Ibu dan ayah memainkan peranan penting menyediakan kehidupan yang baik buat si kecil. Namun lain jadinya pada kisah ini di mana bayi kecil ini meninggal dunia gara-gara ibu bapanya menolak suntikan vitamin K semasa kelahirannya.

Kisah ini disaksikan sendiri oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah ketika bertugas di sebuah pusat perubatan. Ibu bapa bayi berkenaan memberitahu untuk tidak menyuntik bayinya dengan suntikan vitamin K dan vaksin selepas dilahirkan.

Kesudahannya, keputusan ibu bapa berkenaan itu membawa padah apabila si kecil yang baru 2 minggu menjengah dunia maut kerana  pendarahan dalam otak. Semoga kisah ini memberikan pengajaran.

Gara-Gara Ibu Bapa Tolak Suntikan Vitamin K, Nyawa Anak Melayang. Doktor Kongsikan Kisah Benar!
Gambar hiasan.

Berikut ialah perkongsian beliau;

Ibu Ayah, Saya Mahu Hidup

“Hello doktor! Ada baby berusia 2 minggu tengah sawan. Dah biru ni, doktor,” jeritan seorang penolong pegawai perubatan di corong telefon dari unit kecemasan.

“Ahh! Kejap saya sampai.”

Aku oncall ketika itu terus buka langkah seribu tanpa toleh kiri kanan. Aku dari wad bersalin agak jauh untuk tiba.

Sesudah sampai di zon merah aku bersuara,”berapa lama dah sawan ni?”

SUDAH 2 HARI ALAMI SAWAN

“Dah 2 hari sawan tak baik-baik. Dah jumpa ustaz tapi ustaz suruh bawa ke hospital,” jawab ibu kepada bayi tersebut.

Kami semua agak cemas ketika itu. Kami mula lakukan resusitasi dan berjaya memasukan tuib pernafasan kerana sawan bayi tersebut terlalu lama. Bantuan pernafasan sudah diberikan. Keadaan susah stabil.

Apa masalah bayi ni agaknya? Ah, perlu CT brain ni – Aku hanya bermonolog.

IKLAN

Aku buat rujukan ke hospital besar untuk rawatan lanjut dan lakukan imbasan CT brain. Sambil menyiapkan segala surat rujukan aku disapa oleh ayah bayi tersebut.

“Doktor kenal kami?” Sapaan si ayah.

“Oh! Encik rupanya. Ya saya kenal. Saya yang sambut kelahiran anak ini. Baru saya ingat,” ujarku sambil cuba imbas kembali.

Gara-Gara Ibu Bapa Tolak Suntikan Vitamin K, Nyawa Anak Melayang. Doktor Kongsikan Kisah Benar!
Gambar hiasan.

MENOLAK SUNTIKAN VITAMIN K DAN VAKSIN SELEPAS BAYI LAHIR

Imbas kembali 2 minggu lepas…

“Maaf doktor, kami tak mahu apa-apa ubat atau vaksin untuk anak kami termasuk injek vitamin K,” ujar seorang ayah sejurus kelahiran anak ke 2 mereka.

Aku dan seorang jururawat memberitahu tentang kepentingan vitamin K untuk bayi yang baru dilahirkan. Bayi baru lahir berisiko kekurangan vitamin K atas beberapa faktor termasuk: vitamin K tidak dipindahkan melalui placenta dari ibu ke janin dengan baik, kandungan vitamin K dalam susu ibu tak mencukupi untuk keperluan bayi dan beberapa faktor lain lagi.

Aku juga terangkan vitamin K adalah penting dalam pembekuan darah lebih-lebih lagi untuk bayi baru lahir. Komplikasi jika tak mengambil vitamin K adalah akan menyebabkan pendarahan.

Gara-Gara Ibu Bapa Tolak Suntikan Vitamin K, Nyawa Anak Melayang. Doktor Kongsikan Kisah Benar!
Gambar hiasan.

SARANAN DOKTOR TIDAK DIENDAHKAN

IKLAN

Mereka tak mengendahkan saranan aku dan jururawat. Macam-macam alasan diberikan yang dikatakan ia adalah idea dari barat dan yahudi. Puas kami terangkan. Mereka tetap menolak.

“Kami tak mahu benda asing masuk kedalam badan bayi kami.”

“Kami tak mahu ikut yahudi macam doktor.”

“Apa-apa yang berlaku kepada bayi kami, kami tanggung.”

“Kalau doktor bagi juga saya saman doktor.”

Itu antara kata-kata yang aku terima dari ibubapa bayi tersebut. Ok, aku redha.

Gara-Gara Ibu Bapa Tolak Suntikan Vitamin K, Nyawa Anak Melayang. Doktor Kongsikan Kisah Benar!
Gambar hiasan.

BAYI DIHANTAR KE HOSPITAL BESAR

Tanpa berkata apa-apa aku terus mengantar bayi yang tenat itu ke hospitar besar. Banyak benda dalam benakku. Cemas, sedih, kecewa, itu semua mainan aku sebagai doktor yang merawat.

IKLAN

Setelah kami tiba di hospital besar, bayi tenat tersebut kami serahkan kepada doktor-doktor di zon merah. kami hanya menunggu keputusan CT brain bayi ini. Aku tak mahu pulang lagi selagi tiada keputusan. Menunggu dengan penuh cemas.

KEPUTUSAN CT SCAN BAYI ALAMI PENDARAHAN OTAK

“Awak! Filem Ct Brain dah siap. Tengok tu, intracranial bleed bang,”ujar Dr Faizal di zon merah.

Allahu, sah apa yang aku fikirkan. Bayi ini mengalami pendarahan dalam otak akibat dari ‘hemorrhagic Disease of Newborn’. Asbabnya kekurangan vitamin K.

Aku dan jururawat pulang kembali ke hospital kami. Perasan sedih dan kesian dengan apa yang berlaku keatas bayi tersebut.

BAYI MENINGGAL DUNIA 3 HARI KEMUDIAN

Selang seminggu aku cuba membuat susulan tentang bayi tersebut. Aku diberitahu bahawa bayi tersebut sudah meninggal 3 hari lepas.

innalillahiwainnailaihirojiun…

Aku sedih. Aku sedih. Masih terbayang wajah bayi tersebut buat aku menangis. Satu jiwa sesuci kain putih yang tak berdosa telah hilang akibat kejahilan ibubapanya.

Rintihan si anak; “Ibu! Ayah! Saya mahu hidup. Kenapa biarkan saya mati.”

Dr Zek

Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI