Bila anak jadi kurang menyusu, ibu ayah risau jika berat badan anak akan menurun. Pakar diet mendedahkan dua kemungkinan yang menjadi sebab kepada masalah ini.
Bayi yang sudah mula makan iaitu berusia enam bulan ke atas lama kelamaan akan kurang berminat untuk menyusu. Kalau biasanya bayi minum 6oz dengan kekerapan empat hingga lima kali sehari ia boleh berkurangan kepada 4oz sebanyak dua atau tiga kali sehari sahaja. Ada bayi yang kurang menyusu tetapi dia tiada masalah dengan makanan pejalnya.
KURANG MENYUSU TAPI ADA SELERA MAKAN YANG BAIK
Menurut Nur Baidurah Bazid, Pakar Diet, Hospital Pakar KPJ Kajang, bagi bayi yang kurang menyusu selepas makan makanan pejal dan tiada masalah selera untuk memakan makanan pejal, kurang minum susu tidak menjadi masalah sekiranya pengambilan tenaga daripada sumber makanan pejal tersebut mencukupi.
Ads
Salah satu penentu ukuran pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah kenaikan berat badan, mengikut Carta Pertumbuhan (Growth Chart). Kurang minum susu tidak menjadi masalah sekiranya pengambilan tenaga daripada sumber makanan pejal mencukup.
Namun, sekiranya anak tersebut mengalami penurunan berat badan dikhuatiri kemungkinan makanan pejal yang diambil tidak mencukupi untuk menyokong keperluan tenaganya.
Ads
MAKANAN TINGGI SERAT
Mengenai pilihan makanan pejal, saya perlu tahu dengan lebih terperinci jenis makanan yang diberikan kepada si kecil ini. Berkemungkinan makanan yang diberi tinggi seratnya sehingga menyebabkan si kecil berasa terlalu kenyang lalu tidak mahu atau kurang minum susu, sedangkan kandungan tenaganya tidak mencukupi.
MENGANDUNGI CECAIR TINGGI
Ads
Makanan atau minuman yang mengandungi cecair tinggi juga boleh menyebabkan si kecil cepat kenyang atau kenyang terlalu lama. Hal ini juga boleh menyebabkan dia kurang minum susu. Perlu difahami, kenyang tidak bermaksud makanan tersebut mengandungi tenaga atau nutrisi tinggi. Begitu juga sebaliknya.
Bagi ibu bapa yang mendapati bayi yang mengalami masalah ini, rujuk mereka kepada Pegawai Dietetik (Dietitian) yang berdekatan untuk nasihat yang lebih lanjut. Dalam pengurusan diet atau pemakanan, analisa terperinci terhadap pengambilan pemakanan amat penting sebelum saranan boleh dibuat. Hal ini kerana, pengambilan diet seseorang individu berbeza dengan individu yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaundis banyak terjadi di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Tapi apakah pula yang dimaksudkan dengan jaundis berpanjangan (prolonged jaundice), breastmilk jaundice dan breastfeeding jaundice dan perkaitannya dengan susu ibu?
Menurut Dr Ezura Madiana Md Monoto, IBCLC dan Pakar Perubatan Keluarga dan Perunding Laktasi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolysis atau pemecahan sel-sel darah merah yang telah matang.
Keadaan ini adalah normal dan berlaku pada setiap tiga atau empat bulan mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia. Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan melalui sistem pencernaan.
FAKTOR TERJADINYA JAUNDIS PADA BAYI
Bagi bayi yang baru dilahirkan, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari ke-2 selepas kelahiran. Ini berlaku kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisyen.
Selain itu, bayi yang baru dilahirkan mempunyai jumlah sel-sel darah merah yang lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel tersebut juga lebih pendek. Secara tidak langsung, bilirubin yang dihasilkan oleh bayi pada ketika ini adalah lebih banyak daripada biasa.
Jaundis fisiologi selalunya mula dikesan ketika bayi berusia dua hari dan bacaan bilirubin memuncak pada hari ketiga atau keempat dan seterusnya akan berkurangan dan menjadi normal.
PROLONGED JAUNDICE
Sekiranya jaundis fisiologi melebihi 14 hari bagi yang dilahirkan cukup bulan atau 21 hari bagi bayi pramatang, ia dipanggil prolonged jaundice.
Faktor yang menyebabkan prolonged jaundice
Antara faktor yang menyebabkan prolonged jaundice ialah;
Breast milk jaundice·
Jangkitan kuman·
Hemolysis·
Dehidrasi ·
Hypothyroidism.
*Diagnosis prolonged jaundice yang disebabkan oleh faktor breast milk jaundice adalah diagnosis dengan pengecualian setelah faktor-faktor lain telah disiasat dan diketepikan.
BREAST MILK JAUNDICE
Breast milk jaundice selalunya berlaku kepada bayi yang dilahirkan cukup bulan, sihat dan aktif dan hanya minum susu ibu sahaja.
Faktor yang menyebabkan breast milk jaundice tidak dapat dikenalpasti apa yang walaupun ada spekulasi menyatakan ia mungkin berkaitan dengan bahan di dalam susu ibu yang menghalang metabolisme bilirubin.
Namun, dinasihatkan sekiranya jaundis ini menjadi lebih ketara disebabkan oleh perkara lain, contohnya pengambilan jamu oleh ibu yang menyusukan adalah disarankan untuk ibu memberhentikan pengambilan jamu buat sementara waktu.Breast milk jaundice juga cenderung untuk berlaku di dalam keluarga yang pernah mengalaminya (genetik).
Bayi yang mengalami breast milk jaundice turut mempunyai kenaikan berat badan yang memberangsangkan dengan penyusuan susu ibu sahaja, membuang air besar dengan kerap iaitu sebanyak 8 hingga 10 kali sehari serta membuang air kecil yang jernih dengan banyak. Adakalanya jaundis ini berlarutan sehingga dua hingga bulan selepas kelahiran. Dalam keadaan ini, penyusuan susu ibu harus diteruskan dan tidak sepatutnya dihentikan langsung walaupun seketika walau pun bayi memerlukan rawatan fototerapi. Selagi bayi menyusu dengan baik dan paras bilirubin dipantau, ia jarang membawa kepada komplikasi yang serius.
BREASTFEEDING JAUNDICE
Breastfeeding jaundice pula merujuk kepada situasi apabila bayi tidak mendapat susu ibu yang cukup. Ia tidak berkaitan dengan breast milk jaundice. Susu ibu yang mencukupi akan meningkatkan pencernaan dan pergerakan usus bayi, secara tidak langsung ia menyingkirkan bilirubin.
Faktor yang menyebabkan breastfeeding jaundice ialah;
Breastfeeding jaundice selalunya berlaku apabila bayi yang baru dilahirkan tidak mendapat permulaan yang baik dalam penyusuan susu ibu seperti pelekapan yang tidak betul yang menyebabkan penyusuan susu ibu tidak efisyen yang boleh menyebabkan dehidrasi. ·
Ia juga boleh berlaku apabila bayi diberikan suplementasi selain daripada susu ibu yang dapat menghalang penyusuan susu ibu dengan baik.
Breastfeeding jaundice selalunya akan pulih sendiri apabila pelekapan diperbetulkan yang memastikan bayi dapat menyusu dengan baik dan jumlah penyusuan meningkat. Bantuan daripada Perunding Laktasi atau mereka yang mahir dalam penyusuan susu ibu adalah penting bagi memastikan bayi mendapat susu ibu secukupnya.
PENYUSUAN BOLEH ELAK JAUNDIS BAGI BAYI BARU LAHIR
Untuk memastikan kandungan bilirubin di dalam darah berada di dalam tahap yang selamat, Academy of Breastfeeding Medicine (ABM)menyarankan penyusuan susu ibu secara eksklusif digalakkan dan dimulakan seawal sejam selepas kelahiran bagi mengelakkan kelambatan proses penyusuan susu ibu yang boleh memberi risiko jaundis yang ketara.
Bayi yang baru dilahirkan tidak sepatutnya diberikan air, glukosa ataupun susu formula. Suplementasi dengan susu perahan susu ibu, susu daripada bank susu ibu atau susu formula (mengikut aturan keutamaan) perlu dihadkan kepada bayi yang mempunyai indikasi tertentu seperti mempunyai pengurangan berat badan melebihi 10% selepas dilahirkan walaupun masalah penyusuan susu ibu telah diperbetulkan, kegagalan penghasilan susu ibu atau inefficient milk transfer dalam tempoh tertentu serta terdapat tanda-tanda bayi mengalami dehidrasi yang signifikan.
ABM juga menyarankan pengurusan penyusuan susu ibu yang optimum dimulakan seawal mungkin termasuk;
Memastikanposisi yang ideal serta pelekapan yang baik dengan bantuan anggota kesihatan yang terlatih.
Ibu juga perlu dibantu untuk mengenali feeding cues bayi lapar seperti pergerakan mulut, tangan dimasukkan ke mulut dan bersuara.
Bayi perlu diletakkan di payudara sebelum dia menangis. Menangis merupakan tanda lambat bayi tersebut lapar dan agak sukar untuk memulakan penyusuan susu ibu jika bayi sudah menangis.
PERAH BANTU STIMULASI PAYUDARA BILA BERJAUHAN DENGAN BAYI
Dalam keadaan tertentu seperti bayi pramatang atau bayi dan ibu terpaksa dipisahkan sejurus kelahiran, ibu boleh memanfaatkan stimulasi manual dan perahan susu secara teknik Marmet (menggunakan tangan) atau memerah menggunakan pam payudara bagi mengoptimumkan bekalan susu dan mengelakkan kelambatan proses penghasilan susu.
Ibu perlu tenang dan diberi sokongan mental dan emosi daripada suami, ahli keluarga, rakan-rakan serta pembimbing ibu menyusu bagi membantu ibu mengharungi pengalaman penyusuan susu ibu yang mencabar namun memberi impak yang besar dan manfaat kepada ibu dan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembesaran anak tidak normal mungkin salah satunya disebabkan mengalami alahan susu. Susu lembu adalah makanan utama bayi dan sesetengah kanak-kanak. Masalah alahan lebih jelas pada mereka yang bertindak balas terhadapnya.
Biasanya masalah ini lebih ketara bagi anak yang tidak dapat menyusu dengan susu ibu kerana beberapa faktor.
Alahan susu lembu boleh menunjukkan pelbagai petanda. Adalah penting untuk mengenali petanda-petanda tersebut supaya dapat di diagnosis pada peringkat awal.
Bagaimana mengesan alahan tersebut?
Tanda dan gejala akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama. Terdapat dua jenis tindak balas utama :
Serangan gejala nafas berbunyi, muntah,gatal ,ruam / bintat (urticaria), bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan(angioedema) dan tindak balas seluruh badan(anaphylaxis) yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba.
Tindak balas yang lewat adalah perkara yang lebih biasa dan ia mengakibatkan gejala termasuk berak cair, najis berdarah, muntah, perut memulas dan pembesaran terbantut (poor growth)
Dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa kerana tanda-tanda ini juga biasanya timbul dalam penyakit lain.
Apa kemungkinan masalah yang timbul dari alahan susu lembu?
Masalah yang mungkin timbul termasuk:
Mempunyai risiko tinggi mengalami alahan seperti asma dan ekzema
Penyakit usus disebabkan alahan susu lembu menyebabkan anak tidak membesar.
Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak dilakukan pada peringkat bayi.
Kemungkinan berlaku kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)
Bagaimana alahan terhadap susu lembu dirawat?
Bagi kes alahan susu lembu yang teruk, ubatan seperti epinephrine/adrenaline dan antihistamin adalah perlu.
Elakkan pengambilan semua makanan berasaskan susu lembu.
Ibu yang menyusukan anak mereka juga dihalang dari mengambil makanan berasaskan susu lembu.
Bayi yang diberi susu formula disyorkan menukar kepada susu yang berasaskan soya atau yang diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula). Bagi kes yang teruk tukarkan kepada susu yang berasaskan asid amino dan ini mungkin boleh membantu.
Vitamin D dan tambahan kalsium mungkin perlu jika anak anda tidak mengambil susu.
Susu lembu mungkin boleh diberikan semula kepada anak anda dengan pengawasan doktor.
Apakah cara mencegah alahan susu lembu?
Memberi susu badan sepenuhnya selama 6 bulan adalah digalakkan kepada bayi yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami alahan seperti asma,ekzema untuk melewatkan gejala jika bayi anda ada alahan pada susu lembu.
Sekiranya bayi anda terpaksa diberi susu formula, susu yang telah diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula) adalah pilihan yang terbaik.
Sumber: www.myhealth.gov.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya tujuan latih bayi minum guna cawan bila dia dah mula makan makanan pejal, sangat penting. Mungkin kita anggap bayi masih kecil dah tak perlu lagi diajar minum guna cawan.
Kenapa nak susah-susah sampai air tertumpah sedangkan anak masih kecil lagi. Guna sahaja botol susu. Mungkin itu tanggapan kita sebelum ini. Namun sebenarnya ada banyak kelebihan dan kesannya kalau tak ajar anak skil menggunakan mulut ini.
Dari sudut perkembangan kemahiran mengikut pandangan Terapis Cara Kerja, Puan Liyana Raya melatih anak minum menggunakan cawan dari bayi lagi dapat mengelakkan berlaku masalah anak pelat bila bercakap termasuk dan picky eater!
Melatih anak minum menggunakan cawan.
Saya telah memohon kebenaran daripada ibu kepada Aariz, anak Autism ini untuk display video ini kepada umum dengan tujuan memberi pendedahan kpd ibu bapa di luar sana tentang betapa pentingnya untuk menggalakkan anak anda minum pakai cawan.
Terima kasih kpd ibunya Puan Syahida Idris kerana memberi kebenaran.
Lately ni saya lihat terlalu banyak kes “picky eater”. Anak susah makan,memilih makan… banyak! Ini adalah symptom awal Gustatory Sensory Processing Disorder. Tapi saya tak nak ulas pasal perkara ini. Saya nak spesifikkan skopnya iaitu nak fokuskan kpd bagaimana nak membantu anak minum pakai cawan.
Penting sebab dlm sesetengah kes anak yang “picky eater” ini, mereka kebanyakannya masih menyusu botol. Minum air pakai straw. Minum air pun memilih. Nak air sekian sekian tapi tak nak air masak. Bila bagi cawan,anak bukan buat action minum (slurping dan meneguk) sebaliknya anak gigit hujung cawan.
Mulut ni Tuan/Puan… Banyak pentingnya. Oral motor control,oral motor coordination semua penting untuk membantu percakapan anak dan supaya anak tidak pelat teruk sampai dah besar. Kami mengambil kira bahagian mulut ni sebagai satu perkara yg serius termasuklah sehingga meminum air dari cawan! Kerana ia sangat berkait rapat dengan mcm mana anak itu control pernafasan ketika meneguk!
Ada yg masih bagi anak hisap puting lagi walaupun anak sudah 5 tahun. Alahai… Ada yg beranggapan anak2 ni kena sentiasa minum pakai botol susu sahaja,nanti esok umurnya sudah 6 tahun barulah boleh pakai cawan. Aduhai…
Boleh lihat teknik yg saya gunakan seperti di dalam video.
Aariz anak Autism… so memang Aariz ada masalah Gustatory Sensory Processing Disorder ni. Jangan pertikaikan keadaan Aariz. Tapi yg saya nak ajar adalah utk ibu bapa yang ada anak tipikal tapi mempunyai masalah picky eater dan anything yg related dengan Gustatory SPD.
Rawatan tetap sama. Aariz yg Autism pun bagus dah boleh cooperate dengan saya. Dah cuba2 utk meneguk air dari dalam cawan walaupun tak lama. Anak anda bagaimana?
Kita mulakan dengan sudu utk mendapatkan target slurping itu. Gunakan sudu yg tak melengkuk ke dalam ya… kalau boleh jangan tegukkan sudu,biar anak slurp sendiri. Lepas tu bila anak dah pandai sikit,cuba bagi teguk air dari cawan.
Anak perlu ada kepelbagaian rasa,tekstur dan kepelbagaian utk minum dari bekas yang berbeza. Tolong ajar! Jangan expect anak pandai sendiri. Kalau rasa anak ada masalah related dengan semua ni dan masih tak bercakap lagi,bawalah utk check dengan therapist.
Sumber: Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.