Dalam usaha melahirkan anak yang bijak, banyak usaha yang perlu dilakukan. Salah satu usaha yang boleh dibuat ialah dengan membaca kepada anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pakar neurosains di Barat, Erin Clabough, anda tidak boleh sekadar membaca ayat-ayat yang terkandung di dalam bahan bacaan kepada anak. Sebaliknya, anda perlu sama-sama membaca dengannya. Dengan cara ini, ia dapat derangsang kreativiti dan membentuk daya inteleknya.

Sebagai permulaan, anda boleh sekadar membaca kepada anak. Lakukannya sejak anak itu bayi lagi seperti kebanyakan ibu bapa lain lakukan iaitu membaca ketika anak mahu tidur di waktu malam. Tidak mengapa, jika ada masa, lakukannya pada waktu senggang pula.

Apabila anak meningkat usia, sudah mengenal huruf dan boleh membaca perkataaan-perkataan ringkas, barulah anda mula baca bersama-sama dengan anak anda. Berikut adalah antara manfaat yang bakal anda peroleh jika membuat amalan  ini bersama dengan anak anda.

IKLAN

1. Cemerlang dalam akademik

Membaca memperluaskan pengetahuan. Jadi, anak yang suka membaca akan dapat pelbagai ilmu daripada pembacaannya. Dengan yang demikian, anak anda pasti banyak pengetahuan dan dapat menjadi seorang cemerlang dalam bidang akademiknya.

IKLAN

2. Mahir berkomunikasi

Menerusi pemerhatian terhadap watak-watak yang ada di dalam bahan bacaan yang dibaca oleh anak, dia dapat merangsang kemahiran berkomunikasinya secara tidak langsung. Selain daripada itu, apabila dia tidak memahami sesuatu perkara melalui pembacaan, dia akan bertanya dan terus bertanya untuk mendapatkan jawapan untuk semua kemusykilannya.

IKLAN

3. Rangsang pemikiran logik

Apabila kerap didedahkan kepada pelbagai situasi yang terdapat di dalam bahan bacaan, anak anda akan mengembangkan kemampuannya untuk memahami sesuatu perkara sama ada logil atau sebaliknya. Menerusi pembacaan juga dia akan mengenali konsep sebab dan akibat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI