Ibu ayah yang kena jadi idola jika mahu anak hebat. Ini kerana anda orang pertama yang mereka kenal dan contohi. Oleh itu mulakan didikan positif untuk menjadikan mereka anak yang genius dunia dan akhirat.
Apa yang anda lakukan akan diikut oleh anak. Walaupun anda anggap anak kecil mereka tak faham apa-apa, tak semestinya dia tak belajar dari apa yang dilihatnya.
Berikan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Biar anak tahu mereka sebenarnya membesar dalam satu keluarga yang penuh harmoni. Jadi sebagai ibu bapa anda boleh mula ajar anak dengan sifat-sifat positif untuk kebaikannya pada masa depan serta dapat menjadi seorang yang hebat.
Antara yang boleh anda lakukan untuk ajar anak adalah:
- Menghargai Perasaan Orang
– Selalu ajar anak untuk menyelami perasaan orang lain. Mulakan dulu dengan menyelami perasaan adik-beradiknya sendiri.
Contohnya kalau anak kita suka pukul adiknya sendiri gunakan teknik Roll Play je.
– Kalau abang jadi adik dan adik jadi abang, abang suka ke kalau adik pukul abang? Sambil tu si ibunya kena la acah-acah buat pukulan atau cubitan ringan lepas tu tanya balik si abang tadi ” sakit kan? Camtu la adik rasa tau. Abang nak ke adik sakit camni tiap-tiap hari-hari? Insya-Allah perlahan-lahan si abang tu akan belajar untuk menyelami perasaan adiknya sendiri.
- Tegas Dengan Pendirian
– Nak anak tegas? Kita la yang kena tunjukkan contoh ketegasan kat anak kita. Mirror Neuron dalam anak kita akan belajar macam mana mana nak jadikan diri anak kita tu tegas dengan melihat ketegasan kita.
– Sekali dah cakap NO tu jangan la tiba-tiba je cair dengan anak. Contohnya anak nak jajan, kita pun cakap la NO atau TAK BOLEH. Anak tantrum sikit je kita dah mengalah. Nanti dalam hati anak akan timbul suara hati camni “alaa..bukan boleh percaya sangat mak ayah aku tu. Mula-mula je cakap tak nak bagi tapi nanti kalau aku nangis terus cair la diorang! ”
- Menghargai Pasangan Hidup
– Benda ni nampak kecik tapi efeknya boleh sampai ke tua nanti. Anak yang nampak si ibunya biadap dan tak hormat dengan ayahnya akan biadap pula dengan suaminya sendiri bila dah kahwin nanti.
– Anak yang nampak si ayah berkasar dengan emaknya boleh menyebabkan si anak tu jadi kasar dengan isterinya sendiri suatu hari nanti.
LEPAS BACA terus AMAL ye pada anak masing-masing. Insya-Allah anak tu akan membesar menjadi orang yang hebat suatu hari nanti.
Sumber: Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI