Ibu bapa galakkan anak makan ikan. Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak. Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya.
Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan
Protein yang terkandung dalam ikan sangat mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging. Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Ads
Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf & Sel Otak
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Ads
Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.
Bila anak dah masuk usia 6 bulan, mama lah orang yang paling teruju kerana si kecil mama sudah mula makan. Namun dalam keterujaan mama, jangan lupa ada beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika memberi si kecil makan.
Ini antara senarai bahan perasan yang WAJIB dihindar dalam makanan bayi kerana deria rasa mereka sangat kuat:
Gula
Garam
Bahan perasa tiruan & bahan pengawet MSG
Garam
Keperluan garam untuk bayi kurang dari satu gram sehari. Dalam susu ibu atau formula sendiri sudah terkandung 0.4 gram sodium yang cukup untuk si kecil.
Selama enam bulan, bayi hanya terima satu rasa iaitu susu ibu. Disebabkan itu, menu sesedap mana pun akan menjadi ‘rasa’ baru baginya.
Jika terlalu banyak garam dalam tubuh bayi, ia akan menyebabkan ginjal jadi berat, sekaligus risiko hipertensi dan penyakit ginjal ketika dewasa.
Gula
Gula buatan yang melalui proses kimia seperti gula pasir atau gula-gula. Antara kesan pengambilan gula terhadap bayi bayi jadi cerewet bila memilih makanan atau erti kata lain, menjadi picky eater. Risiko penyakit darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, obesiti, karies gigi pada masa akan datang.
Bahan perasa tiruan & bahan pengawet MSG
Pengunaan bahan perasa tiruan dan bahan pengawet MSG dikaitkan dengan risiko alahan, tingkah laku hiperaktif, serta yang paling membimbangkan: kanser.
Solusi Makanan Bayi Selamat
Namun tak semua ibu mempunyai masa untuk menyediakan sendiri makanan bayi. Menyahut cadangan ibu bapa dan mencari solusi kepada isu itu, OH MY BABYFOOD menjual pelbagai makanan bayi di bawah jenama bumiputera dan halal untuk makanan sedia makan (ready-to-eat) bagi memudahkan para ibu yang majoritinya bekerja serta sering mengembara.
Menawarkan lebih dari 1000 pilihan makanan bayi dari pelbagai jenama bumiputera dan import di bawah satu bumbung, Kedai bayi OH MY BABY mula beroperasi pada tahun 2015. Mula memfokuskan kepada ‘niche’ makanan bayi dan seterusnya bertukar kepada OH MY BABYFOOD sejak tahun 2019 setelah menerima keluhan ibu bapa yang sukar untuk mendapatkan makanan bayi dan tidak ada banyak pilihan di pasaran ketika itu.
Makanan bayi yang dijual memfokuskan untuk bayi yang baru mula makan bermula usia 6 bulan hingga kanak-kanak. Semuanya tanpa gula, tanpa garam & tanpa pengawet berbahaya sekaligus menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kesihatan si manja dalam menempuh zaman endemik.
Dengan servis yang diberi jadi tidak hairanlah kenapa OH MY BABYFOOD di anugerahkan dengan anugerah Syurga Makanan Bayi Pilihan Pa&Ma bagi Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Antara makanan sejuk beku bayi seperti kuih muih tradisional terdiri daripada kuih keria keledek, karipap daging serta makanan jejari. Menu makanan barat pula antaranya seperti pancake, waffles, bebola daging dan banyak lagi.
Bubur dengan menu lauk yang sedap serta pelbagai semudah panaskan sahaja dan bancuh dengan air panas. Bubur bayi ‘koyak dan terus makan’ mengguna teknologi RETORT yang sangat mudah untuk dibawa mengembara. Mee, ramen, pasta, bihun juga dijual sebagai solusi untuk bayi yang mula bosan dengan nasi.
Bahan penambah rasa yang selamat untuk bayi turut dijual antaranya kicap, sos tomato, sos pasta, Serbuk perasa tanpa bahan pengawet MSG semudah tabur-tabur sahaja. Lauk-pauk dewasa versi sihat dan tidak pedas khas untuk bayi seperti masak lemak, asam pedas, kurma, kari, singgang dan banyak lagi.
Selain itu, kudapan untuk bayi juga ada dijual antaranya ais krim, pelbagai jenis kek, biskut, dan keropok sihat bayi yang selamat untuk perut bayi. Pelbagai lagi makanan bayi yang boleh melatih bayi untuk makan sendiri serta menikmati perjalanan pemakanan mereka.
OH MY BABYFOOD cuba mengambil risiko ketika itu untuk 100% memfokuskan kepada makanan bayi dan kanak-kanak memandangkan tiada lagi kedai seperti ini pada ketika itu. Dengan menjual pelbagai jenis makanan dan seiring industri makanan bayi yang semakin berkembang menjadikan kami pusat sehenti makanan bayi yang membuatkan para ibu rambang mata!
Gelaran “SYURGA MAKANAN BAYI ANDA” diberi oleh para ibu yang sangat teruja dengan kewujudan kedai makanan bayi yang pertama ini. Oh My Babyfood ditubuhkan untuk membantu ibu menyediakan makanan bayi yang lengkap nutrisi dan gizi seimbang kepada bayi, kanak-kanak dengan mudah serta cepat.
Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan masalah anak yang ‘boring eater’ atau ‘picky eater’ dengan menawarkan variasi makanan sedap serta sihat.
Oh My Babyfood turut mempunyai pakar nutrisi (nutritionist) yang menjadi rujukan buat para ibu yang datang membeli. Oh My Babyfood juga dalam proses untuk mengambil lebih ramai pakar nutrisi bagi membantu para ibu membuat pilihan makanan terbaik buat si manja.
Oh My Babyfood berusaha untuk menjadi pusat sehenti makanan bayi yang lengkap dengan variasi makanan sihat & kelengkapan makanan bayi di seluruh Malaysia dengan konsultansi percuma pakar nutrisi (nutritionist/dietition) Oh My Babyfood bagi membantu isu pemakanan bayi & kanak-kanak
Setiap kali terasa hendak mengunyah sambil membuat kerja atau menonton televisyen, kita selalu membeli di kedai sahaja kerana lebih mudah dan murah. Apa kata sesekali kita ubah cara dengan hasilkan sendiri terus dari rumah. Keropok beras antara yang boleh disyorkan kepada mama kerana menggunakan lebihan nasi. Jadi tidak perlulah membazir.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farah Ain A Darwish ini. Keropok daripada lebihan nasi putih ini sememangnya unik dan tersendiri. Ayuh cuba resipi kreatif ini.
Siapa kat sini suka diy macam saya walaupun leceh. Tadi sempat buat keropok beras untuk anak. Walaupun kejadian tak seberapa and kena tunggu lama, puas hati la. Tapi dapat sebalang kecik je.
Cara:
Satu cawan nasi (saya guna cup sukatan)
Sedikit air
Optional: serbuk bilis, serbuk bawang putih
1. Blendkan semua bahan sampai halus.
2. Sapu rata nipis-nipis atas silicone baking mat atau baking paper.
3. Panas kan dalam oven dengan suhu paling rendah 80-100 darjah celcius dalam sejam. Tapi kena selalu check. Jangan bagi dia hangus. Boleh jemur kat panas atau guna dehydrater jugak.
4. Bila texture dah kering macam kertas, kopek dari baking paper, pecah-pecahkan and goreng dalam minyak panas. Saya panas kan minyak, api kecil. Guna penyepit celup dalam minyak, bila dah kembang, angkat terus. Gigih ye buat piece by piece sebab dia cepat hangus.
Sebenarnya boleh jugak guna laksa beras atau rice paper untuk vietnam rolls tu (ada kandungan garam). Hehehe sama je concept dia. Saje nak cuba buat ni.
Atau ada satu cara lagi yang turut dikongsikan oleh ibu menerusi entrinya yang lain. Menariknya kali ini tidak perlu digoreng.
Salam semuaaa. Ingat tak recipe keropok beras ni. I ada update sikit nak share. Hehehe ada cara lagi senang and takyah goreng. Cuma texture nya not as light as yang goreng. Malam ni siapa ada nasi putih yang tak habis tuuu jangan buang eh, boleh try resepi ni.
Masuk kan separuh adunan dalam piping bag. Pipe kan atas baking paper macam size coins 20sen.
Lepas tu spread dengan sudu satu-satu. Bakar dalam oven sampai agak-agak dah garing. Texture ni tak sesuai kot untuk yang tak ada gigi.
Dia macam kerepek melinjo boleh lah tabur cheese powder untuk yang sesuai. Saya bagi anak saya umur 3 tahun. Habis terus. (Kalau nak goreng lagi lepas bakar dalam oven pun boleh. Dia akan kembang lagi)
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sayur-sayuran sememangnya merupakan musuh kepada seorang kanak-kanak. Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan diri mereka selamat daripada dipaksa ibu bapa untuk memakannya. Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang wajar dilakukan kerana sayur-sayuran adalah jenis makanan bernutrisi yang wajib ada dalam menu kanak-kanak.
Memaksa kanak-kanak untuk makan sayur bukanlah satu langkah yang bijak. Sebenarnya, terdapat beberapa trik atau tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengajar si kecil kesayangan mereka untuk makan sayur-sayuran.
#1. Puji anak anda apabila mereka makan sayur
Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak sebenarnya hanyalah sokongan dan galakan daripada ibu bapa. Jadikan aktiviti makan sayur seperti sebuah pertandingan dan jika mereka berjaya, puji mereka. Namun jika tidak, jangan pula anda berkecil hati atau memarahinya. Sudah menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik segenap aspek kehidupan anak.
#2. Pelbagaikan cara masakan
Kadangkala, kanak-kanak mungkin sudah bosan dengan cara masakan anda. Seperti contoh, mereka mungkin tidak menggemari sup sayur-sayuran yang anda selalu sajikan. Sebaliknya, anda boleh cuba cara masakan lain seperti memanggang atau menggoreng sayur-sayuran bagi mempelbagaikan menu sayur-sayuran mereka.
#3. Libatkan anak anda
Anda boleh melibatkan anak anda untuk membantu semasa membeli, menyedia dan memasak sayur-sayuran. Beri peluang kepada mereka untuk memilih jenis sayur yang mereka suka dan terangkan apa khasiatnya kepada mereka. Semasa menyedia dan memasak pula, pelawa anak anda untuk membantu anda di dapur bagi membiasakan diri mereka dengan sayur-sayuran.
#4. Campurkan sayur ke dalam makanan
Trik ini adalah cara yang paling berkesan dalam memperdaya anak untuk makan sayur. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencampurkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam makanan anak. Sebagai contoh, selitkan sayur timun dan kubis ke dalam burger dan biarkan anak anda memakannya. Lama-kelamaan, mereka akan terbiasa dengannya.
#5. Jadikan sayur sebagai snek
Kanak-kanak amat lemah dan mudah terpedaya dengan snek. Anda boleh menggunakan kelemahan mereka ini sebagai senjata anda. Jadikan sayur-sayuran sebagai ganti kepada makanan ringan yang selalu dijadikan snek oleh anak anda. Ketika mereka berasa lapar, tawarkan kepada mereka snek ciptaan terbaru anda.
Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil di dalam sebuah bekas. Hias bekas ini dengan warna, corak yang boleh menarik minat anak anda. Anda boleh meletakkan sayur seperti lobak, timun, tomato atau brokoli dan mencampurkan kesemuanya di dalam satu bekas agar ia kelihatan menarik.
#6. Jadikan sayur-sayuran sebagai jus atau koktel
Jika anak anda memang tidak menyukai sayur dalam bentuk pepejal, jadikan ia sebagai bentuk cecair. Sebagai contoh, kisar timun, lobak atau tomato untuk menjadikan sayur-sayuran ini sebagai jus. Cara ini akan membuat mereka tertarik kerana lebih mudah untuk mereka menelannya selain warna-warna jus sayur-sayuran yang sangat menarik dan pelbagai.
#7. Jadi kreatif
Kanak-kanak sangat mudah terpedaya dengan sesuatu makanan yang kelihatan menarik. Anda boleh memotong sayur-sayuran menjadi bentuk yang comel dan mudah untuk dimakan seperti kiub atau batang mancis. Selain itu, anda juga boleh hiaskan pinggan makan dengan cantik dan hidangkan sayur-sayuran yang pelbagai warna kepada anak anda.
#8. Jadi contoh yang baik
Anak-anak gemar mencontohi sikap ibu bapa mereka. Jika anda adalah seorang pengamal diet yang sihat, kemungkinan besar anak anda juga akan mewarisi sikap anda. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, anda juga perlu memainkan peranan dengan makan sayur di hadapan dan bersama-sama dengan mereka.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...