Ibu bapa dianggap pembuli emosi dalam diam jika suka membezakan anak-anak. Adakah anda perasan?

Bila dah ada lebih dari dua anak, sebagai ibu bapa kita tak perasan yang sebenarnya kita ada sikap suka membandingkan. Nampak macam isu remeh. Namun impak sangat besar pada jiwa anak-anak.

Perlu diketahui anak yang umurnya 0 hingga 7 tahun, minda mereka menyerap semua apa yang di dengar dan di lihat. Kelakuan ibu bapa menjadi role model mereka.

Menurut Perunding Motivasi, Azura Hashim apabila ada sikap membanding-bandingkan umpama kita meremehkan keupayaan anak-anak dan secara tidak langsung menjadikan anak itu membesar sebagai seorang yang tidak berkeyakinan dan penuh dengan tekanan.

Lebih malang lagi, potensi anak-anak tidak di gilap sebaiknya disebabkan tidak yakin atas keupayaan diri mereka.

Jika diikutkan, membanding- bandingkan anak dikatakan antara salah satu cara ibu bapa membuli anak. Mungkin bagi ibu bapa niat sebenar bukan mahu memotivasikan anak dengan membanding, sebaliknya menjadikan anak mereka seorang yang reaktif.

Sebagai ibu bapa, kita yang harus proaktif. Tukar daripada pujian atau membanding anak kepada memuji Allah.

IKLAN

Contohnya:

Anak yang sulung rajin dan bijak belajar

Maka pujian untuknya yang secara tidak lansung memuji Allah :

Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang soleh, rajin dan bijak seperti Hadif ini

IKLAN

(Pujian untuk Allah indirect semangat pada anak. Pujian juga berbentuk general untuk memuji anak kita yang lain).

Saat anak lain pula yang tolong walaupun mungkin terpaksa, Puji yang sama :

Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang solehah seperti Umairah ini. Jadi tak nampak membanding-bandingkan.

Ibu Bapa Dianggap Pembuli Emosi Dalam Diam Jika Suka Membezakan Anak-Anak. Hati-Hati Ya!

IKLAN

Setiap manusia diberi potensi, kelebihan yang berbeza. Salah satu bukti menunjukkan bahawa Allah Ya Musowwir Yang Maha Kreatif.

Pujian anak melalui memuji Allah boleh memperkasakan kelebihan, menutup kelemahan agar termotivasi menjadi yang lebih baik.

Kita berusaha berikan didikan yang terbaik. Selebihnya, serahkan urusan anak- anak kepada Allah Ya Baari yang maha menguruskan.

Semoga, walau di bidang apa pun, mereka menjadi insan yang memberi manfaat dan cemerlang.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI