Dalam usaha melahirkan anak yang bijak, banyak usaha yang perlu dilakukan. Salah satu usaha yang boleh dibuat ialah dengan membaca kepada anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pakar neurosains di Barat, Erin Clabough, anda tidak boleh sekadar membaca ayat-ayat yang terkandung di dalam bahan bacaan kepada anak. Sebaliknya, anda perlu sama-sama membaca dengannya. Dengan cara ini, ia dapat derangsang kreativiti dan membentuk daya inteleknya.
Sebagai permulaan, anda boleh sekadar membaca kepada anak. Lakukannya sejak anak itu bayi lagi seperti kebanyakan ibu bapa lain lakukan iaitu membaca ketika anak mahu tidur di waktu malam. Tidak mengapa, jika ada masa, lakukannya pada waktu senggang pula.
Apabila anak meningkat usia, sudah mengenal huruf dan boleh membaca perkataaan-perkataan ringkas, barulah anda mula baca bersama-sama dengan anak anda. Berikut adalah antara manfaat yang bakal anda peroleh jika membuat amalan ini bersama dengan anak anda.
Ads
1. Cemerlang dalam akademik
Membaca memperluaskan pengetahuan. Jadi, anak yang suka membaca akan dapat pelbagai ilmu daripada pembacaannya. Dengan yang demikian, anak anda pasti banyak pengetahuan dan dapat menjadi seorang cemerlang dalam bidang akademiknya.
Ads
2. Mahir berkomunikasi
Menerusi pemerhatian terhadap watak-watak yang ada di dalam bahan bacaan yang dibaca oleh anak, dia dapat merangsang kemahiran berkomunikasinya secara tidak langsung. Selain daripada itu, apabila dia tidak memahami sesuatu perkara melalui pembacaan, dia akan bertanya dan terus bertanya untuk mendapatkan jawapan untuk semua kemusykilannya.
Ads
3. Rangsang pemikiran logik
Apabila kerap didedahkan kepada pelbagai situasi yang terdapat di dalam bahan bacaan, anak anda akan mengembangkan kemampuannya untuk memahami sesuatu perkara sama ada logil atau sebaliknya. Menerusi pembacaan juga dia akan mengenali konsep sebab dan akibat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih awal, lebih baik! Tidak terlalu awal untuk anak kuasai tulisan tangan. Jangan sia-siakan usia keemasan (di mana minda mereka menyerap seperti span) ini untuk mereka menguasai pelbagai kemahiran.
Ramai mama dan papa menyerahkan bulat-bulat tugas mengajar si manja menulis dan membaca kepada guru semata-mata. Tambahan pula kini kanak-kanak bersekolah seawal empat hingga lima tahun, maka ramai ibu bapa merasakan berada di zon selesa tanpa mengetahui si kecil sepatutnya mempunyai kemahiran tulisan tangan mereka pada tahap yang lebih baik dengan diajar oleh ibu bapa mereka sendiri.
10 KELEBIHAN ANAK MENGUASAI TULISAN TANGAN PADA PERINGKAT AWAL
Boleh meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Boleh bebas berimaginasi.
Menajamkan koordinasi mata dan tangan.
Menambah pemahaman, persepsi dan kemahiran visual.
Meningkatkan penguasaan awal untuk menguasai skil mengeja dan membaca.
Meningkatkan keyakinan diri ketika di sekolah.
Melatih si manja memberi tumpuan kepada tugasan yang diberikan.
Sebagai latihan kognitif untuk menajamkan minda.
Meningkatkan aktiviti saraf otak dan menggalakkan sel otak bergabung.
Latihan berulang kali meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
LATIHAN YANG MAMA PAPA BOLEH BUAT UNTUK BANTU ANAK MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS
Boleh anak untuk memegang pensel dengan betul iaitu melibatkan jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari yang disebut sebagai tripod grasp. Anda oleh menggunakan krayon yang dipatah-patahkan untuk menggalakkan si manja mempelajari tripod grasp dengan betul.
Melukis dan mewarnai pada permukaan yang menegak (seperti dinding) boleh melatih otot bahu, lengan dan pergelangan tangan si manja.
Anak sudah mempunyai tangan dominan pada usia lima hingga enam. Ia selalunya sudah mempunyai tangan dominan sejak daripada usia dua hingga tiga tahun yang akan digunakan untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menulis.
Belikan buku bergaris tiga atau buku latihan yang mempunyai latihan menulis dengan menyambung titik-titik untuk melatih si manja menulis.
Pastikan anak menulis pada posisi badan yang betul iaitu posisi duduk pada kerusi, meja di paras dada dan paras meja siku tidak bersentuhan.
8 AKTIVITI MENAJAMKAN SKIL TULISAN TANGAN
Selain melakukan latihan menulis secara berulang kali, anda boleh mengajaknya bermain. Pilih permainan yang banyak menggunakan tangan dan mata untuk membantu si manja menguasai skil menulis dengan cepat.
Permainan ini melibatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus yang akan membantu si manja untuk menguasai skil tulisan tangan dengan lebih baik.
MELUKIS
biarkan si manja melukis dan melakar sesuka hati apabila berkelapangan. Aktiviti ini membantu si manja mendapatkan genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian. Aktiviti ini juga menggalakkan si manja membentuk garisan dan lengkungan yang banyak digunakan dalam tulisan tangan.
MEWARNAKAN
Mewarna ialah aktiviti asas yang menguatkan genggaman dan pergerakan tangan. Galakkan mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan skil motor halus.
BERMAIN CAT AIR
Bermain dengan cat melatih kemahiran koordinasi mata dan tangan. Sifat cat air yang cair dan lembut melatih si manja mengawal pergerakan tangan dan menyokong pergerakan tangan si manja.
BERMAIN DOH
Doh lembut adalah permainan yang wajib dimiliki si manja. Bermain doh tanah liat akan melembutkan otot tangan dan melatih mata dan tangan bekerjasama dalam mencapai misi imaginasi.
BERMAIN MANIK
Permainan yang sering diminati si manja ini membantu penguasaan mata dan tangan. Skil ini amat diperlukan dalam melakukan aktiviti menulis.
BERMAIN DENGAN PENYEPIT
Ajak si manja mengalihkan objek kecil seperti gula-gula atau pom pom ke dalam mangkuk lain menggunakan penyepit.
PATUNG PUPPET
Bermain dengan puppet akan menggalakkan si manja menggerakkan jari serta berimaginasi.
RANTAI PASTA
Buat gelang-buat gelang menggunakan pasta makaroni atau penne yang untuk menggalakkan jari si manja memegang objek kecil
TIP AJAR MENULIS ABJAD MENGIKUT URUTAN
HURUF BESAR
Anda boleh memulakan aktiviti latihan tulisan tangan secara berperingkat untuk memastikan si manja menambah kecekapan dengan mendahulukan huruf-huruf berikut:
Langkah pertama: Huruf besar L, T, I, F, E, H
Huruf yang berbentuk berasaskan garisan vertikal dan melintang.
Langkah kedua: Huruf besar V, W, X, A, Z
Huruf yang terdiri daripada garisan menyerong dan melintang.
Langkah ketiga: Huruf besar C, O, G, Q
Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan menyerong.
Langkah keempat: Huruf besar B, D, P, R, J, U, S
Huruf yang terdiri daripada garisan menegak dan melengkung.
HURUF KECIL
Selepas menguasai tulisan tangan huruf besar, anda boleh menggalakkan si manja meningkatkan penguasaan huruf kecil pula. Urutan latihan adalah seperti berikut.
Langkah kelima: Huruf kecil v, w, c, o, s, x, z
Huruf yang sama dengan huruf besar tetapi bersaiz kecil.
Langkah keenam: Huruf kecil t, l, i, y, j, u, k
Huruf yang seakan-akan sama dengan huruf besarnya.
Langkah ketujuh:Huruf kecil a, b, d, e, g, q
Huruf yang mempunyai bentuk lengkungan ‘c’.
Langkah kelapan: Huruf kecil f, h, m, n, p, r
Huruf-huruf yang mempunyai lengkungan separa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak perlu bermodal besar untuk berikan anak rasa seronok, hanya menggunakan dua bahan ini mereka sudah boleh bermain dengan gembira sambil menajamkan skil motor halus dan menajamkan sensori. Modal yang keluar pun tak sampai RM5!
Puan Umairah Jamaah berkongsi cara mengajak si kecil melakukan aktiviti yang dipanggil messy play dengan tepung dan minyak untuk menghasilkan doh mainan.
Beliau memberitahu anak-anaknya cukup excited dengan aktiviti ini. Ia juga merupakan terapi kepada jari jemari kecil yang mungkin sudah terbiasa dengan hanya menyentuh skrin gajet! Berikut ialah perkongsian beliau,
RESEPI DOH MAINAN
Anak-anak yang dah biasa slide-slide screen tab atau smart-phone jari diorang ‘kejung’ sikit. Elok la ibu ayah buatkan doh ni sebagai TERAPI atau senaman jari.
Mudah sesangat resepi kali ni sebab guna dua bahan aje. Bahan-bahan pun yang sedia ada kat dapur rumah. Kos bahannya pun murah.
Nama benda ni ‘Cloudy dough’. Sangat-sangat membantu untuk meransang deria-deria kat badan Si Cilik. Kerah otot-otot kat jari jemari tu bergerak dengan lebih baik.
Dah tunggu apa lagi. Jom klik kat setiap gambar untuk arahan lebih jelas.
Dah boleh terus buat. Nisbahnya 4:1. Guna cawan yang sama untuk sukat.
4 cawan tepung jagung. 1 cawan minyak. Guna minyak terpakai pun bagus. Jimat
Gaul bersama untuk hasilkan doh yang buat anak anda gembira. Anda boleh ajak anak gaulkan dua bahan ini untuk rangsangan sensori pada jari jemari mereka.
Siap untuk diguna. Main tekap-tekap menggunakan penerap comel. Buat snow-man. Bina apa saja watak yang anak anak suka.
Ada beberapa perkara rawak yang suka dilakukan oleh anak membuat anda kurang senang seperti memanjat dan membuka dan tutup pintu peti sejuk. Tapi tahukah anda ia memberikan faedah kepada perkembangan mereka!
Menurut Aisyah Rozalli, Juruterapi Cara Kerja,GymCademy ada diantara ibu bapa kerap mengeluh bila anak suka menerokai dan membuat sesuatu di luar kebiasaan. Alasannya kerana bimbang keselamatan anak.
Tapi anda perlu tahu, segala aktiviti yang dilakukan anak itu ada faedah dan sudut positifnya. Anak anda sebenarnya tidak nakal! Dia sedang melatih dan menajamkan beberapa skil yang bermanfaat untuk perkembangan diri. Apa yang perlu dilakukan ialah pantau dan elakkan bahaya.
#1 MEMANJAT
Perbuatan memanjat di dalam rumah mahu pun di taman permainan sebenarnya memberikan faedah kepada anak. Perbuatan yang paling disukai ialah memanjat bahagian gril pintu, ia mungkin berbahaya tetapi ada kesan positifnya kepada perkembangan otot dan pergerakannya.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti memanjat ialah;
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Koordinasi mata tangan.
Kekuatan otot tangan yang bakal membantu perkembangan motor halus.
Stimulasi sensori pergerakan yang melibatkan verstibular dan propioseptif.
Kawalan keseimbangan tubuh.
Menguatkan otot kaki.
Mengukuhkan kekuatan otot utama(core muscles) yang penting untuk si kecil duduk lama di tadika kelak.
Anak akan belajar kesedaran penjagaan keselamatan diri.
Kesedaran kepada tubuh dan anggota.
#2 MEMBUKA DAN TUTUP PINTU PETI SEJUK
Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga sungguh berminat untuk membuka pintu peti sejuk dengan kerap. Malah ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan pengunci khas untuk mengelakkan peti ais dibuka oleh si manja terlalu kerap!
Si kecil mungkin tertarik dengan elemen kejutan yang ada di dalamnya atau mungkin kerana terpesona dengan ciri magnetik pintu peti ais yang boleh tertutup dengan mudah.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti membuka dan tutup pintu peti sejuk ialah;
Koordinasi mata tangan.
Asas sains iaitu rasa sejuk di dalam peti sejuk dan suhu bilik di luar.
Penemuan iaitu keadaan dalam peti sejuk gelap apabila mula-mula dibuka dan lampu menyala menyebabkan keadaan cerah dan terang.
Mengukuhkan kekuatan otot utama(core muscles).
Walau apa pun, pemantauan dari ibu bapa amat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.