Ibu Ayah Nak Anak Senang Belajar Di Tadika, Baca 8 Rahsia Ini

Share

Setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang cemerlang dan cerdas belajar terutama di tadika. Lazimnya pada usia lima tahun, si manja akan mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di tadika. Pelbagai aktiviti pembelajaran diterima di sini.

Ia termasuklah pengajaran mengenai nilai-nilai murni sebagai seorang umat Islam. Ia disokong dengan pelbagai kisah sirah dan akhlak Rasul dan Nabi sebagai contoh unggul dalam sejarah peradaban manusia. Di sinilah bermulanya detik pendidikan pra formal anak anda.

Bagaimanapun sebelum menghantar anak ke tadika, mama digalakkan menunjukkan kasih sayang pada anak. Sudah tentu si manja bahagia dengan curahan cinta dan kasih sayang daripada mamanya.

Aura kasih sayang yang ditunjukkan bukan hanya membuatkan si manja membesar dengan peribadi yang mulia, malah akan mempengaruhi perkembangan otaknya. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang minda positif dengan lebih efektif di tadika.

Jom baca 8 rahsia ini supaya anak mudah menerima pembelajaran di tadika.

1.Berikan ciuman di pipi dan katakan, “Assalamualaikum sayang. Sekarang waktu untuk bangun.” Suasana ceria ini akan memberi mood kepada si manja.

2.Beritahu si manja bahawa sarapan telah dihidangkan di atas meja. Jika anda mahu membuat kejutan, katakan kepadanya, “Sayang mesti suka dengan sarapan pagi, hari ini.”

  1. Berbicara hal-hal yang positif supaya si manja berasa dirinya dihargai dan rasa bahagia. Luangkan masa sejenak untuk berbicara dengannya walaupun di dalam kereta.

4.Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

5.Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.

6.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berikan pujian, ciuman, hadiah sampingan atau sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

7.Elakkan mengeluh kerana anak. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak menganggap dirinya sebagai beban.

8.Berikan ciuman selamat malam kepada si manja. Ciuman adalah sebagai tanda kasih sayang anda kepadanya. Sambil cium dahinya, usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik. Doa ibu sangat mustajab.

Tip anak cemerlang

  • Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh.
  • Pastikan anak-anak makan sebelum waktu solat Maghrib.
  • Galakkan anak makan buah-buahan sebelum makan nasi.
  • Sentiasa memuji anak menjadi insan yang cemerlang.
  • Ajar anak tidur mengiring ke kanan agar otak lebih pintar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nor Yusoff