Bagi ibu yang mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, itu adalah bonus untuk anda. Paling penting, jagalah amanah yang Allah berikan sebaiknya. Mesti ingat satu perkara, semuanya kurniaan Allah.
Selalunya bagi pasangan yang baru berkahwin pasti tidak sabar mahu menimang anak. Anak sulung, tak kisah apa pun jantinanya yang penting sihat dan sempurna. Hamil anak kedua, rasanya setiap ibu mesti ingin anak berlainan jantina daripada yang sulung. Kalau anak sulung lelaki, harapnya kali ni dapat anak perempuan.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Lelaki & Perempuan Itu Ibarat Dapat Bonus
Rasanya itulah yang bermain di fikiran setiap ibu. Jika sebelum ini anak sulung perempuan, tentu yang kedua anak lelaki pula. Tetapi bagaimana setiap kali lahir, jantinanya tetap sama. Kadang-kadang, 4 orang anak lelaki dan ada juga 3 orang semuanya anak perempuan.
Pokok pangkalnya semua itu adalah rezeki Allah. Ibu dan ayah jangan sedih bila ditakdirkan memperoleh semua anak lelaki atau semua anak perempuan. DIA yang Mahu Tahu dan Maha Atur segala-galanya. Setiap anak itu telah ditetapkan rezeki untuknya.
Anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing mempunyai kerenah tersendiri. Antara sabar dan tak sabar sahaja dalam usaha membesarkan mereka. Pengalaman ibu-ibu berbeza-beza.
1. Anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya.
2. Bila ada anak perempuan seorang dalam keluarga dan yang lainnya adik-beradik lelaki, segala tingkah laku anak perempuan sedikit sebanyak akan ikut cara abangnya. Lasak dan kasar.
3. Abang buli adik nombor dua. Anak nombor dua pun lebih kurang sama akan buli adik bawahnya. Masing-masing cuba nak menangkan diri mereka.
4. Bab sepahkan barang pun boleh tahan juga anak perempuan. Peliknya, kalau dia sepahkan barang, abang yang akan tolong kemaskan sambil mulut abang membebel sebab terpaksa kemaskan barang adik.
5. Kalau anak perempuan nak sesuatu barang, dia akan mengamuk di situ juga tak kira ada orang atau tidak. Janji dia dapat barang yang dia nak. Tapi anak lelaki, dia mengamuk sekejap sahaja. Pujuk dengan benda lain terus senyap.
Ads
6. Anak perempuan suka cakap sorang-sorang. Entah apa yang dia cakap pun kita tak tahu. Kadang-kadang dia boleh ajuk cakap cikgunya semasa di sekolah.
7. Pakaian yang sudah dipakai atau tuala yang digunakan berselerak di atas lantai. Bila disuruh baru buat. Tapi anak lelaki, dia tukar pakaian atau tuala terus kemas di tempat yang biasa simpan.
8. Anak perempuan, bila dapat telefon bimbit di tangan, dia akan main games perang-perang, jaranglah main games yang ke arah keperempuanan.
9. Kata orang anak lelaki lasak tapi sebenarnya lasak mereka lebih kurang sama sahaja. Ada anak perempuan yang lebih lasak daripada anak lelaki.
10. Lasak, manja, mengada-ngada, garang, buli adik semuanya menjadi hiburan buat ibu bapa. Sunyinya rumah bila mereka ke sekolah.
Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.
Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka, Dua Beradik Menangis Diberitahu Ibu Bapa Meninggal Dunia
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, akan menerima rawatan susulan oleh pakar ortopedik dan psikiatri di Hospital Serdang.
“Kedua-dua beradik itu akan diiringi ahli keluarga untuk pulang ke kediaman mereka di Bangi, dengan menaiki ambulans lewat petang ini,” katanya.
Rabu lepas, dua beradik itu masing-masing menjalani pembedahan pada bahagian paha kanan dan kiri yang cedera.
Sementara itu Hee Sem berkata, Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua mereka menangis selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mereka, dengan bantuan pakar psikiatri Hospital Melaka.
Sementara itu Hee Sem berkata, pemandu treler Mohamad Shafiq Mohd Zuki, 27, yang sebelum ini kritikal dan dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), dilaporkan sudah sedar dan dijadualkan menjalani pembedahan di paha kanannya, pada minggu pertama Januari 2025.
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik itu adalah antara yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa lima ahli keluarganya, iaitu ibu bapa mereka Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, serta adik bongsu mereka Muhammad Umar, 2, serta datuk dan nenek Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.
Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa syukur dapat menunaikan zakat pendapatan untuk separuh tahun Januari hingga Jun.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Shahida turut kagum dengan anak sulungnya, Ammar Ahyan yang berjaya menjalankan tanggunjawab menyampaikan bantuan zakat bagi pihak mereka.
“Syukur alhamdulillah tercapai impian mama dengan papa menunaikan zakat pendapatan untuk separuh tahun 2025 Januari sehingga Jun kepada Lembaga Zakat Selangor.
“Malang nya mama dengan papa tak dapat hadir atas urusan lain. Jadi kami wakil kan Ammar Ahyan untuk ke majlis hari ini.
“Dah pesan awal awal dah protokol untuk majlis, takut dia kekok. Tapi Alhamdulillah awak nampak sangat matang Ammar,” katanya.
Dalam pada itu, Shahida berharap agar sumbangan zakat mereka dapat memberi manfaat kepada golongan Asnaf di Selangor.
“Semoga apa yang kami sumbangkan tahun ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan Asnaf di negeri Selangor,” tambahnya lagi.
Kehadiran Ammar Ahyan turut mendapat perhatian ramai malah Ammar dilihat tidak kekok apabila diminta bergambar sama. Begitu juga ketika bersama penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu kerisauan seorang isteri adalah apabila suaminya mempunyai ketagihan merokok. Rokok yang dibakar akan menghasilkan asap rokok yang berbahaya kepada kesihatan. Malangnya, asap rokok ini bukan sahaja merisikokan kesihatan papa tetapi juga seisi keluarga. Asap rokok merupakan faktor utama yang menyebabkan penyakit berbahaya.
Antara penyakit yang melibatkan asap rokok adalah seperti serangan jantung dan strok. Bukan itu sahaja, merokok juga akan mengganggu kesuburan seorang lelaki. Ia boleh menyebabkan mati pucuk mahupun penghasilan sperma yang tidak berkualiti. Lebih teruk lagi, sekiranya papa merokok, asapnya boleh menyebabkan masalah pernafasan pada anak-anak!
Bila Bakar Rokok, Asapnya Memudaratkan!
Asap rokok yang terhasil dari pembakaran merisikokan si perokok mahupun perokok pasif dari sudut kesihatan kerana kandungan pelbagai bahan berbahaya di dalamnya.
Untuk pengetahuan papa, suhu tinggi ketika rokok dihidupkan akan membakar tembakau yang menyebabkan penghasilan pelbagai jenis bahan kimia berbahaya.
Di dalam asap rokok didapati ada lebih dari 6,000 bahan kimia dan 100 daripadanya telah diklasifikasikan sebagai berbahaya!
Nikotin Dalam Tembakau?
Salah satu bahan di dalam rokok adalah nikotin. Nikotin sememangnya menyebabkan ketagihan tetapi ia bukan penyebab kepada penyakit berkaitan asap rokok. Sebenarnya nikotin wujud di dalam tembakau dan ia menyebabkan kesan farmakologi termasuklah meningkatkan kadar jantung serta tekanan darah.
Penggunaan produk bebas asap dapat membantu papa yang mahukan alternatif. Ia sekaligus mengelakkan pengambilan rokok biasa.
Cara Untuk Kurangkan Kemudaratan
Jika papa mahu mengurangkan kemudaratan tetapi masih tidak tahu cara untuk memulakannya, buatlah secara perlahan-lahan. Sekiranya ada rasa ingin merokok, papa boleh gantikan dengan mengunyah gula-gula getah atau gula-gula pudina.
Papa juga boleh menukar gaya hidup yang lebih sihat dengan melakukan lebih banyak aktiviti fizikal bagi mengelak rasa ingin merokok secara keterlaluan. Bersukan mahupun aktiviti lasak dapat membantu mengurangkan rasa ingin merokok.
Untuk mengurangkan kemudaratan bukanlah mudah. Dengan itu, sekiranya papa ingin bertukar ‘angin’ dan tidak mahu menggunakan produk tembakau yang dibakar bolehlah bertukar kepada produk bebas asap rokok (smoke-free alternatives) seperti heated tobacco (HTPs), e-rokok (vape) dan banyak lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.