Situasi ibu ayah sedap makan sedangkan anak kecil asyik tengok ‘handphone’ adalah perkara biasa kita tengok setiap kali masuk mana-mana restoran.
Setiap kali masuk restoran atau kedai makan mesti akan nampak kelibat bayi atau kanak-kanak usia bawah 2 tahun asyik menghadap ‘handphone’ sedangkan ahli keluarga yang lain berselera makan hidangan masing-masing.
Bila diperhatikan, kebanyakannya sedang menonton video kartun kegemaran mereka seperti Didi & Friends, Boboyboi, Upin Ipin atau Robocarpoli. Rasanya memang ‘trend’ ibu bapa moden zaman sekarang akan bagi anak tengok ‘handphone’ waktu mereka sedang makan di restoran atau kedai makan.
Anak memang akan duduk diam dan tak ganggu anda berdua menikmati makanan tapi ada kesan jangka panjang yang tak bagus pada perkembangan si kecil. Kasihan melihat anak yang masih bayi sudah disogokkan dengan ‘handphone’ sebagai salah satu cara menenangkan atau “mendiamkan” mereka!
Sebelum anda sogokkan anak yang masih kecil dengan gajet, lebih baik ketahui dulu apa kesan buruknya kepada perkembangan anak. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.
1. Perkembangan yang perlahan
Tahun pertama usia anak, otaknya berkembang sangat pantas, dan pembelajaran terbaik ketika ini adalah berinteraksi dengan manusia bukannya skrin. Bila kepala asyik tertunduk sebab fokus tengok video di ‘handphone’ dan tiada ‘eye contact’ dengan ibu bapa, mungkin membahayakan perkembangan otak mereka.
Ads
2. Hilang selera makan
Doktor sangat bimbang bila bayi dan kanak-kanak terdedah terlalu lama pada skrin gajet kerana ia ada kesan pada tahap tumpuan dan konsentrasi serta selera makan juga akan berkurangan. Patutlah anak susah makan dan menolak sebarang makanan yang disuap.
3. Lambat bercakap
Skrin ‘handphone’ mengganggu kanak-kanak usia 1-2 tahun daripada berinteraksi dengan ibu bapa, adik-beradik dan kanak-kanak sebayanya. Dan Siegel of Mindful Awareness Research Center mendapati ini boleh menghalang perkembangan bahasa, sosial dan emosi mereka. Ini mungkin menjejaskan perkembangan pemahaman, empati, cara mengenal diri sendiri dan berhubungan dengan orang sekeliling.
Ads
4. Kuat mengamuk & pemarah
Akibat terlalu lama menghadap skrin ‘handphone’, si kecil akan jadi obses dan mudah mengamuk apabila anda cuba menghentikan aktivitinya itu. Segala yang dilakukan serba tak kena dan lama-kelamaan bayi akan jadi seorang yang pemarah.
5. Koordinasi motorik yang lemah
Bayi dan kanak-kanak belajar lebih baik dengan objek yang mereka boleh sentuh, berbanding apa yang mereka lihat pada skrin. Meneroka konsep dalam bentuk tiga dimensi adalah lebih baik berbanding dua dimensi untuk perkembangan kognitif si kecil.
Ads
Anak bawah usia 2 tahun sepatutnya perlu lebih aktif bermain dan meneroka persekitaran mereka, bukan sekadar duduk menghadap ‘handphone’ dan mendapat kesemua rangsangan dari skrin sahaja. Ini antara sebabnya American Academy of Pediatrics (AAP) tidak menyarankan pemberian gajet kepada kanak-kanak bawah usia 2 tahun.
Jika ibu dan ayah tak mahu anak mendapat kesan buruk daripada gajet, lebih baik pertimbangkan dahulu keinginan untuk bagi bayi kenal ‘handphone’. Selalunya ibu bapa yang tak sabar-sabar nak tengok bayi mereka bermain ‘handphone’. Belum masanya lagi untuk bagi mereka sentuh dan bermain dengan gajet.
Sebenarnya ada banyak cara lagi yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan anak meragam atau bosan ketika berada di restoran dan lain-lain lokasi yang memerlukan mereka duduk lama.
Sebaiknya kalau anda merancang makan di luar, bawa persediaan alat permainan untuk elakkan anak berasa bosan lalu meragam dan merengek hingga mengganggu orang lain. Tapi elakkan daripada memberi bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun menonton video kartun di ‘handphone’ anda. It’s big no no!
Sumber info: www.raisesmartkid.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak saya perempuan, umur 9 bulan dan dia suka sangat sembur bila makan. Dan bila sembur, dia akan senyum. Sebelum ni saya cuba nak tahu sebab dia sembur. So bila dia sembur, saya akan bagi air. Mungkin dia dahaga. Tapi lepas bagi air, dia sembur juga.
Nak kata dia kenyang, dia akan buka mulut untuk suapan seterusnya. Saya cuba avoid saying NO risau terlalu kerap sebut. Saya cuba ignore tapi dia tetap sembur. Kalau bukan waktu makan, dia akan sembur air liur. Boleh Ibu kongsikan cara untuk saya deal dengan situasi ni?
Jawapan Ibu Rose
Dia sembur sebab dia mula nak cuba kendalian dia terhadap mulutnya. Ini akan membantu dia untuk cepat bercakap. Tak mengapa biarkan sahaja dia melakukannya. Ini cuma fasa dalam pembesaran anak kecil. Tiada kena mengena dengan akhlak. Cuma anda perlu bijak untuk tidak letak makanan yang dihidangkan untuk orang lain dekat dgnnya supaya tidaklah semburan itu termasuk ke hidangan.
Sumber: Ibu Rose
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Figura seorang papa sangat memberi makna dalam kehidupan anak-anak. Memang anak pandang tinggi pada papa mereka dan setiap tingkah lakunya akan diperhatikan dan anak akan ikut.
Betul, kalau papa layan mama umpama queen, anak-anak akan ikut sekali. Kalau papa jenis bertimbang rasa dan ringan tulang bantu mama, anak-anak pun akan teruja nak ikut tolong juga!
Biarpun anak selalu manja dengan ibu tetapi sebenarnya mereka seronok bila ayah ada. Banyak benda boleh dibuat bersama dan ayah biasanya lebih santai dan suka bergembira dengan anak-anak. Ibu mungkin sedikit tegas tetapi tetap menyayangi anak. Ada bezanya cara didikan ayah dan ibu.
Besar sebenarnya peranan seorang papa dalam mendidik anak-anak. Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim (Penulis Tip Keibubapaan), penting sangat untuk papa sentiasa menegur anak-anak kalau ada buat salah. Banyak impak positif bila papa rajin tegur anak ni, antaranya;
– Anak lebih baik tingkahlakunya (PQ) – Anak lebih stabil emosinya (EQ) – Anak lebih cerdik kognitif judgement (IQ) – Anak lebih tinggi harga dirinya (SQ)
Tambahnya lagi, pasangan suami isteri saling melengkapi. Mama tugasnya sebagai guru kasih sayang dan apa pula guru tabiah anak-anak. usah alpa dalam mendidik anak, teguran adalah untuk melentur mereka!
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada papa-papa di luar sana untuk terus menunjukkan contoh terbaik pada anak anda. Memang anak-anak look up pada papa, jadi ajarlah mereka dengan sebaiknya supaya menjadi individu terbaik pada masa akan datang.
Setiap anak ada kecenderungan masing-masing. Adakalanya ibu bapa memang boleh melihat minat dan kebolehannya daripada awal. Dedahkan dari awal boleh membantu anak menguasai dengan lebih pantas.
Siti Sairah Tarudin dalam rancangan televisyen keibuapaan popular, Pa&Ma berkongsi tentang anak perempuan sulungnya. Adik kepada penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza ini muncul dalam episod 3 Pa&Ma yang membincangkan tajuk “Anak Keliru Bahasa. Anak sulung Sairah, Ummi Umairah rupanya boleh menguasai Bahasa Mandarin dengan baik.
Menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda memberikan kelebihan pada masa depan. Sairah dalam rancangan TV Pa&Ma berkongsi bagaimana awalnya dia memilih bahasa Mandarin untuk diperkenalkan kepada Umairah sejak di peringkat tadika lagi.
“Semua orang tahu bila boleh berbahasa selain Bahasa Melayu, itu salah satu batu loncatan untuk masa depannya.
3 TAHUN DAH PETAH BERCAKAP
“Daripada situ saya tengok Umai umur 3 tahun dia dah boleh cakap, dia dah cepat belajar. Jadi saya ambil keputusan bersama datuk neneknya untuk hantar dia ke sekolah tadika cina daripada umur 4 tahun,” kata Sairah.
Walau bagaimana pun penyanyi ini mengakui sebenarnya dia langsung tidak bercakap Bahasa Mandarin. Tapi semangat untuk melihat anak menguasai bahasa ini tidak pernah luntur.
“Selain saya, adik beradiknya juga tidak pandai pun Bahasa Mandarin. Tetapi saya hantar juga dia ke sekolah tersebut sebab saya rasa Umai boleh catch up untuk dia kuasai Bahasa Mandarin.
“Kalau di rumah, Umai jarang, bukan jarang tapi tak pernah pun bercakap Bahasa Mandarin ni sebab kami semua tak faham. Tapi kadang-kadang terlepas juga,”kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
TIP MUDAH MENGUASAI BAHASA MANDARIN
Selain itu, Sairah turut berkongsi bagaimana dia menggalakkan Umai menguasai bahasa ini.
“Apa yang saya buat, saya bawa dia berjalan. Dan kebetulan kalau tempat tu ada rakan-rakan atau anak-anak yang berbangsa cina, saya akan mengajar untuk Umai bercakap dengan mereka. Tegur supaya daripada situ dia boleh berbicara. Itu salah satu aktiviti Umairah.
“Kepada ibu bapa yang mana anak tidak boleh fokus kepada bahasa-bahasa lain tidak mengapa. Fokus kepada satu bahasa dulu. Selepas anak sudah boleh satu bahasa, bolehlah dia belajar bahasa yang lain pula,” kata Sairah dalam rancangan TV Pa&Ma.
Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut mengenai tajuk ini, bolehlah menonton siaran ulangan rancangan TV Pa&Ma yang akan ke udara pada Sabtu, jam 11 pagi hanya di Astro Prima & Astro Prima HD.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.