Berapa ramai ibu ayah yang dapat bayi perempuan tahu bila masa sesuai untuk khatankan anak masing-masing? Bagi yang baru bergelar ibu ayah tentu keliru dan mungkin ada yang risau untuk khatankan anak kerana bimbang si kecil akan sakit.
Kalau anda baru menimang cahaya mata perempuan, boleh baca penjelasan lengkap yang ditulis oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak dalam facebook beliau.
“Bila nak bawak Hannan Khaira bersunat? Lagi awal lebih bagus ke atau lebeh elok tunggu dia besar sikit? Tapi…. macam seriau plak dengar sunat baby girl ni. Sakit tak kalau sunat baby girl ni ya?”
Bagi ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata bayi perempuan – ini salah satu persoalan yang semestinya akan bermain dalam kepala. Kalau anak laki sunat biasa la kan mendengarnya. Tapi, kalau sunat anak perempuan ni masih ada segelintir yang was-was tentang prosedurnya.
Berkhitan / berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya ‘melukakan’ sebahagian kulit pada bahagian atas clitoris. Bahagian yang dilukakan itu sangatlah kecil sebenarnya dan jauh sekali berbeza dgn proses bersunat lelaki. Jangan ingat sama pulak
HUKUM BERKHATAN ANAK PEREMPUAN DALAM ISLAM
Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus.
Walaubagaimanapun, islam ini mudah – ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah WAJIB. Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.
Mari kita perhatikan beberapa perbahasan dan ulasan yang meletakkan hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam. Ianya merujuk kepada hadis Khitan anak perempuan dinaskan dalam syariat.
Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha:
Ads
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج
“Apabila Engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, kerana itu lebih boleh membuat ceria wajah dan lebih disenangi oleh suami.”
Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafie dan Hambali hukumnya WAJIB bagi lelaki dan perempuan.
Bila nak sunatkan baby girl?
Umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Tiada had umur, tapi saya personally prefer bayi perempuan yang kurang setahun umurnya – senang untuk handle, dan recovery cepat.
Ads
Macam mana sunat baby girl ni? Kena jahit ke mcm sunat laki?
Berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan melukakan sebahagian kecil selaput kulit pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan.
Para ulama juga menegaskan bahawa khitan perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong sehingga boleh mengakibatkan kemudaratan.
Kalau diikutkan, prosedurnya tak sampai 5 minit atau kurang. Ia menggunakan peralatan perubatan moden yg bebas kuman – saya gunakan jarum halus yg steril/bebas kuman dan bayi tidak perlu suntikan bius
Sebelum bawak baby girl anda bersunat –
Ibu bapa perlu memastikan keadaan kesihatan bayi adalah baik. Maksudnya, tangguhkan dahulu sekiranya anak demam, batuk, atau mempunyai masalah kesihatan lain.
Ads
Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan berkaitan kesesuaian umur anak dan keadaan kesihatan . Sebaiknya, carilah doktor yang berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini.
Ada penjagaan khusus ke lepas sunat?
Berbanding berkhatan lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang sgt cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan.
Lazimnya selepas ditekup dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.
Takda pantang apa-apa ye
Akhir kata berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan dan sgt dituntut.
Khitan juga dapat membawa kesempurnaan agama, keindahan, dan meluruskan syahwat.
“Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.”
(Direkodkan oleh Al-Baihaqi)
Dr. Muhammad Izzat Bin Abdul Razak Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Setiap ibu yang menyusukan bayi mereka pasti akan ada ujiannya yang tersendiri. Ada yang kurang susu, payudara terasa sakit dan banyak lagi. Semua itu adalah normal dan sangat penting untuk para ibu yang menyusukan anak ini mendapatkan ilmu laktasi yang betul. Jangan mudah dipengaruhi kata-kata orang lain, terutamanya yang ‘mematikan’ semangat kita untuk memperjuangkan susu ibu.
Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh para ibu dalam menjayakan amalan ini. Salah satunya ialah mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan sesetengah perkara. Ini terutamanya yang melibatkan mitos penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa mitos yang sering kedengaran dan penjelasannya.
Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan seperti hypoplasia of mammary gland, tumpah darah yang banyak selepas kelahiran, Sheehan Syndrome atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).
Jika tidak mengalami masalah ini, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi keperluan bayi. Ketahuilah, kebanyakan wanita sebenarnya menghasilkan banyak susu lebih daripada keperluan bayi!
Petunjuk kurang kenaikan berat badan bayi bukan berpunca daripada kurang susu tetap ia disebabkan oleh kurangnya penerimaan susu oleh si bayi. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pelekapan yang tidak betul dan sebagainya. Apabila hal ini berterusan, ia menjadi punca penghasilan susu semakin berkurangan.
Jika anda rasa susu kurang, teliti semula teknik penyusuan anda.
2. Beri bayi minum air masak
Ia tidak benar sama sekali. Jika anda melakukannya, ia boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi yang berumur enam bulan ke bawah tidak memerlukan sumber makanan lain selain daripada susu ibu. Tambahan pula, air masak tiada zat makanan.
Apabila bayi diberi air masak, perutnya yang kecil itu akan mengembang dan menyebabkan dia kenyang. Lalu, bayi tidak akan mahu menyusu. Apabila tiada permintaan, maka tiadalah permintaan. Disebabkan itu, ia akan mengganggu proses penghasilan anda.
3. Susu formula sama kualiti dengan susu ibu
Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak boleh menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan kandungan antibodinya demi melindungi bayi.
4. Berat anak naik sikit saja kalau susu ibu tak berkualiti
Kualiti susu ibu adalah sangat tinggi. Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu, tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah.
Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu akibat teknik penyusuan yang salah atau bayi mempunyai masalah kesihatan yang perlu diperiksa segera oleh doktor pakar.
5. Ibu kena minum susu untuk banyakkan susu
Susu ibu dihasilkan daripada sistem peredaran darah. Bukan terus daripada perut anda. Tidak perlu minum susu semata-mata demi menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik.
Adalah lebih penting jika anda mengekalkan hidrasi tubuh dengan minum banyak air dan tidak terhad kepada susu semata-mata.
6. Payudara kecil susu sikit
Hal ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Saiz payu dara dipengaruhi oleh kandungan tisu lemak di dalam payudara. Penghasilan susu ibu pula dipengaruhi oleh tisu kelenjar yang berada di dalam payudara.
7. Salah kalau beri anak menyusu dari botol
Anda digalakkan memberikan susu ibu secara terus dari payudara. Banyak kebaikan yang bakal anda peroleh. Antaranya mengurangkan risiko kanser payudara, meringankan tekanan si ibu dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Kebanyakan ibu menyusu kini bekerjaya. Jadi tiada salahnya jika anda mengepam susu, menyimpan dan menyusukan bayi menggunakan botol. Apa yang penting, bayi mendapat susu ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses melahirkan anak, perubahan yang begitu besar bagi setiap ibu tidak dinafikan banyak meninggalkan pelbagai kesan pada emosi ibu. Penyanyi dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim juga tidak terkecuali berdepan hal yang sama selepas kelahiran cahaya mata sulungnya kira-kira dua tahun lalu.
Kata ibu kepada Tunku Sofia Najihah ini menerusi perkongsiannya bersempena dengan Kempen Kesedaran Hari Bunuh Diri 2021, CP Sarimah turut mendedahkan dia pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan depresi selepas melahirkan anak.
Pun begitu katanya lagi, dia sendiri tidak pernah menyedari bahawa dirinya berdepan masalah itu sehinggalah dia mendapatkan sesi khidmat nasihat daripada pakar sebelum ini.
” Saya pernah mengalami kemurungan selepas bersalin pada 2 tahun lepas. Lepas dapat rawatan baru saya tahu rupanya selama ini saya juga adalah penghidap penyakit kemurungan dan depresi bertahun-tahun.
“Jadi mungkin kita tidak tahu dan itulah masalahnya. Apabila kita tak tahu jadi kita beranggapan itu adalah personaliti diri kita,” kongsinya.
Tak ada selera makan, menggeletar tak boleh tidur
Menurut ibu yang kini semakin ceria bersama anaknya, dia pernah berdepan detik yang mencemaskan, tidak berselera untuk makan malah tidak dapat memegang bayinya diketika itu.
Namun kata Sarimah lagi kini dia bersyukur kerana berjaya menangani masalah itu dengan baik seterusnya menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
” Jujurnya sebelum ini ada ketikanya saya menggeletar sampai tak boleh tidur, tiada selera makan dan tak boleh pegang bayi. Malah waktu itu juga saya rasa seolah-olah macam hilang harapan.
” Selepas itu saya terfikir mungkin saya sudah hilang akal secara tiba-tiba. Kemudian bila saya berjumpa doktor, mereka banyak membantu.
“Saya ada juga berjumpa dengan ustaz beberapa kali dan menyatakan ini adalah salah satu ujian hidup berbentuk rohani dari Allah untuk diri kita sebenarnya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Sarimah mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada April 2015.
Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syatilla & Sam Shaheizy selamat menyambut kelahiran kelahiran anak kedua mereka. Nampaknya sudah tidak lagi bertiga, tapi berempat!
Perkhabaran gembira ini dikongsi Syatilla & Sam menerusi Instagram. Anak kedua pasangan ini dilahirkan pada 17 April 2019, jam 9.15 pagi menerusi pembedahan.
SIHAT & GEBU
Syatilla turut berterima kasih kepada suami yang berada di sisi sepanjang proses pembedahan dijalankan. Kata Syatilla, anak perempuannya itu sihat & gebu!
samtilla Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq????sihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room?
Thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih@kpjampangputeri the best♥️
shaheizy_sam WE ARE NO LONGER 3 ?. ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone ?? ???? 17/04/19, 9:15am
BERKONGSI TARIKH LAHIR SAMA DENGAN IBU SAM
Apa yang lebih menarik, kelahiran anak kedua mereka ini adalah pada tarikh ulang tahun kelahiran ibu Sam, dramatis Khaty Fauziah. Kata Sam, hadiah untuk ibunya kali ini tidak dijual di kedai.
shaheizy_sam Happy Birthday Mommy @khatyfauziah . Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday ?❤️ Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU
Para peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Teruja dengan kehadiran bayi perempuan ini, masing-masing mendoakan kesejahteraan buat si kecil & Syatilla. Ada juga yang memuji Syatilla yang masih cantik dalam dewan pembedahan.