Ibu bapa dianggap pembuli emosi dalam diam jika suka membezakan anak-anak. Adakah anda perasan?
Bila dah ada lebih dari dua anak, sebagai ibu bapa kita tak perasan yang sebenarnya kita ada sikap suka membandingkan. Nampak macam isu remeh. Namun impak sangat besar pada jiwa anak-anak.
Perlu diketahui anak yang umurnya 0 hingga 7 tahun, minda mereka menyerap semua apa yang di dengar dan di lihat. Kelakuan ibu bapa menjadi role model mereka.
Menurut Perunding Motivasi, Azura Hashim apabila ada sikap membanding-bandingkan umpama kita meremehkan keupayaan anak-anak dan secara tidak langsung menjadikan anak itu membesar sebagai seorang yang tidak berkeyakinan dan penuh dengan tekanan.
Lebih malang lagi, potensi anak-anak tidak di gilap sebaiknya disebabkan tidak yakin atas keupayaan diri mereka.
Jika diikutkan, membanding- bandingkan anak dikatakan antara salah satu cara ibu bapa membuli anak. Mungkin bagi ibu bapa niat sebenar bukan mahu memotivasikan anak dengan membanding, sebaliknya menjadikan anak mereka seorang yang reaktif.
Sebagai ibu bapa, kita yang harus proaktif. Tukar daripada pujian atau membanding anak kepada memuji Allah.
Ads
Contohnya:
Anak yang sulung rajin dan bijak belajar
Maka pujian untuknya yang secara tidak lansung memuji Allah :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang soleh, rajin dan bijak seperti Hadif ini
Ads
(Pujian untuk Allah indirect semangat pada anak. Pujian juga berbentuk general untuk memuji anak kita yang lain).
Saat anak lain pula yang tolong walaupun mungkin terpaksa, Puji yang sama :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang solehah seperti Umairah ini. Jadi tak nampak membanding-bandingkan.
Ads
Setiap manusia diberi potensi, kelebihan yang berbeza. Salah satu bukti menunjukkan bahawa Allah Ya Musowwir Yang Maha Kreatif.
Pujian anak melalui memuji Allah boleh memperkasakan kelebihan, menutup kelemahan agar termotivasi menjadi yang lebih baik.
Kita berusaha berikan didikan yang terbaik. Selebihnya, serahkan urusan anak- anak kepada Allah Ya Baari yang maha menguruskan.
Semoga, walau di bidang apa pun, mereka menjadi insan yang memberi manfaat dan cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda, kajian menunjukkan membaca buku dengan anak terutama prasekolah dapat memperbaiki kemahiran si kecil mengenal huruf sekali gus rangsang minda anak menjadi bijak.
Rata-rata forum keibubapaan menyatakan kerisauan apabila anak tidak minat membaca. Namun hakikatnya terdapat cara untuk memupuk minat membaca dikalangan kanak-kanak. Ikuti perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin
Puan Maryam yang berkesempatan mendengar sharing daripada Penulis Buku Kanak-kanak & Remaja, Deborah Abela mengenai How To Help to Child To Be a Better Reader telah menyenaraikan 11 tip untuk mengalakkan anak suka membaca.
11 TIP
1. Great books help you to understand and the help you to feel understood. Buku yang bagus mampu membawa anak menjiwai watak. Kadangkala mampu memahami apa yang anak alami.
2. Enjoying reading to your kids. Baca buku dengan seronok bersama anak-anak akan stimulate mereka turut seronok.
3.Make reading a habit . Kita juga biasakan membaca. Habit membaca ni, mengikut percubaan saya, anak akan terasa nak baca buku juga kalau kita baca. Pernah banyak kali saya baca buku untuk diri saya sebelum tidur, dan anak-anak masing-masing ambil buku mereka termasuklah ali yang 2 tahun setengah.
4. Ask your older kids to read to the little ones. Ini satu aktiviti yang amat menyeronokkan! Cuba ajak anak kita lebih besar, bacakan buku pada si adik, pasti ada keterujaan di situ. Ammar,Raihan , Raudhah cuba buat ini dan si adiknya sangat suka. Siap manja-manja dengan kakak dan abangnya.
5. Let the kids read for interest. Kadang kala memang banyak cerita kita rasa tak best tapi anak memang suka. Silakan, beri peluang dia baca. (Tapi kalau as a muslim, kita tapis jugalah buku tu samada sesuai tak)
6. Books around the home. Pokoknya di mana mana ada buku. Bukan sahaja di mana-mana tetapi senang nak capai dan senang nampak.
7. Encourage a curiosity of story . Ada banyak cara kita boleh engcourage curiosity. Mulakan dengan perbincangan santai tentang gambar!
8. Make author talks. Deborah Abela sejak jadi penulis, memang sudah merata-rata ke sekolah dan berikan talk untuk berkongsi mengenai bukunya. Ada satu cerita beliau semalam, menginspirasikan, tentang bagaimana penglibatan beliau di projek buku dan book fair di sebuah sekolah sukan, membantu menjadikan anak-anak disekolah tersebut lebih beradap. Buku sangat sangat sesuai untuk menanamkan value yang baik pada anak.
9. Write to authors: Boleh buat projek tulis surat kepada penulis buku , bagi cadangan, bagi pandangan mengenai buku.
10. Investigate further. Biasanya disebalik cerita tu, ada banyak maklumat yang best yang boleh kita dan anak explore. Saya sendiri rasa banyak sangat perkara boleh di explore lebih banyak dari satu cerita.
11. Make the story relevent to them. Anak-anak kalau baca melulu, memang kadang tak faham. Tapi bila kita relatekan dia, faham kan dia, mereka akan nampak apa kene mengena cerita ni dengan diri dia. Kadang mereka belum nampak. Tugas kita sebagai ibu ayah atau pendidik, ialah buka pintu pintu ini. Pintu ini sangat penting untuk membantu anak melihat kelebihan dan peluang yang ada di dunia ini untuk diri mereka yang kadang kala mereka tak sedar.
Kongsi cerita
Dalam pada itu, Puan Maryam menyuarakan rasa kagum kisah lampau penulis buku kanak-kanak berkenaan.
Beliau ada satu kisah peribadi yang pada saya cerita ini mungkin antara salah satu yang menyebabkan beliau sangat bersemangan berkongsi ilmu. Ayah beliau adalah seorang migrant lepas world war 2, yang berasal dari negara nama Molto, pergi ke Australia. Masa pi sana, still ayahnya masih kanak-kanak , cikgu selalu marah ayah dia sebab ayah dia tak pandai English.
Jadi, selalu kene rotan. Ayah dia sampai umur teenage pun tak tahu membaca. Hanya tahu sign-sign yang penting untuk survive di negara orang. Deborah terkejut bila discover yang ayah dia tak tahu membaca pun semasa umur remaja.Deborah, ni terfikir, kalau dulu guru kepada ayah dia boleh highlight kelebihan-kelebihan lain pada ayah dia, which membantu ayah dia discover kelebihan diri, instead of menghukum, pasti ayah dia mungkin lebih banyak membawa manfaat pada ayahnya.
Dan masalah membaca ayahnya, mungkin boleh polish setelah gurunya highlight kelebihan-kelebihan lain ayahnya, setelah tu, bila ayah dia dah nampak kelebihan diri yang lain yang positif. Negara Molta ini sangat hebat dengan hasil bangunan batuan mereka . Kerja tangan mereka sangat hebat.
Apa yang saya dapat belajar disini bahawa, kita sebagai ibu ayah atau pendidik, berperanan sangat besar untuk memberi pengharapan pada anak dan anak didik . Tindakan kita semasa mereka kecil, memberi impak yang besar semasa mereka dewasa kelak. Walau seorang anak itu kita nampak ada masalah, kita bantu mereka lihat dan discover dulu potensi-potensi dan minat mereka kerana ini memotivasikan . Selepas itu , kerja-kerja polish kekurangan mereka akan lebih dimudahkan dengan syarat kita guna approach yang betul dan tidak berkasar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa akan meluahkan rasa kebimbangan apabila anak lambat bercakap. Lagi-lagi bila dah masuk umur dua tahun. Apa yang perlu dibuat sebenarnya?
Salah satu cara adalah dengan merangsang anak bercakap dengan aktiviti yang boleh membantu si kecil anda. Berdasarkan perkongsian Dr Mahani Razali ada aktiviti khusus bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang agak lambat bercakap atau late talker.
Salah satu cara membantu si kecil bercakap adalah dengan cara membantu memperkayakan perbendaharaan katanya atau vocabularynya.
Cara mudah membantu anak-anak kecil menambahkan perbendaharaan katanya adalah melalui bermain. Cuba lah aktiviti berikut dengan si kecil anda. Juga dikenali sebagai speech terapy. Mak ayah buat sendiri.
Bahan
Bola kecil
Mangkuk /besen plastik
Sudu plastik
Bahasa/Perkataan yang digunakan oleh orang dewasa (Suaikan dengan aksi)…
Baling bola
Ambik bola
Bagi bola pada mama/abah
Letak bola dalam besen
Keluarkan bola dari besen
Letak bola atas lantai
Baling bola ke dinding
Letak bola atas sudu (bola kecil)
Ulang beberapa kali permainan di atas. Untuk anak yang lebih berumur 4, 5 atau 6 tahun boleh guna ayat yang lebih lengkap.
Jika dilakukan berulangkali insya-Allah sangat berkesan bagi membantu anak-anak yang delay dalam percakapan. Repetition is important.
#salah satu punca anak delay dalam percakapan adalah berlebihan dalam bermain gadget atau menonton tv. Main gadget dan menonton Tv adalah komunikasi sehala. Anak -anak kecil memerlukan komunikasi dua hala. Bercakaplah dengan si kecil anda.
Siapa-siapa yang ada anak-anak kecil yang agak delay dalam percakapan, cuba pakat, berkumpul dan mana-mana dan saya turun bantu. Bawa anak sekali.
Sila share supaya ramai yang dapat manfaat. Nanti saya letak pulak terapi kedua kalau ramai yang share.
Siapa kata anak kecil tak mengalami stres? Mungkin kita yang tidak perasan kerana kita terlalu sibuk menguruskan keluarga setiap hari.
Menurut Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, hampir 1juta orang kanak-kanak di Malaysia mengalami stres. Beliau menjelaskan bahawa hal ini amat membimbangkan memandangkan 90% bahagian otak terbentuk dari 0 hingga 6 tahun. Manakala 10% lagi, yang melibatkan kognitif akan mula terbentuk pada umur 7 tahun, sehinggalah anak anda berumur 23 tahun.
Oleh itu, penting untuk kita mengesan tanda stres pada anak, terutamanya anak-anak di bawah usia 6 tahun.
Berikut adalah 7 tanda stres pada kanak-kanak yang tak patut dipandang ringan oleh ibu bapa yang dikongsikan oleh zuriat.my
SERING BERMIMPI BURUK
Semenjak kebelakangan ini, adakah anak anda kerap menjerit ketakutan atau mengigau dalam tidur? Mimpi ngeri sekali-sekala adalah biasa. Tetapi jika terlalu kerap, ia mungkin tanda stres disebabkan suatu kejadian sehingga menyebabkan trauma seperti dibuli atau terlihat kemalangan.
Pujuk anak untuk berkongsi pengalaman tersebut dan bantu mereka untuk melupakan kejadian tersebut.
MULA TABIAT BARU
Salah satu tanda stres pada anak adalah dia akan melakukan tabiat baru yang tidak pernah dia buat sebelum ini. Antaranya ialah perbuatan berulang-ulang seperti mengigit kuku atau memintal-mintal rambut. Apabila anak mulakan tabiat buruk ini, jangan terus melenting.
Cuba cari waktu yang sesuai untuk mendalami hati anak. Perlahan-lahan tanyakan anak jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran mereka. Ceritakan juga masalah anda pada zaman kanak-kanak contohnya pada mereka supaya mereka faham yang orang lain juga punya masalah. Dengan cara ini, akan akan lebih terbuka untuk bercerita.
SELALU MENYISIHKAN DIRI
Anak yang mengalami tekanan cenderung untuk mengasingkan diri dari ahli keluarga lain. Mereka tidak seceria dulu dan lebih suka bersendirian di dalam bilik. Mereka juga lebih sukar untuk menceritakan masalah yang dihadapi. Mereka mungkin mengalami konflik dengan ahli keluarga lain atau di sekolah.
Jangan biarkan anak bersendirian. Libatkan anak dalam setiap perbualan dan perbincangan keluarga. Ajak dia turut serta dalam aktiviti keluarga.
MULA BERKELAKUAN KASAR
Sesetengah anak sulung mungkin akan mula bertindak kasar apabila mereka mendapat adik baru. Stres boleh menjadi punca kepada perangai agresif tersebut. Selain menggigit, menendang atau memukul, mereka juga lebih kerap bercakap dengan nada yang lebih nyaring, kurang sopan dan tidak mendengar cakap.
Kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik pada mulanya. Tenangkan anak dan jadi pendengar yang baik untuknya. Berikan ruang untuk anak meluahkan perasaan.
MAHU ‘BERKEPIT’ DENGAN KITA
Rimas betul jika anak kita suka berkepit dengan kita tidak kira masa. Sebelum ini jika kita tinggalkan sekejap ok je. Tetapi sejak kebelakangan ini, ditinggalkan sekejap, terus merengek tak tentu pasal. Macam bayi kecil pula!
Namun, jangan terlalu cepat marahkan anak. Cuba cari puncanya kerana anak yang berkelakuan begini mungkin sedang mengalami penyesuaian diri pada persekitaran yang berubah.
CEPAT MELENTING
Perubahan lain yang terjadi pada anak adalah mereka lebih cepat emosional. Walaupun dalam perkara kecil seperti tidak boleh mengikat tali kasut sudah boleh membuatkan anak naik angin. Anak juga lebih mudah putus asa.
Perkara ini berlaku apabila anak terlalu ingin mencapai kesempurnaan (perfectionist) dan gagal menyenangkan hati kita. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka juga ingin menyerlah seperti adik-beradik yang lain atau kita sebagai ibu bapa terlalu mendesak anak. Bina keyakinan diri pada anak dan jangan terlalu mendesak melebihi kemampuan mereka.
PRESTASI AKADEMIK MENURUN
Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran si anak sehingga menyebabkan pencapaiannya di sekolah merosot. Dia juga sukar untuk menumpukan perhatian ketika membuat kerja rumah. Barangkali ada masalah dengan rakan sekelas atau mungkin masalah itu datang daripada kita sendiri.
Jika masalah ini berlarutan, berbincanglah dengan anak. Capai satu penyelesaian.
ANAK-ANAK PERLUKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
Walaupun dunia anak-anak semakin canggih pada hari ini, tiada satu apa pun yang dapat menggantikan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, hargailah masa berkualiti bersama anak dan jangan hanya menumpukan kepada akademik atau prestasi pendidikan mereka sahaja.
Sebaliknya, didik mereka menjadi insan yang seimbang, terapkan nilai-nilai positif, dan beri masa untuk mereka menjadi kanak-kanak sebenar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.