Selepas mengetahui kepentingan vaksin, mama papa yang mungkin selama ini mempunyai pendirian tidak mahu mengambil vaksin atau benar-benar terlepas jadual imunisasi anak boleh mendapatkan vaksin di  klinik.

Menurut Dr Amirul Amzar, menerusi perkongsiannya, ibu bapa yang ingin mendapatkan vaksin bagi anak mereka boleh ke klinik kesihatan dan klinik swasta yang berhampiran. Berikut ialah perkongsian beliau;

Ibu Bapa Tak Pernah Ambil Vaksin Untuk Anak Jangan Panik. Masih Berpeluang Buat Suntikan

ANAK ANDA TERTINGGAL VAKSIN?

Jom lengkapkan imunisasi anak anda. Bawa sahaja mereka ke Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta berdekatan. Jika anda masih mempunyai rekod vaksinasi sebelumnya, sila bawa bersama.

IKLAN

Jangan risau, kami sedia membantu. Usah dikenang kisah yang lalu, yang penting, anda sekarang sedar kepentingan vaksinasi buat anak anda. Anda telah buat keputusan yang baik.

TIADA SATU JADUAL VAKSIN KHAS, PERLU KONSULTASI DOKTOR

Dr Amirul juga menegaskan yang  tiada prosedur spesifik untuk tujuan ini. Ibu bapa hanya perlu membawa sahaja anak berkenaan dan buku rekod kesihatan ke klink kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana klinik swasta.

IKLAN

“Tiada jadual vaksin secara umum untuk catch up immunization. Kena jumpa doktor dan buat consultation.

Ibu Bapa Tak Pernah Ambil Vaksin Untuk Anak Jangan Panik. Masih Berpeluang Buat Suntikan

IKLAN

“Banyak faktor perlu diambil kira sebelum suntikan diberikan. Umur serta suntikan sebelum ini juga perlu diperiksa. Alahan, penyakit sebelum ini dan sebagainya. Oleh sebab itu kementerian tidak mengeluarkan jadual bagi tujuan ini,” kata beliau.

Jadual Imuninasi Kebangsaan yang dipaparkan di bawah adalah yang sepatutnya diambil kanak-kanak mengikut usia tertentu yang telah ditetapkan. Bagaimana pun, sekiranya anak anda tertinggal, dinasihatkan untuk membawa mereka ke klinik berhampiran dengan segera.

Ibu Bapa Tak Pernah Ambil Vaksin Untuk Anak Jangan Panik. Masih Berpeluang Buat Suntikan
Sumber jadual: www.moh.gov.my

Sumber: Dr Amirul Amzar

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI