhadap mereka.
Peranan ibu bapa dalam konteks ini lebih kepada perancang dan penentu semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak hanya menurut sepenuhnya tanpa ada bangkangan.
Kepimpinan atau cara pendidikan demokratik pula akan lebih menumpukan kepada lebih banyak perkongsian menang-menang antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa akan lebih banyak memberikan dorongan, sokongan serta galakan untuk anak-anak melakukan perkara-perkara yang telah disepakati bersama.
Elak Anak Jadi Agresif & Alami Tekanan Perasaan
Peranan ibu bapa lebih kepada memberikan sokongan, mampu berbincang secara adil serta galakan untuk anak-anaknya. Sokongan dan dorongan sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah membina jati diri yang mantap. Kata-kata perangsang ibu bapa adalah azimat untuk anak-anak meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup mereka.
Kepimpinan atau cara didikan yang ketiga iaitu laissez-faire pula ialah kaedah kepimpinan tanpa ada sebarang kawalan terhadap anak-anak. Mereka bebas melaksanakan apa jua perancangan dan keinginan mereka dalam hidup dengan sepenuh kebebasan.
Ibu bapa tidak ambil tahu dan memberikan sepenuh kebebasan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang melaksanakan cara ini sebenarnya tidak berperanan dalam membantu anak-anak. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing dalam meneruskan kehidupan tanpa sebarang bimbingan dan panduan daripada ibu bapa.
Kesan buruk jika terlalu garang
Ibu bapa yang garang banyak menggunakan kaedah pendidikan yang pertama iaitu autokratik di mana anak-anak tidak diberi pilihan untuk melakukan apa yang mereka sukai. Ibu bapa ini terlalu tegas dalam menentukan halatuju anak-anak serta semua aspek kehidupan.
Kesan kepada anak-anak ialah anak-anak hidup dalam tekanan perasaan yang amat kuat malah ada yang menghadapi tekanan mental disebabkan terpaksa mengikut apa juga arahan ibu bapa walaupun hati tidak suka.
Tekanan emosi kadang kala menjadikan anak-anak terlalu agresif dengan orang lain malah ada juga yang menghadapi kemurungan, iaitu suka duduk sendirian, lebih banyak menghabiskan masa dengan bersendirian bermonolog dan mampu menyebabkan kerisauan pada diri mereka.
Tekanan mental juga berlaku dan menjadikan anak-anak tidak mampu fokus di dalam kelas dan belajar dengan tenang. Apa yang ada dalam minda mereka ialah rasa keterpaksaan dalam melakukan semua tugas hidup dan akhirnya anak-anak akan menjadi jemu dengan hidup.
Malah ada juga anak-anak yang memberontak contoh bergaduh dengan kawan-kawan di sekolah, melakukan vandalisme dengan melepaskan tekanan dengan merosakkan alatan-alatan di sekolah serta menconteng tandas dan pelbagai premis lain untuk melepaskan tekanan perasaan.
Ads
Ada juga anak-anak yang dididik dengan autokratik akan melepaskan perasaan kepada adik-adiknya seperti suka memukul, membuli dan mencederakan mereka kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang ibu bapa lakukan terhadap mereka.
Ibu bapa yang autokratik mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak tidak mahu mengikut apa jua arahan mereka.
Antara kesan yang lain ialah anak-anak akan mencari sumber sokongan daripada orang lain seperti kawan baik, juga kawan yang lain jenis untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Dan mereka lebih mempercayai kawan baik itu dari ibu bapa mereka sendiri.
Apa yang ditakuti ialah bilamana mereka mendapat kawan-kaan yang tidak baik dan terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, melepak dan kes2 jenayah juvana. Anak-anak juga akan mudah meletakkan kepercayaan, sokongan kepada selain ibu bapanya dan sampai satu tahap anak-anak sanggup keluar dan lari dari rumah bila terlalu tertekan dengan sikap ibu bapa terutamanya anak-anak remaja.
Anak-anak yang tertekan berkecenderungan untuk mendapat penyakit kemurungan atau “depression”, kebimbangan melampau atau “anxiety disorder” serta berkemungkinan mendapat skizofrenia sekiranya tidak dirawat dengan baik, selain menjadi vandalisme dan terlibat dengan jenayah delinkuen juvenil.
Semoga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ibu mana yang tak pernah bebelkan anak-anak. Tapi kena ikut teknik membebel yang betul supaya tak beri kesan negatif pada perkembangan anak. Eh, betul ke nak membebel pun kena ada teknik?
Betul, kalau masa membebelkan anak kita serentak label anak dengan sifat negatif seperti pemalas, degil, tak dengar cakap, bodoh dan sebagainya lagi. Ingat, apa yang keluar dari mulut kita itu bukan sahaja jadi satu doa bahkan akan terus tertanam dalam memori anak sehingga ia menjadi aura negatif dalam dirinya.
Teknik Membebel
Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.
Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.
Cara yang salah
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok bakul
Cara yang Betul
Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci
Cara yang Salah
Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!
Cara yang Betul
Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.
Nampak tak beza cara bebel kat atas?
Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.
Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.
Amal 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan-lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.
Yusuf teruja melihat adiknya dalam kandungan ibu. Hairul pula berseloroh si kecil dalam kandungan Hanis sedang bersenam. Sweetnya!
“Wow, that’s baby. ” Yusuf Iskandar kelihatan excited melihat imej imbasan adik. Reaksi comel Yusuf menarik perhatian netizen.
Hanis dan Hairul kini sedang melalui kehamilan anak kedua mereka. Berita tersebut dikongsikan Hairul ketika trip keluarga Hanis ke Jepun baru-baru ini.
Video rakaman skrin ketika ujian imbasan itu dimuatnaik Hairul.
hairulazreen Awwwwww anak daddy
dalam perut ??? tengah work out ke tu,
sorry mommy @haniszalikha i tak dapat teman hari ini buat pertama kali,
btw @theyusufiskandar excited sangat dia tu.
,
Thank you @syazwanipauzi teman kan Hanis
Telatah Yusuf yang turut sama ada ketika ujian imbasan dilakukan mencuri perhatian netizen. Yusuf kelihatan teruja, netizen kata Yusuf tak sabar nak jadi big brother.
Manakala di akaun Instagram Yusuf pula, imej imbasan adiknya dimuatnaik dengan kapsyen pendek.
Ada juga netizen meneka tentang jantina bayi. Ada yang mengatakan lelaki dan ada yang mengatakan perempuan. Nampaknya mereka juga excited menantikan kelahiran si kecil ini.
Apa yang dilakukan oleh Hairul & Hanis yang membawa bersama Yusuf ketika membuat ujian antenatal boleh mengurangkan masalah penerimaan adik baru yang mungkin boleh terjadi.
Jangan lupa tonton rancangan TV Pa&Ma yang mengutarakan tajuk Derita Jantung Si Kecil pada 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setahun yang lalu kematian Chef selebriti, arwah Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam mengejutkan seluruh tanah air. Kehilangan tersebut sangat meninggalkan kesan buat anak-anak buah arwah Adam, Fatimah dan adik-beradiknya yang lain.
Fatimah, kanak-kanak berumur 6 tahun yang cukup popular dan tular kerana kepetahannya bercakap dan bertutur dalam bahasa Inggeris dan juga slang Kelantan dengan fasih merupakan anak kepada kakak arwah Adam yang tinggal di United Kingdom.
Keakraban dan kemesraan Adam dengan anak-anak buahnya itu memang tidak dapat disangkal lagi. Sebelum pemergian Adam, banyak perkongsian yang dimuat naik oleh ibu bapa Fatimah apabila Adam berada di rumah mereka.
Dalam perkongsian terbaru ibu Fatimah di akaun Instagram thefamily.uk memaparkan gambar Fatimah yang comel lengkap memakai telekung di atas sejadah.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan, bermula Ramadan Fatimah dan tasbih digitalnya menjadi sahabat baik. Sehinggakan Fatimah dilihat beberapa kali tertidur dengan tasbih masih di tangan.
Menurut ibunya sehingga kini, Fatimah sudah mengucapkan zikir lebih dari 7400 dan ianya satu jumlah yang mengagumkan buat kanak-kanak yang berusia 6 tahun seperti Fatimah.
Apa yang lebih menyentuh hati apabila kapsyen ibunya saat terdengar doa yang dipinta pada Yang Maha Esa untuk menerima zikir dan amalan baik yang dibuat untuk dihadiahkan kepada arwah Adam yang dipanggil Mamajee oleh Fatimah.
“Saya akhirnya belajar makna cinta sejati daripada anak saya yang berusia 6 tahun, Fatimah.
“Sebaik saja dia dapat tahu bahawa setiap amalan baik akan dilipat gandakan Allah sepanjang Ramadan, dia dan tasbih digitalnya berpisah tiada.
“Tasbih sentiasa di tangan Fatimah sampaikan saya ternampak dia tertidur sambil pegang tasbih banyak kali.
“Dari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun
“Suatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; ‘Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajee’.
“Saya tak menjangka doa itu muncul daripadanya.
“Kemudian kata saya; ‘Kamu minta Allah sampaikan zikir dan amalan kepada Mamajee, habis macam mana pula kamu? Apa yang kamu minta untuk diri kamu dari Allah?’
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...