Hati ibu mana yang tak luluh, bila tengok anak sendiri menanggung sakit. Semalam tular satu kisah menyentuh hati seorang kanak-kanak berusia 22 bulan alami demam panas dibiarkan menahan kesakitan selama 11 jam sehingga diserang sawan, bagaimanapun memaklumkan bahawa mereka telah memaafkan pihak Hospital Melaka.
Ibunya, Siti Aishah Rahim, 27 tahun, luah rasa sedih dan trauma, tapi dalam masa yang sama tetap tabah dan redha. Walaupun apa yang berlaku sangat perit, dia dan suaminya telah memaafkan pihak Hospital Melaka.
Katanya, dia kongsi kisah ni bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi nak jadikan pengajaran dan peringatan buat kita semua betapa pentingnya tindakan cepat dan keprihatinan dalam kes kecemasan, lebih-lebih lagi bila melibatkan anak kecil.
Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun jauh disudut hatinya sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua.
“Saya tak mahu pengalaman pahit anak saya yang terpaksa menunggu lama di zon hijau berulang kepada orang lain. Ia bukan sahaja boleh mencemarkan imej hospital ini malah negeri Melaka.
Ads
“Walaupun pada awalnya saya terkilan, namun saya dan suami menerima permohonan maaf pihak hospital yang telah berjumpa kami.”
“Harap sangat agar insiden ini tidak terjadi kepada anak orang lain, sepertimana kita tahu sebelum ini Hospital Melaka memang banyak sangat isu,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, semalam.
Tambah itu, dia amat berharap kerajaan negeri dapat memandang serius perkara ini dan tidak melakukan pembaziran terhadap projek lain yang bernilai jutaan ringgit.
Ads
Dalam pada itu, suri rumah yang juga anak jati Melaka memberitahu keadaan anak sulungnya yang diserang virus adenovirus kini semakin baik dan telah ditempatkan di wad biasa kanak-kanak serta masih dalam pemerhatian pihak doktor.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima rawatan ketika mendapatkan bantuan perubatan di Hospital Melaka.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Siti Aishah memaklumkan beliau hadir ke hospital itu bagi mendapatkan rawatan anak sulungnya, Siti Farha Adelia Mohd Firdaus, yang mengalami demam panas.
Malangnya, kanak-kanak itu berterusan menangis kerana menahan sakit dan didakwa lewat diberikan rawatan, sehingga terpaksa menunggu hampir 11 jam sebelum insiden tersebut tular sejak malam Ahad.
Ads
Wanita itu turut mendakwa telah merayu untuk diberikan rawatan segera apabila suhu anaknya mencecah sehingga 40 darjah Celsius, namun jururawat bertugas hanya meminta agar beliau bersabar.
Selepas mendapatkan rawatan, kanak-kanak tersebut disahkan dijangkiti virus yang menyerang saluran pernafasan dan pencernaan, selain turut menjejaskan mata dan paru-paru.
Moga peristiwa ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika, taska, begini cara atasi. Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska. Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ibu bapa.
Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika, Taska, Begini Cara Atasi
Terdapat beberapa sebab mengapa ini berlaku, tetapi dengan pemahaman dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh membantu anak kekal sihat di persekitaran baru mereka.
Bila anak sudah mula masuk taska, tadika, bermulalah juga siri anak kerap tak sihat. Lagi perit, berjangkit pula dengan adik beradik lain di rumah. Maka berhari-harilah kita terpaksa EL sebab anak tak sihat.
Boleh cuba tip yang saya kongsi ini. Moga dapat membantu menguatkan imun anak kita semua, In Shaa Allah.
Kesimpulannya, adalah normal bagi kanak-kanak untuk mengalami beberapa episod sakit apabila mula memasuki persekitaran baru seperti tadika atau taska. Bagaimanapun, dengan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga, risiko penyakit ini boleh dikurangkan.
Yang penting, kita perlu memahami bahawa jangkitan ringan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses membina sistem imun kanak-kanak. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh membantu anak menghadapi tempoh ini dengan lebih mudah dan membesar dengan sihat.
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang tidak pernah berkira mendidik anak-anak, pelakon, Shima Anuar tidak terkecuali memberi penghargaan buat kesemua guru yang menaburkan ilmu buat anak-anaknya.
Paling istimewa, pelakon serba boleh ini menggubah sendiri 20 jambangan bunga buat kesemua guru-guru anaknya.
“20 jambangan bunga dengan coklat untuk Hari Guru hari ini. 10 untuk guru Sophia dan 10 lagi untuk guru Mikhael.
“Selamat Hari Guru kepada semua guru hebat di luar sana. ♥️,” tulisnya menerusi kapsyen.
Apa yang menarik perhatian bukan hanya usaha bahkan kesemua jambangan bunga ini dihias cukup cantik seperti di kedai-kedai bunga.
Malah setiap satunya pula turut disertakan dengan sekotak coklat sebagai hadiah sampingan. Tidak hairanlah dipuji wargamaya. Memang cantik persis tenaga terlatih.
Video perkongsian Shila Anuar ini sudah semestinya menerima tanda suka dari wargamaya yang memuji usaha pelakon ini untuk menghargai guru-guru anaknya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Si comel Nur Aisywara Nealofa, anak keempat pempengaruh dan MUA, Mua Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya yang dikongsikan oleh ibunya di media sosial.
Perkongsian gambar Aisywara atau nama panggilannya Wara yang tampil dengan pakaian ikan duyung buat ramai yang geram.
Mana tidaknya, tidak hanya berpakaian ala ikan duyung berwarna merah jambu bahkan Wara dengan begitu berani memegang seekor itik kesayangannya.
“Itik dia dah besaq gais. Mermaid & itik, selalu mermaid dengan tapak sulaiman kan.
“Dia ni kan, memang feeling watak sangat tau Wara oii,” tulis Mua Bellaz berseloroh menerusi kapsyennya.
Perkongsian video pendek si comel Aisywara yang muncul sebagai ikan duyung di dalam banjir buat ramai terhibur. Memang serius comel!
Rata-rata pengikut setia Mua Bellaz turut teruja dengan gaya Wara serta meninggalkan pelbagai komen.
Terdahulu, Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.