Anak suka marah-marah dan suka rampas mainan orang, bila suruh kongsi tak mahu. Apabila marah terus mengamuk dan berguling.
Ini antara situasi kerap berlaku pada anak-anak antara usia dua tahun apabila mula nak belajar skil sosial. Macam mana nak atasinya, panduan dari Pakar Kekeluargaan & Kasih Sayang, Ibu Rose sangat bermanfaat.
“Anak saya ni suka marah-marah dan suka rampas mainan orang. Tak nak kongsi pulak tu. Runsing saya. Apa masalahnya ya?” Tanya seorang mama.
Situasi ini kerap berlaku pada anak-anak antara usia dua tahun apabila mula nak belajar skil sosial. Macam mana nak atasinya, panduan dari Pakar Kekeluargaan & Kasih Sayang, Ibu Rose sangat bermanfaat.
Emm..kemudian, Ibu perhati je anak tu. Emm..memang betullah, nampaknya anak tu memang cepat marah-marah dan tak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.
“Puan, boleh Ibu tau. Ada tak sesiapa atau yang jaga dia suka marah-marah?” soal Ibu.
Si mama tu, menggeleng. Tapi, Ibu pasti jawapan itu tidak betul sepenuhnya.
Dari keadaan anak tu, Ibu dapat rasakan yang anak tu sebenarnya belajar dari sikap orang dewasa yang disekelilingnya.
Yang menariknya, tak lama lepas Ibu tanya tu, Ibu tengok anak itu naik ke atas. Masa tu, ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira.
Ads
Anak tu tadi, mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru seseorang, “Ehh..Jangan gaduh-gaduh!”.
Bagi pendapat anda lah kan, adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada seseorang yang sering melakukan kepadanya begitu?
Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan, si ibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan. Opss…pentingnya jaga emosi wanita mengandung ni. Haa..yang wanita mengandung pun kena aware tentang emosi yang dirasainya. Supaya tak bagi kesan buruk pada anak dalam kandungan.
SEBAB INILAH ANAK MERAMPAS DAN MEMUKUL
Cuba pelajari daripada senario ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut.
Ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu.
Ads
Takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya.
Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga.
Lalu ibu muda itu MERAMPAS LAGI.
Demi beri PENGAJARAN supaya sikap tu tak diulangi anak, si ibu MEMUKUL lembut tangan anaknya.
Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikasi itu gagal.
Ads
KENAPA?
Kerana apa yang anak itu faham ialah BILA DIA AMBIL BARANG, ORANG AKAN MERAMPAS DAN MEMUKUL DIA.
So, kalau orang lain ambil barang , maka dia akan MERAMPAS dan MEMUKUL orang itu.
Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya. Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut?
Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut.
Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes itu berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, Ibu tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; ” There is more to parenting than meets the eye” kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
So, lepas Ibu dah explain panjang lebar, Ibu nak tahu, adakah posting ini meningkatkan kefahaman anda? Sekarang kita kena banyak YES atau NO pada anak? Cer jawab kat komen.
Rupanya ramai yang tak tahu betapa dasyatnya efek seorang ayah kepada anaknya sendiri! Mengikut kajian, ayah yang supportive, caring dan penyayang ni akan memberikan efek baik pada :
✅ Kognitif anak
✅ Akademik anak
✅ Emosi anak
✅ Rasa yakin diri anak
✅ Dan banyak lagi
Ada 7 cara untuk bagi bonding tu kuat antara anak kita dengan ayahnya :
Ajar suami kita tukar lampin bayi
▪ Nampak simple tapi benda ni akan menguatkan ikatan emosi antara si ayah dan baby yang baru lahir
▪ Kesusahan si ayah menukar lampin anaknya la nanti yang membuatkan si ayah lebih menghargai kelahiran anaknya sendiri
Dapatkan lampin yang sesuai dan berpatutan untuk anak anda, gunakan kod promo ini
Sesekali bagi suami kita suap anak
▪ Suap anak sendiri mengajar suami kita erti empati
▪ Setiap anak mempunyai kemahuan yang berbeza. Ada yang nak suka disuap nasi kosong, ada yang suka disuap nasi dengan kicap, ada yang suka disuap nasi dalam kuantiti yang sedikit, ada juga yang suka dalam kuantiti yang banyak
▪ Semua benda ni membuatkan si ayah jadi lebih sensitif dengan kemahuan dan keperluan anak anaknya
Sesekali bagi suami kita tidurkan anak
▪ Setiap rengekan anak membawa maksud yang berbeza
▪ Ada rengekan lapar, ada rengekan tak selesa, ada rengekan kembung perut dan ada rengekan mengantuk
▪ Semua rengekan tu melatih si suami mengenal emosi dan komunikasi anaknya sendiri. Ayah yang mengenal baik anaknya sendiri pastilah akan mempunyai ikatan emosi yang lebih kuat nanti
Ajar suami berikan minimum 8 pelukan sehari kepada anaknya
▪ Nasihat daripada Family Therapist terkenal Virginia Satir, seorang anak perlukan 8 pelukan sehari untuk survive dan 12 pelukan sehari untuk berkembang dan membesar
Jauhkan smartphone bila berhadapan dengan anak
▪ Emosi anak mudah tercedera dan merasa dipinggirkan bila si ayah memilih screen-contact berbanding eye-contact bila berhadapan dengan anaknya
▪ Tabung emosi anak kita sangat mudah berkurang dan bocor bila kita larut dalam kesibukan harian, kurang ciuman dan pelukan, balik kerja dengan membawa stres dan bebanan dan suasana rumahtangga yang kaku dan penuh tekanan
▪ Padahal yang anak perlukan daripada seorang ayah adalah tatapan mata (eye contact), pelukan dan pujian daripada sosok seorang ayah untuk memenuhkan tabung emosinya supaya anak kita lebih stabil jiwa dan emosinya
▪ Mak ayah pun lebih kurang tekanan bila anak anak stabil emosi, jiwa dan perasaan
Yang saya perasan, ramai sangat tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu pada mak ayah ataupun pasangan yang belum tahu ye.
Ramai sedia maklum, pasangan selebriti, Eira Syazira dan Azad Jasmin atau mesra dipanggil Pak Azad dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang comel. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak Pak Azad, anak sulung, Ammara Sofea Rose yang sentiasa jadi perhatian dan petah berkata-kata.
Walaupun anak kedua dan ketiga Pak Azad agak pemalu sikit berbanding kakak sulung, namun mereka juga telah berjaya menarik perhatian peminat Eira Syazira dan Pak Azad.
Baru-baru ini perkongsian video di Instagram Eira Syazira buatkan ramai yang terpikat dan memuji kecomelan anak kedua Pak Azad yang dikatakan mempunyai iras seperti pelakon Bollywood terkenal, Kajol.
Anak kedua Eira Syazira ini diberi nama Ameisya Leanne Rose. Kecomelannya sebelum ini juga telah tular dengan menerima pujian ramai di media sosial.
Mana tidaknya, wajah Ameisya Leanne Rose ini persis seperti anak hindustan. Raut wajah ikut Pak Azad. Dengan rambut panjang seperti mommynya menyerlahkan lagi kecantikan anak dara ini.
Rata-ratanya juga memuji kelembutan raut wajah Ameisya dengan matanya yang bulat, senyuman manis dan sekali pandang persis wajah Pak Azad.
“Pretty sangat. Muka Azad 90% muka Eira ada sikit 10%, rambut curly tu buat tambah lagi jelita. Ada commercial value ni, jaga leklok..”
“Pak Azad vs perempuan sangat… cantiknya dia…” MasyaAllah cantiknya anak mami ni, ikut muka bapa dia ni, muka anak-anak Mami Penang..”
“Copy paste muka pak Azad version kulit Mommy.. So beautiful girl..”
Kredit: IG Eira Syazira Official & azadsyaziraroses
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang cemerlang dan cerdas belajar terutama di tadika. Lazimnya pada usia lima tahun, si manja akan mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di tadika. Pelbagai aktiviti pembelajaran diterima di sini.
Ia termasuklah pengajaran mengenai nilai-nilai murni sebagai seorang umat Islam. Ia disokong dengan pelbagai kisah sirah dan akhlak Rasul dan Nabi sebagai contoh unggul dalam sejarah peradaban manusia. Di sinilah bermulanya detik pendidikan pra formal anak anda.
Bagaimanapun sebelum menghantar anak ke tadika, mama digalakkan menunjukkan kasih sayang pada anak. Sudah tentu si manja bahagia dengan curahan cinta dan kasih sayang daripada mamanya.
Aura kasih sayang yang ditunjukkan bukan hanya membuatkan si manja membesar dengan peribadi yang mulia, malah akan mempengaruhi perkembangan otaknya. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang minda positif dengan lebih efektif di tadika.
Jom baca 8 rahsia ini supaya anak mudah menerima pembelajaran di tadika.
1.Berikan ciuman di pipi dan katakan, “Assalamualaikum sayang. Sekarang waktu untuk bangun.” Suasana ceria ini akan memberi mood kepada si manja.
2.Beritahu si manja bahawa sarapan telah dihidangkan di atas meja. Jika anda mahu membuat kejutan, katakan kepadanya, “Sayang mesti suka dengan sarapan pagi, hari ini.”
Berbicara hal-hal yang positif supaya si manja berasa dirinya dihargai dan rasa bahagia. Luangkan masa sejenak untuk berbicara dengannya walaupun di dalam kereta.
4.Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
5.Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.
6.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berikan pujian, ciuman, hadiah sampingan atau sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
7.Elakkan mengeluh kerana anak. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak menganggap dirinya sebagai beban.
8.Berikan ciuman selamat malam kepada si manja. Ciuman adalah sebagai tanda kasih sayang anda kepadanya. Sambil cium dahinya, usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik. Doa ibu sangat mustajab.
Tip anak cemerlang
Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh.
Pastikan anak-anak makan sebelum waktu solat Maghrib.
Galakkan anak makan buah-buahan sebelum makan nasi.
Sentiasa memuji anak menjadi insan yang cemerlang.
Ajar anak tidur mengiring ke kanan agar otak lebih pintar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita pekerja pembersihan hospital selamatkan 38 bayi, dicalon Model Moral Kebangsaan. Seorang bekas pekerja pembersihan di sebuah hospital di China dicalonkan sebagai Model Moral Kebangsaan, lapor South China Morning Post (SCMP).