Bila anak mula pandai mengeluarkan perkataan pertama, ibu ayah adalah orang yang paling teruja sekali. Jika boleh ingin dirakamkan momen tersebut untuk dijadikan kenangan paling berharga.
Perkataan pertama anak adalah penunjuk aras kemahiran bertutur si anak untuk terus berkembang. Maka penting sebenarnya untuk ibu bapa memantau perkembangan pertuturan anak mereka menjelang usia dua tahun.
Menurut Puan Maryam Jamadi, Terapis Carakerja ada lapan perkataan pertama anak yang mesti dikuasai sebagai terlebih dahulu berbanding lain-lain perkataan. Apakah ia? Jom sama-sama semak adakah anak anda sudah menguasainya atau belum.
PERKATAAN PERTAMA ANAK
Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:
1. Panggilan Mak Ayah.
2. Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti “nak” atau “tak nak” sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun “ya”/ “tak” sambil mengangguk atau menggelengkan kepala.
3. Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan.
4. Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar.
5. Panggilan ahli keluarga.
6. Anggota badan.
7. Nama makanan dan minuman.
8. Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya.
Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan “ilmiah” yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang.
Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya ☡
Sebenarnya kalau kita selalu cerita apa yang kita sedang lakukan, pergi ke mana, siapa itu ini, makanan apa yang anak sedang makan dan beritahu apa benda sekeliling anak, sangat mudah untuk anak belajar mengenali dan memahami arahan kita.
Apa-apa pun, mak ayah perlu letakkan niat untuk anak belajar bercakap untuk memudahkan anak menyampaikan info pada kita dan bukannya untuk berlumba serta membandingkan siapa paling cepat pandai bercakap atau belajar.
Setiap perkembangan anak adalah berbeza, di atas ini adalah daripada pengalaman sebagai ibu dan pediatric occupational therapist.
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Sumber: Maryam Jamadi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI