Situasi ibu ayah sedap makan sedangkan anak kecil asyik tengok ‘handphone’ adalah perkara biasa kita tengok setiap kali masuk mana-mana restoran.

Setiap kali masuk restoran atau kedai makan mesti akan nampak kelibat bayi atau kanak-kanak usia bawah 2 tahun asyik menghadap ‘handphone’ sedangkan ahli keluarga yang lain berselera makan hidangan masing-masing.

Bila diperhatikan, kebanyakannya sedang menonton video kartun kegemaran mereka seperti Didi & Friends, Boboyboi, Upin Ipin atau Robocarpoli. Rasanya memang ‘trend’ ibu bapa moden zaman sekarang akan bagi anak tengok ‘handphone’ waktu mereka sedang makan di restoran atau kedai makan.

Anak memang akan duduk diam dan tak ganggu anda berdua menikmati makanan tapi ada kesan jangka panjang yang tak bagus pada perkembangan si kecil. Kasihan melihat anak yang masih bayi sudah disogokkan dengan ‘handphone’ sebagai salah satu cara menenangkan atau “mendiamkan” mereka!

Sebelum anda sogokkan anak yang masih kecil dengan gajet, lebih baik ketahui dulu apa kesan buruknya kepada perkembangan anak. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

1. Perkembangan yang perlahan

Tahun pertama usia anak, otaknya berkembang sangat pantas, dan pembelajaran terbaik ketika ini adalah berinteraksi dengan manusia bukannya skrin. Bila kepala asyik tertunduk sebab fokus tengok video di ‘handphone’ dan tiada ‘eye contact’ dengan ibu bapa, mungkin membahayakan perkembangan otak mereka.

IKLAN

2. Hilang selera makan

Doktor sangat bimbang bila bayi dan kanak-kanak terdedah terlalu lama pada skrin gajet kerana ia ada kesan pada tahap tumpuan dan konsentrasi serta selera makan juga akan berkurangan. Patutlah anak susah makan dan menolak sebarang makanan yang disuap.

3. Lambat bercakap

Skrin ‘handphone’ mengganggu kanak-kanak usia 1-2 tahun daripada berinteraksi dengan ibu bapa, adik-beradik dan kanak-kanak sebayanya. Dan Siegel of Mindful Awareness Research Center mendapati ini boleh menghalang perkembangan bahasa, sosial dan emosi mereka. Ini mungkin menjejaskan perkembangan pemahaman, empati, cara mengenal diri sendiri dan berhubungan dengan orang sekeliling.

IKLAN

4. Kuat mengamuk & pemarah

Akibat terlalu lama menghadap skrin ‘handphone’, si kecil akan jadi obses dan mudah mengamuk apabila anda cuba menghentikan aktivitinya itu. Segala yang dilakukan serba tak kena dan lama-kelamaan bayi akan jadi seorang yang pemarah.

5. Koordinasi motorik yang lemah

Bayi dan kanak-kanak belajar lebih baik dengan objek yang mereka boleh sentuh, berbanding apa yang mereka lihat pada skrin. Meneroka konsep dalam bentuk tiga dimensi adalah lebih baik berbanding dua dimensi untuk perkembangan kognitif si kecil.

IKLAN

Anak bawah usia 2 tahun sepatutnya perlu lebih aktif bermain dan meneroka persekitaran mereka, bukan sekadar duduk menghadap ‘handphone’ dan mendapat kesemua rangsangan dari skrin sahaja. Ini antara sebabnya American Academy of Pediatrics (AAP) tidak menyarankan pemberian gajet kepada kanak-kanak bawah usia 2 tahun.

Jika ibu dan ayah tak mahu anak mendapat kesan buruk daripada gajet, lebih baik pertimbangkan dahulu keinginan untuk bagi bayi kenal ‘handphone’. Selalunya ibu bapa yang tak sabar-sabar nak tengok bayi mereka bermain ‘handphone’. Belum masanya lagi untuk bagi mereka sentuh dan bermain dengan gajet.

Sebenarnya ada banyak cara lagi yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan anak meragam atau bosan ketika berada di restoran dan lain-lain lokasi yang memerlukan mereka duduk lama.

Sebaiknya kalau anda merancang makan di luar, bawa persediaan alat permainan untuk elakkan anak berasa bosan lalu meragam dan merengek hingga mengganggu orang lain. Tapi elakkan daripada memberi bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun menonton video kartun di ‘handphone’ anda. It’s big no no!

Sumber info: www.raisesmartkid.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI