Ibu Bapa Yang Cepat Takut Atau Risau Akan Pindahkan Ketakutan Itu Pada Anak

Share

Apabila anda menjerit, melompat, berpeluh dan cemas apabila terlihat LIPAS, kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan itu kepada anak juga.
(Fobia terhadap lipas dikenali sebagai Katsaridaphobia)

Perkongsian dari Perunding Keibubapaan Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar ini menjelaskan situasi kenapa anak kita penakut dalam situas berbeza. Jangan salahkan anak lagi tapi tengok diri kita dulu.

Apabila anda cemas dan ‘anxious’ dengan subjek MATEMATIK dan anda juga sering menceritakan betapa susahnya Matematik di hadapan anak, kemungkinan besar anak juga akan menyerap ‘anxiety’ anda dan melihat subjek itu sebagai sesuatu yang sangat susah tanpa berusaha terlebih dahulu.

Apabila anda menekan dan memaksa anak kerana cemas anak belum boleh MEMBACA pada usia 6 tahun, kemungkinan besar anda juga akan memindahkan rasa cemas dan ‘anxiety’ anda itu kepada anak. Tindakan yang sebegini tidak menjadikan anak cepat membaca malah menyebabkan tekanan kepada anak dan diri anda.

Kanak-kanak tidak mempunyai rasa takut dan mereka juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran mereka. Fobia atau ketakutan terhadap sesuatu akan wujud dalam diri kanak-kanak sekiranya kanak-kanak itu melalui pengalaman yang NEGATIF atau TRAUMATIK.
Selain itu fobia juga dipelajari daripada KETAKUTAN yang ditunjukkan oleh ayah atau ibu terhadap sesuatu.

Anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai panduan ketika berhadapan dengan sesuatu. Jika ayah atau ibu kelihatan cemas, takut dan ‘anxious’, anak akan membuat kesimpulan bahawa situasi itu membahayakan, tidak selamat dan memerlukan perlindungan.

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindak balas kita menyebabkan kita ‘memindahkan’ fobia, ‘anxiety’ dan stres kepada anak-anak. Ada anak yang mungkin tidak terpengaruh tetapi ada anak yang akan terkesan dengan tindak tanduk kita.

Saya mempunyai fobia terhadap lipas, terutamanya lipas terbang..

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Published by
Wan Amalia Mohd Daud