Keibubapaan

Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki, Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

Share

Ibu ayah yang ada anak lelaki, ini nasihat penting sebelum mereka dewasa. Cabaran mendidik anak-anak zaman sekarang amat besar. Mungkin kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi.

Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki, Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif, dilimpahi kasih sayang dan perhatian, mereka pasti akan membesar menjadi anak yang lebih mudah. Namun jika dari awal ibu bapa silap percaturan, tak mustahil anak lebih percaya pada orang lain.

Sebab itu, anak lelaki dan anak perempuan, pastikan mereka sentiasa menjadi kawan baik ibu ayah sampailah mereka dewasa. Seperti perkongsian Taufiq Razif, anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka jadi dewasa.

Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa: 

1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu.

2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu.

3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu.

4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu.

5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu.

6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu.

7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu.

8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu.

9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu.

10. Bantulah ibu bapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu.

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.

Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya.

Kredit: Taufiq Razif (TheProParenting)

Baca artikel lain juga: Morning Wood! Anak Lelaki Mengadu Burung Mengeras Waktu Pagi, Ni Mak Ayah Patut Jawab!

Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Akan Membesar Jadi Insan Yang Hebat

Anak Lelaki Ryan Bakery Alami Jangkitan Kuman, Batuk & Demam Berpanjangan

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Published by
Has