Ibu Ayah Suka Jerit Bila Marah, Anak Akan Ikut. Sebab Itu Depan Anak Kena ‘Control’

Share

Usia antara bayi hingga 8 tahun merupakan usia yang ‘crucial’. Anak-anak berada dalam usia ‘prime’ perkembangan mereka. Ketika usia ini, ibu bapa dan keluarga masih lagi menjadi “pengaruh terbesar” mereka.

Kerana itu amat penting untuk memastikan mereka rapat dengan ibu ayah sejak usia kecil. Minda bawah sedar mereka tahu, ibu bapa lah orang yang paling mereka sayang dan jadikan “role model” walaupun pada usia mereka masuk ke usia remaja.

Sebelum anak-anak pandai bercakap, anak-anak yang kemahiran sosial dan komunikasi mereka berkembang dengan sihat akan mula meniru perbuatan ibu ayah mereka. Apabila anak mula pandai bercakap, mereka akan meniru cara ibu bapa mereka bercakap pula.

Berikut saya senaraikan antara perkara positif yang boleh membantu perkembangan positif spontan anak-anak yang memang biasa kita lakukan saban hari, yang boleh kita usahakan untuk ajak anak duduk sebelah, atau biarkan anak tengok:

1. SOLAT – walaupun anak-anak kecil belum pandai bersolat, membiarkan mereka berada di sekitar kita semasa kita bersolat akan memberikan mereka pendedahan yang baik tentang rutin solat.

2. MENGAJI – mengaji di hadapan anak dengan Qur’an akan membuatkan anak tertarik dengan Qur’an yang sedang kita pegang dan alunan bacaan kita.

3. MEMASAK ATAU PERSEDIAAN MEMASAK – memasak dan menyediakan bahan masakan merupakan aktiviti yang menarik di mata anak.

Gambar yang saya kongsikan ini merupakan gambar anak sulung saya semasa dia 4 tahun 9 bulan meniru nota bergambar saya (siap anak panah u ols?)

4. MENULIS – biar anak lihat dan bantu semasa kita menulis di rumah. Tak kisahlah samada menulis barang dapur untuk dibeli, atau ‘to-do-list’ harian.

5. MELUKIS – jika kita mahu anak kita melukis untuk melatih penghasilan “pre-writing strokes” mereka, anda terlebih dahulu perlu ‘buktikan’ pada mereka yang aktiviti itu adalah seronok lagi menyeronokkan.

TIPS:
1. Gunakan konsep Q-15 untuk mengenal pasti kecenderungan anak anda.

Sumber: OT Aisyah Rozalli

Published by
Wan Amy