Keibubapaan

Ibu Bapa, Kalau Tak Mahu Anak Makin Keras Hati, Jauhi Perkara-perkara Ini

Share

Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjauhi beberapa perkara yang boleh menyebabkan mereka keras hati. Mendidik anak adalah tanggungjawab yang sangat penting dan kompleks.

Ibu Bapa, Kalau Tak Mahu Anak Makin Keras Hati

Ketika menghadapi cabaran dan tingkah laku anak, penting untuk menunjukkan kesabaran dan pengertian. Ingatlah bahawa mereka masih dalam proses pembelajaran. Anak-anak akan membuat kesalahan.

Gunakan kesalahan sebagai peluang untuk mengajar mereka tentang tanggungjawab dan akibat tindakan mereka. Konsistensi dalam pendekatan mendidik anak adalah kunci kejayaan. Pastikan semua anggota keluarga mengikuti peraturan yang sama.

Dalam mendidik anak-anak, ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu jauhi. Berikut dikongsikan fakta-fakta sebagai panduan kepada ibu bapa.

JAUHI PERKARA-PERKARA INI JIKA TIDAK MAHU ANAK MAKIN KERAS HATINYA:

1. Guna kekerasan
Terlalu keras dalam mendidik. Bengis, kasar dan tidak langsung berlembut ketika bercakap pada anak.

2. Banyak merungut
Jarang beri solusi atau harapan sebalik asyik merungut setiap kali anak buat kesilapan.

3. Kasar dalam berkata-kata
Kau, aku, tak reti bahasa dan macam-macam lagi perkataan kasar yang kita sendiri akan terasa hati apabila ibu ayah kita cakap pada kita.

4. Kerap menempelak
Suka mengungkit-ungkit kesilapan anak yang lalu dan mencela apa yang telah dia lakukan.

Kredit foto: Pexels

5. Mendera
Penderaan secara fizikal, emosi dan mental. Anak yang kerap rasa tertekan dan rasa tak tenteram juga adalah satu penderaan.

6. Jarang mendengar
Anak yang rasa tidak di dengari oleh ibu ayah akan membentuk emosi terpendam & unsettle emotion dalam dirinya. Ketika anak mengadu atau meluah pasang telinga dan dengar betul-betul.

7. Gaslighting
Menafikan apa yang anak rasa dan apa yang anak perlukan. Anak menangis kata lembik, anak suka berkepit di kata rimas dan anak tak boleh berpisah di kata penakut.

8. Stonewalling
Ketika anak panggil untuk tunjuk hasil lukisannya, kita tak pandang. Leka dengan telefon, televisyen atau berborak dengan kawan.

9. Terlalu memaksa
Biasa terjadi bila kita letak high expectation sangat pada anak. Jangan memaksa anak buat sesuatu yang di luar kemampuannya.

Kredit foto: Freepik

10. Terlalu perfectionist
Tak boleh cacat sikit hasil kerjanya, mesti disuruh buat balik. Tulis A B C senget tak cantik, kena padam buat semula. Cacat sikit tak apa, nama pun proses belajar.

Dalam mendidik anak-anak bukan perfect yang kita kejar tapi progress. Kalau sehari anak boleh mahir 1 skil, setahun 365 skil anak kita dapat mahirkan. Percayalah, anak lembut hati kita pun senang hati. Semua orang gembira.

Ingatlah bahawa setiap anak adalah unik, jadi pendekatan mendidik mereka mungkin perlu disesuaikan mengikut keperluan dan personaliti mereka. Selain itu, komunikasi terbuka dengan anak adalah kunci untuk memahami perasaan dan keperluan mereka dalam proses mendidik.

Ingatlah bahawa setiap anak adalah unik, jadi pendekatan mendidik mereka mungkin perlu disesuaikan mengikut keperluan dan personaliti mereka. Selain itu, komunikasi terbuka dengan anak adalah kunci untuk memahami perasaan dan keperluan mereka dalam proses mendidik.

Sumber: Mohd Fhais Salim

Kredit top image: Pexels

Artikel berkaitan: Keraskan Hati, Jadilah Ibu Bapa Yang ‘Sampai Hati’ Hantar Anak Ke Tadika. Tak Selamanya Dia Kecil!

Zikir Asmaul Husna Terapi Buat Anak Yang Degil Dan Keras Hati

Terlalu Tegas Dengan Anak, Anak Jadi Keras Hati. Ini Realitinya Ibu Bapa Kena Faham

Published by
Has