Berhenti menyalahkan pasangan, keturunannya atau orang sekeliling. Demikian salah satu perkongsian Datuk Dr Prof Muhaya Mohamad kepada ibu bapa atau penjaga kepada anak istimewa atau OKU.

Memiliki anak yang mempunyai kelainan upaya (OKU)atau istimewa tentunya bukan mudah. Perkongsian Datuk Dr Prof Muhaya Mohamad yang dimuat naik di dalam laman Instagramnya baru-baru ini diiharapkan dapat dijadikan panduan dan  memberikan semangat dan kepada ibu bapa atau penjaga anak istimewa/ OKU.

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

1 – Kita wajib yakin bahawa anak itu bukan “defect creation” oleh Pencipta nya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia.

2 – Memohon pertolongan Allah mesti lebih dari mengharap pertolongan makhlukNya. Bukan maksudnya tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi cari Allah dahulu. Jangan sesekali salahkan DIA. Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan untuk sekadar mengadu tetapi belajar daripada mereka yang terdahulu.

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

3 – Berhenti menyalahkan pasangan, keturunan nya atau orang keliling dan datangkan rasa syukur dalam diri. Stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif…

IKLAN

4 – Perlu tahu bahawa anak itu masih lagi ada deria kerana roh nya masih bersama jasad. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak. Fokuskan cara pengajaran dengan deria yang anak masih ada/ berfungsi. Disamping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria yang memerlukan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tapi mendidik khalifah ini.

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

5 – Kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik mereka kerana mereka diberi kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk itu tiada fungsi dalam kehidupan ini.

6 – Sedangkan insan yang di hujung nyawa pun kita ajarkan mereka kalimah Allah, kenapa tidak untuk mereka yang mungkin hyper, hanya boleh kelip mata & angguk kepala dan lain-lain lagi. 

IKLAN

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

7 – Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir, namun mereka masih mampu berzikir. Ajarkan mereka. Jangan fokuskan dengan keputusan/ pencapaian tentang apa yang kita dapat jika kita berbuat sesuatu, tapi fokuskan apa usaha kita yang telah kita rancang dan laksanakan.

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

8 – Sekiranya mereka dikatakan “tiket syurga”, pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan “laku” di akhirat nanti.

IKLAN

Posting beliau menerima impak positif, motivasi dan semangat daripada netizen.

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa/ OKU Berhenti Menyalahkan Pasangan, Keturunannya Atau Orang Sekeliling. Ikuti 8 Perkongsian Prof Muhaya Ini

Sumber: Instagram Datuk Dr Prof Muhaya Mohamad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI