Penjagaan bayi baru lahir berbeza dengan penjagaan anak kecil yang semakin membesar. Bayi lebih memerlukan penjagaan rapi kerana pertama kali berada dalam rahim ibu dan baru nak menyesuaikan diri dengan dunia baru.
Proses penjagaan ini memerlukan ibu mempunyai kesabaran dan kekuatan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang ibu.
Bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak, proses ini bukanlah mudah dan dianggap satu cabaran baru. Si bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dengan memberikan kerjasama terbaik buat si ibu di saat ibu memerlukan bantuan.
Bagi yang baru bergelar ibu bapa, penting untuk menegtahui tip peenjagaan bayi baru lahir di rumah dengan baik seperti yang dikongsikan oleh Cik Ma (Edzha Gneus Kidz)
8 tip penjagaan bayi baru lahir di rumah
1. Rambut dan kulit kepala
Cuci rambut bayi menggunakan syampu yang khas untuk bayi sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok rambut bayi perlahan-lahan dan bilas hingga bersih dengan tangan. Jangan sampai kena mata ya!
Jika anda lihat kulit kepala bayi berkerak, ia normal dan dipanggil sebagai cradle crap. Kerak ini boleh dibersihkan dengan baby oil.
Caranya, letak baby oil pada kulit kepala bayi dan biarkan selama 10-15 minit. Bersihkan dengan kapas atau cotton bud perlahan-lahan dan kemudian cuci hingga bersih.
Ads
2. Mata bayi
Untuk membersihkan kotoran atau tahi mata, basahkan kapas bersih dengan air masak. Sapu dari arah dalam ke luar. Ganti kapas baru untuk membersihkan mata lagi satu.
3. Hidung dan telinga
Hidung sudah mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tak memerlukan penjagaan khusus. Tapi, jika ada cecair atau kotoran yang dilihat terkeluar, anda boleh bersihkan bahagian luar hidung mereka saja.
Sama juga dengan telinga, anda hanya perlu membersihkan bahagian luar telinga saja. Cuping telinga boleh dibersihkan semasa anda memandikan bayi anda dengan menggunakan kapas atau kain bersih.
4. Mulut
Jika lidah bayi putih kerana susu yang mereka minum, bersihkan dengan kapas yang dibasahkan dengan air masak. Jangan lupa untuk pastikan tangan anda bersih sebelum membersihkan mulut bayi.
Ads
5. Tali pusat
Anda perlu berhati-hati dengan tali pusat bayi kerana ia mudah terkena jangkitan. Jika tali pusat terkena air semasa mandi, keringkan dengan kapas atau kain bersih.
Tali pusat bayi biasanya akan putus satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Selepas tali pusat putus, anda boleh bersihkan kotoran dengan baby oil.
6. Kulit
Penjagaan bayi baru lahir yang tak kurang pentingnya adalah memandikan bayi anda. Anda boleh mandikan mereka sekali sehari di tab mandi atau lap mereka dengan tuala basah.
Pastikan air yang anda guna untuk mandikan bayi anda dalam keadaan suam.
Ads
7. Kuku
Potong kuku bayi anda secara berkala. Potong secara berhati-hati dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi.
8. Punggung bayi
Punggung bayi adalah kawasan yang paling sensitif. Jika tak dibersihkan dengan betul, ruam akan mula timbul di kawasan tersebut.
Jadi, pastikan punggung bayi anda sentiasa kering dan bersih. Anda juga boleh menggunakan diaper cream selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.
Mudah saja kan? Semoga cara penjagaan bayi baru lahir ini dapat bantu memudahkan urusan ibu dan ayah.
Sumber: Cik Ma (Edzha Gneus Kidz)
https://www.youtube.com/watch?v=plJjf6hUIiM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warganet nampaknya tidak sabar-sabar untuk melihat wajah anak sulung kepada pasangan selebriti popular, Haris dan Neelofa, Muhammad Bilal. Walaupun ramai yang bersetuju dengan pendirian pasangan ini namun masih ada juga yang bertanyakan soalan yang sama.
Ketika membuat siaran langsung atau ‘live’ di Instagram bersama pelakon Izara Aishah, Neelofa berkongsi bahawa DM akaunnya dipenuhi dengan pertanyaan netizen akan wajah Bilal.
Namun menurut Neelofa, dia mengikut nasihat yang diberikan supaya berjaga-jaga dengan penyakit ain memandangkan usia Bilal baru sahaja memasuki dua bulan.
Suri hati kepada pencetus Ummah ini juga memohon ruang dan masa sehingga anaknya itu sudah besar dan kuat.
“Untuk mereka yang tanya pasal Bilal, tak berhenti dekat DM saya pasal Bilal ja.. Ramai menasihati saya perkara yang sama.
“Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu. Untuk mengelakkan penyakit ain, atau pun bagi Bilal besar dulu, kuat dan sihat.
“Bagi masa dan ruang. Terima kasih kepada mereka yang memahami,” ujarnya ketika live tersebut.
Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTOP turut berkongsi pengalamannya bergelar ibu pertama kali dan akui proses itu tidak mudah dan sangat mencabar.
“Alhamdulillah syukur diberikan kesihatan. Selepas 44 hari berpantang, saya sangat ‘respect’ dengan ibu yang mempunyai anak ramai termasuklah ibu saya sendiri.
“Masya-Allah not easy. Tak mudah untuk lalui momen dalam pantang itu, terlalu banyak benda yang going on the same time.
“Untuk wanita yang kali pertama jadi ibu, nak sesuaikan dengan rutin baru, nak faham anak lagi, breastfeeding lagi. Sangat la mencabar. Dengan bengkak susu lagi, banyak ibu yang alami benda ini sebab tak ada banyak ilmu. Saya berjaya hubungi breastfeeding consultant dan dia akan datang mengajar di rumah dari mula.” Kongsinya lagi.
Neelofa baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi instagram Nedim, dia ada kongsikan kapsyen dengan menyatakan Ney Ney anak yang kuat. Daddy sayang Ney.
Melalui gambar yang dimuat naik itu, nampaknya Ney Ney tenang je sambil dipangku oleh Nora Danish untuk mendapatkan rawatan membantu pernafasannya.
Ramai netizen yang prihatin dan memberikan beberapa cadangan pada Nedim dan Nora supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekarang.
“Sekarang ni musim.. baik elakkan dari orang ramai yang nak cium terutama yang merokok”.
“Kalau yang merokok, pastikan basuh mulut, cuci tangan dan tukar baju sebelum sentuh anak kecil. Sebab mereka kecil dan lagi senang berjangkit”.
Ada juga yang nasihatkan pasangan ini untuk baby Ney Ney ambil suntikan pneumococal. Suntikan ini baik untuk melindungi paru-paru dari terkena jangkitan.
Nedim jangan merokok depan anak
Walaupun tak diketahui punca sebenar Ney Ney mendapatkan rawatan nebulizer, ada peminat yang syorkan Nedim untuk berhenti merokok. Kesian Ney Ney.
Sebaiknya jangan merokok di depan anak. Kadang-kadang kita tak perasan asap rokok tu dihidu si kecil.
Diharapkan kesihatan Ney Ney kembali pulih secepat mungkin dan ceria seperti biasa. Bukan mudah nak membesarkan anak-anak selagi antibodinya tak kuat. Pengorbanan ibu bapa sangat penting.
Sumber: boss_ned
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada seorang ibu bapa pun mahu lihat anak-anaknya sakit. Tapi jika dah ditakdirkan, tiada daya kita untuk menolak melainkan dengan izin Allah dapat sembuh kembali.
Begitu jugalah yang dilalui oleh seorang bapa yang memohon doa orang ramai untuk anak lelakinya Mohammad Nazfahrel Faizal agar diberi kesembuhan selepas menjalani dua kali pembedahan akibat kanser otak.
Menerusi Facebook group Ebit Lew Channel, Awang Faizal meluahkan rasa sebak setelah tidak dapat bertemu anaknya yang berusia tiga tahun itu berikutan kekangan akibat wabak Covid-19.
Ikuti perkongsiannya yang cukup menyentuh hati
Dikala kita dalam keadaan dunia yang dilanda wabak dan Ramadan pun musim PKP, kini Allah turunkan ujian lagi buat keluargaku. Allah uji sebab Allah sayang.
Di mana dia menguji seorang budak berumur tiga tahun menghidap penyakit kanser ketumbuhan di pangkal otak dan telah menjalani dua kali pembedahan dalam masa 24 jam.
Sebak dan sedih hati bercampur pilu seorang kanak-kanak Mohammad Nazfahrel Faizal adalah anak saya sendiri. Kini dia masih berada di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah & akan meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Mungkin mengambil masa lebih kurang dua tahun.. Selepas pembedahan saya sendiri tak boleh bertemu anak saya sampailah sekarang disebabkan isu wabak Covid-19.
Di sini saya ingin meminta dan memohon jasa baik anda cuma doakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan urusan anak saya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.