Hernia atau dalam bahasa biasanya angin pasang ialah salah satu keadaan yang sering berlaku kepada bayi lelaki. Tapi tahukah anda hernia sebenarnya boleh berlaku kepada bayi perempuan juga?

Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, hernia adalah adalah satu jenis penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi ialah hernia. Ia adalah satu benjolan tidak normal bagi organ dalaman keluar melalui pembukaan normal atau tidak normal, tetapi masih berada di bawah lapisan kulit.

PUNCA HERNIA

Ini disebabkan kelemahan pada dinding di dalam perut kerana otot bayi belum matang.

Ibu Ayah Tolong Peka Benjolan Pada Pusat & Lipatan Paha Bayi, Ia Mungkin Hernia. Bayi Perempuan Tak Terkecuali!
Gambar daripada Facebook Dr Zubaidi.

JENIS-JENIS HERNIA

Secara umum terdapat dua jenis hernia iaitu dalaman (internal) dan luaran (external). Internal bermaksud hernia yang berada di dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar.

External hernia lebih mudah dikesan kerana dapat dilihat dari luar. Jenis yang sering ditemui ialah hernia inquinal yang muncul di lipatan paha dan umbilical hernia yang muncul di kawasan pusat. Bayi umumnya mengalami external hernia yang boleh dilihat dengan mata kasar.

IKLAN

Hernia umbilical berlaku apabila kandungan isi usus membentuk satu bonjolan di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan di dinding perut.

Ibu Ayah Tolong Peka Benjolan Pada Pusat & Lipatan Paha Bayi, Ia Mungkin Hernia. Bayi Perempuan Tak Terkecuali!

BIASA BERLAKU KEPADA BAYI BARU LAHIR

Biasanya penyakit ini berlaku pada bayi baru lahir. Ia disebabkan oleh salur darah umbilical yang membekal makanan untuk fetus membesar di dalam rahim tertutup dan tidak sempurna.

IKLAN

Hernia jenis (hernia umbilical) ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis.

Ia bergantung pada saiz, ada sekecil 1 cm dan ada yang melebihi 5 cm.

Ibu Ayah Tolong Peka Benjolan Pada Pusat & Lipatan Paha Bayi, Ia Mungkin Hernia. Bayi Perempuan Tak Terkecuali!

IKLAN

PEMBEDAHAN

Jika bayi terlalu kecil, kita tunggu sehingga umurnya mencecah tiga hingga empat tahun sebelum pembedahan dilakukan.

Hernia bersaiz kecil berukuran lebih kurang 1 sentimeter (cm) pada bayi biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan.

Ada kalanya usus yang tersumbat di dalam rongga boleh mengalami kereputan apabila bekalan darah berkurangan dan tiada bekalan oksigen. Apabila ia terjadi, ia boleh membahayakan pesakit.

Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI