Ibu Ayah Kena Bijak Pilih Permainan Bayi Supaya Dapat Rangsang Jadi Cerdas Dan Cergas

Share

Salah satu cara nak rangsang otak jadi cerdas dan cergas sejak bayi ialah membeli barang permainan yang betul. Permainan pembelajaran memberikan keseronokan kepada bayi. Pada masa yang sama ia juga merupakan permainan yang dapat merangsang pembelajaran dan perkembangan otak bayi anda supaya anak menjadi cerdas dan cergas.

Terdapat banyak permainan seperti ini dipasaran untuk membantu ibu bapa dalam usaha merangsang anak-anak sejak kecil lagi.
Ikuti panduan ini yang menyediakan fakta-fakta asas tentang bagaimana bayi belajar dan jenis permainan pembelajaran yang sesuai untuk anak anda terutama bagi usia anak bawah 12 bulan.
Bagaimana bayi belajar
Lazimnya bayi bertindak balas terhadap suara ibu bapanya.Pada masa yang sama, bayi juga bertindak balas kepada bunyi menarik yang lain. Apabila anda memilih permainan pembelajaran untuk bayi mereka seharusnya mencari permainan yang mempunyai bunyi, warna yang cerah dan kontras seperti merah,hitam dan putih dan mempunyai tekstur menarik yang membuatkan bayi teruja untuk menyentuhnya.
Bunyi
Bayi bertindak balas terhadap bunyi dan beberapa permainan pembelajaran terbaik termasuk gegaran dan permainan muzik. Muzik yang menenangkan boleh mendodoikan biasanya terbaik untuknya. Permainan yang mempunyai muzik dikatakan mampu untuk merangsang minda dan gambaran pada bayi. Mungkin anda boleh membeli satu alat permainan pendengaran pembelajaran iaitu apabila ditekan butangnya akan mengeluarkan bunyi menarik untuk anda anak.

Penglihatan
Warna yang terang dapat merangsang penglihatan bayi anda. Dapatkan permainan dengan warna yang kontras dan corak yang berbeza. Anda juga boleh memilih untuk memiliki katil bayi yang mengeluarkan muzik, mempunyai tekstur berbeza dan boleh mengantungkan permainan didalamnya. Alat permainan cerah yang mempunyai warna mampu
menarik perhatian anak anda.

Permainan motor halus
Ada permainan yang digunakan untuk merangsang jari-jemari dan pergerakan mata bayi. Dengan blok-blok lembut berwarna terang pasti membuatkan si kecil asyik bermain. Bayi akan membelek-belak permainan itu, dan pada masa yang sama pergerakan matanya aktif melihat permainan itu bergerak.

Kemahiran Kognitif
Terdapat beberapa mainanmainan pembelajaran yang menggalakkan kemahiran kognitif pada bayi. Permainan pembelajaran seperti blok-blok binaan jenis kain, kotak-kotak aktiviti atau buku jenis kain sesuai untuk anak anda. Apa yang pasti, permainan pembelajaran
ini mestilah mudah untuk bayi memegangnya.

 

 

Published by
Nor Yusoff