Ibu bapa garang buatkan anak semakin menjauh, rasa tak selesa, takut. Peranan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak amat penting. Pendekatan mendidik yang berasaskan kekerasan atau sikap garang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perkembangan fizikal dan mental anak-anak.
Ibu Bapa Garang Buatkan Anak Semakin Menjauh, Rasa Tak Selesa, Takut
Berikut perkongsian daripada Shah Hakimi trauma therapist, aktivis kaunselor
Anak akan menjauh dan tak selesa dengan ibu ayah jika terlalu garang dan menakutkan.
Ini ialah perilaku biasa bagi sesiapa pun. Jika kita dimarahi, pastinya akan datang rasa takut. Jika kita rasa takut, kita akan rasa nak lari atau jauhkan diri daripada orang tersebut.
Perilaku di atas juga tidak terlepas pada anak kita. Malah banyak lagi kesan buruk pada anak jika kita terlalu garang dan buatkan anak terlalu takut dengan kita. Namun yang terjadi dan dirasai oleh anak kita lebih menakutkan. Sebabnya ketakutan mereka dirasai setiap hari dan setiap masa apabila berada bersama kita.
Bukan itu sahaja, anak kita akan selalu bingung dan keliru sebabnya tidak tahu bila dan sebab apa kena marah. Sebab ada sahaja yang tak kena dan bermasalah. Bayangkan ketakutan ini akan diusung oleh anak kita sampailah mereka dah tua.
Sampai ada yang sudah dewasa pun, duduk sebelah ibu ayah pun boleh terdiam, ‘blank’, rasa ada yang tak kena, gelisah, sangat sensitif, ada juga akan sakit secara tiba-tiba dan banyak lagi berbeza-beza ikut orang.
Dan biasanya kita tidak akan faham beberapa atau banyak tindakan anak kita yang di sebalik setiap perilaku mereka adalah untuk elak atau lari daripada kita. Sebabnya mereka sangat takut. Mereka akan kurang bercakap dengan kita, mereka lagi suka berada bersama kawan-kawan, mereka akan kurangkan masa untuk bersama kita dan banyak lagi.
Dan sedihnya, kita tidak akan perasan pun yang mereka dah mula berperilaku begitu sejak kecil lagi. Dan jadi lebih kerap dan lagi ekstrem apabila mereka dah dewasa.
Juga, anak yang sudah dewasa pun tak sedar yang mereka cuba elak atau lari daripada ibu ayah mereka dengan pelbagai helah dan alasan yang nampak rasional dan boleh jadi sukar untuk diperdebatkan.
Bukankah anak itu sudah belajar sejak kecil dengan pelbagai strategi licik dan kreatif untuk sedaya upaya kurangkan rasa ketakutan tersebut. Pastinya apabila dewasa, lagi nampak munasabah segala strateginya.
Kesan Terhadap Emosi dan Mental
Stres dan Kecemasan
Anak-anak yang sering dimarahi atau dihukum secara keras mungkin mengalami tekanan dan kecemasan yang tinggi. Mereka mungkin berasa takut untuk membuat kesilapan atau menyuarakan pendapat mereka, yang boleh menyebabkan tekanan emosi yang berterusan.
Ads
Harga Diri Rendah
Sikap garang dan kritikan berterusan boleh merendahkan harga diri anak-anak. Mereka mungkin merasakan diri mereka tidak berharga atau tidak mampu memenuhi harapan ibu bapa, yang boleh mengakibatkan perasaan rendah diri.
Masalah Perilaku
Anak-anak mungkin menunjukkan tingkah laku negatif seperti memberontak, berbohong, atau menjadi agresif sebagai reaksi terhadap perlakuan garang ibu bapa. Ini adalah cara mereka untuk mengekspresikan kekecewaan atau kemarahan yang terpendam.
Kesan Terhadap Prestasi Akademik
Kehilangan Motivasi
Ketakutan terhadap hukuman atau dimarahi boleh menyebabkan anak-anak kehilangan minat dan motivasi untuk belajar. Mereka mungkin belajar semata-mata untuk mengelakkan hukuman, bukannya kerana minat atau keinginan untuk mencapai kejayaan.
Kesukaran Fokus
Ads
Stres dan kecemasan yang disebabkan oleh ibu bapa yang garang boleh mengganggu keupayaan anak-anak untuk fokus dalam pelajaran. Ini boleh mengakibatkan prestasi akademik yang merosot.
Kesan Terhadap Hubungan Sosial
Kesukaran Membina Hubungan
Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang garang mungkin mengalami kesukaran untuk membina hubungan yang sihat dengan rakan sebaya dan orang dewasa lain. Mereka mungkin menjadi pemalu, takut untuk berinteraksi, atau sebaliknya, menjadi terlalu agresif dalam perhubungan.
Kurang Kemahiran Sosial
Kekurangan interaksi positif di rumah boleh mengakibatkan anak-anak kurang kemahiran sosial. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik atau menguruskan konflik dengan cara yang sihat.
Adalah penting bagi ibu bapa untuk menyedari bahawa pendekatan mendidik yang terlalu garang boleh memberi kesan negatif jangka panjang terhadap anak-anak. Kasih sayang, komunikasi yang baik, dan pendekatan yang lebih lembut tetapi tegas adalah penting dalam mendidik anak-anak.
Ibu bapa harus berusaha untuk memahami perasaan anak-anak dan memberikan sokongan emosi yang mereka perlukan untuk berkembang dengan sihat dan bahagia.
Ads
Sumber: Shah Hakimi trauma therapist, aktivis kaunselor
Apabila anak tak sihat, macam-macam difikirkan sehinggakan kerja pun terganggu. Selagi anak tak baik dari demam atau batuk, lagilah nak tidur pun tak lena. Lagi satu kalau anak batuk berpanjangan lagi susah hati.
Melalui perkongsian ibu ini, Huda Rahman dia ada berkongsikan hirisan kentang mampu membuatkan batuk anaknya hilang tanpa makan ubat. Senang dan tak perlu keluar belanja yang besar.
Hari tu anak Huda on off demam. Sampaikan minggu lepas baru ok. Bayangkan lama tak lama dia demam danasyik on off cenggituu.
Yee lah mak mana yang tak susah hati. Lagi-lagi budak kecil, Huda tak nak ajar sangat dia dengan segala ubat, usus budak pun masih tak kuat.
Bila demam dah ok, dia mula batuk pulak. Allahu Tuhan saje yang tahu seksanya tengok anak kecik batuk. Sampaikan malam dia tak boleh tidur. Disebabkan budak kecik dia tak ada ubat untuk batuk kan, so Huda cuba minyak bawang putih. Tahan sekejap, lepas tu. Batuk balik.
Huda tak tahan sekali bukak cik Google, Huda terjumpa petua ni. ( Petua menghilangkan batuk bayi menggunakan kentang). Dalam hati berserah je kat Tuhan dah macam cara buat.
Malam yang pertama Huda buat ini lar hasilnya. Time dia tidur letak kentang dalam stokin hiris nipis-nipis. Sekali bangun esok habis hitam kat kentang.
Malam kedua buat kentang tak sehitam ni. Dan malam ketiga buat kentang still segar kekuningan.
Anak Huda pun dah tak ada batuk-batuk lagi. Dah boleh tidur nyenyak macam biasa dah.
Khasiat dia bukan sekadar untuk batuk, demam, selesema pun boleh guna cara ni. Senang bukan? Korang yang pening pikir nak hilangkan batuk anak cuba lah petua ni.
Mana tau sesuai dengan anak Korang. Tak cuba tak tahukan. Guna bahan dari dapur je.
Kartun animasi ini wujud hasil kepesatan teknologi dibantu oleh daya imaginasi yang tinggi dan usaha gigih di kalangan penggiat hiburan tanah air dan antarabangsa. Tidak keterlaluan jika dikatakan cerita animasi sememangnya dicipta khas sebagai salah satu cabang hiburan dan informasi kepada golongan kanak-kanak.
Namun tak semua kartun animasi sesuai di tonton oleh anak-anak. Terdapat beberapa cerita animasi yang menjadi cerita kegemaran anak-anak kini tetapi sebenarnya menyampaikan mesej yang negatif. Ikuti perkongsian ini.
Seram giler cerita kartun sekarang banyak sangat agenda nak normalisasi hubungan songsang.
Kalau tak nak anak-anak kita ada masalah Kecelaruan Jantina jangan la bagi mereka tengok cerita cerita kat bawah ni..
Semua ini ada terselit adegan adegan yang mencelarukan jantina anak anak kita seperti lelaki cium lelaki, perempuan couple dengan perempuan, pasangan dua ibu & dua ayah.. aduhai, kita yang tengok ni pun jadi geli..
1. Hey Duggee 2. Blue’s Clues 3. Peppa Pig 4. Bubble Guppies 5. Sesame Street 6. My Little Pony 7. Jurassic world 8. Buzz lightyear 9. Sailormoon 10. Baymaxx 11. Steven Universe 12. She-Ra And The Princess Of Power 13. The Owl House 14. Spongebob 15. The Legend Of Korra ( avatar ) 16. Ok Ko! Let Be Heroes 17. The Loud House 18. Arcane 19. Adventure Time 20. Kipo And The Age Of Wonderbeast 21. Amphibia
Menurut Prof. Madya Dr. Hamdan Daniel M.Sharib pula, animasi boleh memberi kesan kepada cara berpakaian dan bertutur anak-anak. Bagi mereka yang menitikberatkan hal-hal keagamaan (khasnya mereka yang beragama Islam) dan bersikap terbuka, pasti memahami apa yang cuba diterangkan. Islam sendiri menuntut umatnya supaya berpakaian mengikut syariat yang telah ditetapkan (menutup aurat) sama ada bagi lelaki atau perempuan. Jika diperhatikan sebilangan kartun-kartun animasi yang dibawa masuk dari luar, cara watak mereka berpakaian agak bertentangan dengan apa yang dituntut dalam Islam. Bagi kanak-kanak, mereka langsung tidak menyedari akan hal ini. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau orang yang lebih dewasa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan hal yang sebenar kepada mereka. Didiklah anak agar berpakaian dengan betul dan sesuai sejak kecil lagi.
Untuk mengurangkan kesan negatif yang wujud, terdapat beberapa saranan yang mungkin boleh digunakan terutama oleh ibu bapa.
Kawal siri animasi yang ditayangkan di televisyen. Pastikan kanak-kanak menonton cerita yang mempunyai mesej positif dan bukan cerita yang mengarut yang langsung tidak difahami jalan ceritanya.
Jika kanak-kanak berkeras untuk menonton siri animasi yang tidak dipersetujui oleh ibu bapa, pastikan ibu atau bapa mengikuti atau duduk bersama-sama mereka menonton. Ini membolehkan ibu atau bapa terus membetulkan elemen-elemen negatif yang mungkin wujud dalam siri tersebut sebelum kanak-kanak menerimanya bulat-bulat.
Dedahkan kanak-kanak dengan aktiviti-aktiviti fizikal lain yang lebih menarik agar perhatian mereka terhadap rancangan kartun di televisyen dapat dialihkan.
Sebagai ibu bapa yang lebih bijak dan matang, jangan terlalu mengikut kehendak kanak-kanak walau mampu sekalipun. Dalam erti kata lain, jangan terlalu menyokong apa sahaja yang dinyatakan atau dikehendaki oleh kanak-kanak. Setiap maklumat yang ingin disampaikan harus jelas dan dapat diterima oleh akal si kecil. Contohnya, kurangkan atau jangan membeli barangan yang tertampal gambar atau poster watak kartun animasi yang kurang sesuai untuk mereka. Usaha ini diharap dapat mengurangkan minat mereka terhadap kartun yang dimaksudkan sedikit demi sedikit.
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...