Apabila anda menjerit, melompat, berpeluh dan cemas apabila terlihat LIPAS, kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan itu kepada anak juga.
(Fobia terhadap lipas dikenali sebagai Katsaridaphobia)
Perkongsian dari Perunding Keibubapaan Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar ini menjelaskan situasi kenapa anak kita penakut dalam situas berbeza. Jangan salahkan anak lagi tapi tengok diri kita dulu.
Apabila anda cemas dan ‘anxious’ dengan subjek MATEMATIK dan anda juga sering menceritakan betapa susahnya Matematik di hadapan anak, kemungkinan besar anak juga akan menyerap ‘anxiety’ anda dan melihat subjek itu sebagai sesuatu yang sangat susah tanpa berusaha terlebih dahulu.
IKLAN
Apabila anda menekan dan memaksa anak kerana cemas anak belum boleh MEMBACA pada usia 6 tahun, kemungkinan besar anda juga akan memindahkan rasa cemas dan ‘anxiety’ anda itu kepada anak. Tindakan yang sebegini tidak menjadikan anak cepat membaca malah menyebabkan tekanan kepada anak dan diri anda.
Kanak-kanak tidak mempunyai rasa takut dan mereka juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran mereka. Fobia atau ketakutan terhadap sesuatu akan wujud dalam diri kanak-kanak sekiranya kanak-kanak itu melalui pengalaman yang NEGATIF atau TRAUMATIK.
Selain itu fobia juga dipelajari daripada KETAKUTAN yang ditunjukkan oleh ayah atau ibu terhadap sesuatu.
Anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai panduan ketika berhadapan dengan sesuatu. Jika ayah atau ibu kelihatan cemas, takut dan ‘anxious’, anak akan membuat kesimpulan bahawa situasi itu membahayakan, tidak selamat dan memerlukan perlindungan.
IKLAN
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindak balas kita menyebabkan kita ‘memindahkan’ fobia, ‘anxiety’ dan stres kepada anak-anak. Ada anak yang mungkin tidak terpengaruh tetapi ada anak yang akan terkesan dengan tindak tanduk kita.
IKLAN
Saya mempunyai fobia terhadap lipas, terutamanya lipas terbang..
Kebanyakan anak-anak usia 3 tahun ke bawah mereka ada bahasa sendiri untuk bercakap dengan ibu bapa atau orang sekelilingnya. Kadang untuk memahami apa maksud ayat itu agak sukar sehingga terpaksa buat pemahaman sendiri.
Menurut pakar, cakap jerman ini sebenarnya normal bagi kanak-kanak, tetapi ia akan berkurang apabila kanak-kanak mula menguasai kefahaman bahasa mereka. Tetapi jika selepas 3 tahun masih ada cakap jerman, ianya sudah TIDAK NORMAL.
Menerusi perkongsian Puan Fadzielah Ayub yang juga seorang ibu yang banyak berkongsi tip keibubapaan dan anak, dia sendiri melalui pengalaman anak bercakap bahasa sendiri tetapi berjaya mengatasinya dengan melakukan beberapa tip di bawah ini.
ANAK BERCAKAP BAHASA SENDIRI?
Hari ini ilah nak berkongsi daripada perkongsian Terapi Pertuturan mengenai anak bercakap bahasa sendiri. Maksudnya anak bercakap dalam bahasa yang kita sendiri tak faham. Boleh jadi bahasa Jerman, Jepun, Perancis, Korea dan sebagainya. Tak tahulah anak cakap apa.
Ramai parents yang menghadapi masalah ini kan? Bunyi macam bercakap tapi kita tak faham apa yang anak cakap atau cuba sampaikan. Sejujurnya ilah pun pernah mengalami fasa ini masa mula-mula Zayd dah boleh sebut banyak bunyi dan perkataan. Bila dia membebel atau nak cakap laju, mula la keluar perkataan bahasa yang dia sendiri je faham.
Sebenarnya begini..
Kanak-kanak yang sedang belajar bercakap memang biasanya akan bercakap bahasa sendiri yang mana kita sebut sebagai ‘jargon’.. ini terjadi disebabkan oleh mereka cuba meniru untuk bercakap seperti orang dewasa tetapi mereka mempunyai vocab yang sedikit untuk bercakap seperti kita atau pun memori mereka masih lagi belum mampu untuk menangkap ayat panjang seperti yang kita cakap.
Ummi: “Zayd nak makan buah tak? Nak buah mangga ke buah anggur?”
Zayd: bfdfgrm ndifrs nak angkur
Haha. Ni contoh bahasa jargon Zayd kadangkala ada bunyi bahasa korea pun ada dan ummi langsung tak faham.
Anak memang akan dengar apa yang kita sebut. Tetapi mungkin ada beberapa perkataan yang mereka tidak faham dan tak mampu nak tangkap setiap perkataan yang kita sebut. Jadi, kita boleh ulang ayat dengan sebut satu persatu secara perlahan-lahan dan tidak laju terutama anak yang masih kecil atau ada masalah delay (perkembangan lewat).
Jargon ini sebenarnya normal jika berlaku pada kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Tetapi jika masih ada lagi jargon selepas umur 3 tahun, perlu buat pemeriksaan. Takut-takut kalau ada masalah speech atau language delay.
Cara untuk mengurangkan jargon:
1. Terjemahkan kepada bahasa yang betul
Jika anak sebut sesuatu guna bahasa sendiri, kita perlu terjemahkan atau perbetulkan kepada bahasa yang betul mengikut situasi tersebut.
Sebagai contoh anak tengah memegang kereta dan sebut “hsfjedncx xcfgd..ghsjfe”
Maka, kita boleh terjemahkan dan perbetulkan mengikut situasi pada masa itu “Wah.. kereta Zayd warna oren. Kereta boleh gerak ke depan”
2. Guna bahasa yang pendek dan mudah difahami
Anak akan lebih mudah untuk faham dan senang nak pickup bila kita gunakan bahasa yang pendek dan mudah di sebut. Gunakan ayat 1-3 perkataan pun dah cukup. Tak perlu ayat yang panjang-panjang.
3. Tingkatkan kosa kata anak
Tingkatkan kosa kata anak dengan perkenalkan perkataan baru setiap hari. Bila kosa kata atau vocab anak meningkat, barulah mereka boleh menggunakan perkataan yang betul dan buat ayat. Jadi jargon itu akan berkurang.
Oh ya. Kadang-kadang anak tengok kartun yang cakap panjang-panjang dekat TV pun boleh menyebabkan jargon jugak. Seeloknya kurangkan gadjet atau TV dan banyakkan komunikasi 2 hala dengan anak.
nota: Contoh Zayd #17months bercakap dalam bahasa sendiri. Alhamdulilah sekarang dah boleh cakap dan sebut banyak perkataan.
Biasanya bayi akan menangis untuk memberi isyarat kepada ibu bapanya bahawa dia rasa tak selesa, nak tidur, lampin penuh atau lapar.
Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham? Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Merenung tepat ke mata
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Bunyi bbbbb
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Genggam sambil menggerakkan tangan
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Mata meliar
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Menggosok telinga
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Menendang
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Adalah amat penting untuk kita sebagai mak ayah ada kesedaran untuk memeriksa check list perkembangan anak kita dari usianya sejak lahir hingga enam tahun. Ini bagi memastikan kita dapat menilai samada anak kita lambat perkembangannya atau berada di ‘track’ yang betul.
Public Health Malaysia turut menyenaraikan check list untuk anda semak perkembangan anak kecil anda. Penting ni!
Ibu bapa dan penjaga, tolong lihat check-list perkembangan kanak-kanak.
✔️ Ia memberi gambaran awal tentang perkembangan kanak kanak
✔️ Membantu untuk mengesan sebarang masalah perkembangan
Pengesanan awal adalah PENTING untuk membantu kanak-kanak untuk meningkatkan keupayaan mereka.
Semak carta di bawah ini.
Selepas membuat penilaian, pastikan anda meneliti semula perkembangan anak anda. Jika ada beberapa perkembangan anak tidak mencapainya, akan bolehlah merujuk kepada pengamal perubatan tidak kira samada kerajaan mahupun swasta.
Minta penerangan lanjut mengenai hal ini bagi memastikan anak tidak mengalami sebarang masalah dalam perkembangannya.
Ini panduan untuk anda.
Jangan terlambat, biar kita bertindak lebih awal agar anak menikmati perkembangannya yang sepatutnya.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.