Ketahuilah, anak-anak cukup menghargai masa mereka bersama kita. Sekiranya kita menghabiskan satu tempoh masa tertentu bersama mereka dengan bermain, ia dapat membentuk keyakinan diri serta memantapkan kemahiran sosial anak-anak.
Walaupun begitu, ketika bermain dengan anak-anak, jangan pula dilakukan beberapa kesalahan ini. Ia boleh menyebabkan bahaya kepada mereka.
Artikel Lain: [Aktiviti Mudah, Murah Latih Anak Bersedia Menulis Seawal 2-3 Tahun. Confirm Anak Suka!]
Dr Taufiq Razif menyenaraikan lima kesalahan yang dilakukan ketika bermain dengan anak-anak:
Cara SALAH Bermain Dengan Anak
#1 – Terlalu nak anak ikut kehendak kita
Memang ada yang namanya Structured Play, iaitu kita yang tentukan apa yang anak kita kena main tetapi jangan berlebihan kerana ianya boleh menyekat kreativiti anak.
#2 – Terlalu bebas bagi anak bermain
Jangan sampai terlalu bebas bagi anak bermain tanpa pantauan (unsupervised play) . Kadang sampai tak tahu anak kita ke mana. Ada pula sampai anak balik lewat malam pun tak ada yang amik tahu. Tu namanya Neglected/Uninvolved Parenting . Kita kena pantau juga kerana anak kita masih di bawah tanggungan kita.
#3 – Terlalu biar diri diperkotak-katikkan
Walaupun anak kita masih kecil, mereka tetap kena diajar bahawa setiap perbuatan ataupun gurauan tetap ada batasnya. Jangan sampai anak kita hilang adab sopannya bila bergurau disebabkan kita tak pernah tegur dan terangkan tentang had dan batasnya. Akhirnya mereka akan jadi naik kepala dan bermain dan bergurau tanpa adab sopan.
#4 – Bagi anak main sampai letih melampau
Dulu kita ingat makin letih anak bermain, makin senang anak tidur kan? Padahal makin teruk keletihan anak kita, makin susah mereka nak tidur disebabkan Overtired. Kadang mereka akan jadi lebih aktif bila nak masuk waktu tidur sebab otak mereka masih dalam keadaan ‘alert & focused’
Artikel Lain: [Kalau Anak Suka Cakap Kasar & Jerit-Jerit, Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia]
#5 – Bermain tanpa hirau bahaya pada anak
Kadang ada yang suka lambung lambung bayi, ada yang suka goncang kepala. Padahal silap haribulan anak kita tu boleh kena Shaken Baby Syndrome. Kalau dah kena, biasanya cuma 10% je yang selamat tanpa cacat kekal pada otak
Jadi apa pun, nak bermain dengan anak boleh tetapi jangan sekali kali gunakan cara yang SALAH
-Taufiq Razif-
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI