Ibu ayah mestilah mahirkan anak umur 0 – 2 tahun dengan survival skill dulu sebelum kalut nak ajar mereka cepat membaca dan menulis. Hari ini ramai ibu bapa kelihatan tak sabar nak anak mereka boleh membaca dan menulis seawal usia.

Tanpa sedar ia telah mengabaikan kemahiran penting mengikut perkembangan fisiologi anak secara semula jadi. Mungkin terikut-ikut trend sekarang atau nak bandingkan ‘kepandaian’ anaknya dengan anak orang lain menyebabkan ibu bapa hari ini berebut memaksa anak usia bayi lagi belajar membaca dan mengira.

Kalau anda salah seorang ibu bapa yang buat macam tu, lebih baik baca dulu penjelasan yang diterangkan oleh Maryam Jamadi, Occupational Therapist yang banyak berhadapan dengan kes ibu bapa yang tersilap langkah dan kini menyesal.

ISTILAH “OTAK ANAK MACAM SPAN”

Kadang-kadang saya risau dengan tips-tips yang berlegar-legar di media sosial,

“Tips anak berjalan umur 7 bulan”
“Tips anak pandai membaca umur 2 tahun”
“Tips anak pandai mengira umur 3 tahun”
“Tips anak pandai menulis umur 4 tahun”

Siap ada tips ajar anak membaca seawal umur 6 bulan dengan menggunakan buku, flashcard dan DVD, yang ini saya paling tak setuju dan sangat membahaya kerana menganggu proses perkembangan otak anak.

Ya, otak anak macam span boleh menyerap segala benda yang diberikan. 80% perkembangan otak anak adalah semasa umur bawah 2 tahun, bla.. bla… bla… 

Tetapi adakah bayi anda dah bersedia? Macam mana mak ayah tahu anak dah bersedia untuk belajar sesuatu? Jom fahami fisiologi anak 

Ibu Ayah Mahirkan Bayi Umur 0 – 2 Tahun Survival Skill Dulu Sebelum Ajar Membaca Dan Menulis Ya!

1.SURVIVAL DIRI

Bayangkan kita pergi ke planet lain seorang diri, udara yang lain, persekitaran lain, makanan dan minuman yang lain dan graviti yang lain. Agak-agak apa benda penting yang kita kena belajar?

Sudah tentulah survival diri dahulu, seperti:

IKLAN

– Macam mana nak berjalan di tempat yang berlainan graviti? Terbang? Meniarap?
– Siapa orang sekeliling?
– Apa rasa makanan dan minuman disini?
– Bunyi apa itu, bunyi apa ini?
– Kita mesti tertanya-tanya apa itu dan apa ini dan cuba nak sentuh.

Bila kita dah percaya dengan persekitaran sekeliling barulah kita belajar ciri-ciri lain setiap benda dengan lebih terperinci contohnya perbezaan warna, bentuk, permukaan dan sebagainya. Samalah situasi anak yang baru lahir sehingga umur 2 tahun.

Tahap anak berumur bawah 2 tahun adalah tahap dimana anak belajar untuk mengenal persekitaran dengan menggunakan anggota badan iaitu melalui sistem deria. Bukannya hanya belajar menggunakan 2 deria sahaja sepanjang hari apabila menggunakan gadget atau DVD (visual dan auditori).

2. KENAL DAHULU BARU HAFAL

Dah banyak sangat kes yang saya jumpa, masalah anak hanya menghafal tetapi tak pandai apply. Masalah bukan sekarang tetapi di masa akan datang. Menyebabkan kes-kes dibawah:

I. WARNA
Bila tunjuk buku, boleh sebut warna dengan betul tetapi bila tanya baju yang dipakai warna apa, diam.

II. ABC
Boleh menyanyi dan menyebut “A for apple, B for Ball, C for Car” dengan lantang dan yakin tetapi bila tanya dan tunjuk buah epal yang betul, diam.

IKLAN

III. SIFIR
Umur 4 tahun dah hafal sifir, bila pusing sedikit soalan terus diam, blur.

IV. MEMBACA
Tunjuk perkataan BUKU, boleh sebut dan tahu tetapi bila perkataan BACA. Diam.

Di atas ini adalah kes anak menghafal tetapi tak faham. Menghafal memang salah satu fungsi otak, tetapi kalau kita hanya gunakan fungsi menghafal tetapi tak develop fungsi yang lain seperti fungsi menyelesaikan masalah, bahasa, fokus, membuat keputusan, mengurus emosi dan sebagainya tak ada baiknya juga.

Kita tak nak lahirkan generasi PENGHAFAL, tetapi kita nak lahirkan generasi PEMIKIR.

Apa guna menghafal tanpa berfikir? Samalah kes graduan/ pelajar cemerlang tetapi bila berdepan dengan situasi sebenar, pening sebab kemahiran menyelesaikan masalah kurang (problem solving skill).

3. “TERSALAH SERAP”

Perkembangan bahasa anak bawah 2 tahun normal adalah antara 0-50 perkataan, ada anak yang lebih daripada ini. 

Lagi sekali, “otak anak macam span” bayangkan otak anak umpama span yang perlu menyerap satu bekas air. Dalam bekas ada 2 jenis cecair,
– Minyak (perkataan ilmiah)
– Air (perkataan harian)

IKLAN

Minyak dekat atas, air dekat bawah. Asyik serap minyak sehingga tak sempat nak serap air dah habis kuota. Samalah juga dengan otak anak. Melainkan otak anak memang genius ada banyak kuota. 

Sama juga dengan skil bercakap, kalau 24 jam didengarkan nursery rhyme ataupun selawat, anak akan lebih menyerap bunyi yang lebih banyak didengarkan dan inilah salah satu punca anak lewat bercakap.

“HOMEWORK”?

Big NO NO untuk anak bawah 2 tahun, “homework” membaca la, “homework” mengira la…..

Please.. please… mantapkan skil survival dahulu:
1. Skil makan, minum, pakai baju, berus gigi dll.
2. Perkataan harian yang penting (50 perkataan).
3. Motor kasar (berjalan dengan betul, melompat, baling dan sepak bola)
4. Motor halus (melukis garisan tegak, menconteng dan kemas mainan masuk dalam bekas)

Kalau semua di atas belum pass, jangan nak “mengada” sibuk buat homework ajar membaca atau menulis ya 

Kalau anak dah pass semua yang diatas, tahniah! Dah boleh pergi ke peringkat seterusnya iaitu belajar kata sifat pula 

Saya tak rasa semua orang kena ikut cara saya, sebab semua orang ada pendapat dan cara yang tersendiri. Tetapi disebabkan saya banyak jumpa mak ayah yang dah tersilap langkah dan menyesal. Jadi nasihat saya, guna sahaja apa-apa tips yang dijumpai tetapi jangan sampai melanggar fisiologi anak.

Sumber: Maryam Jamadi

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI