Ibu Baru Terlelap Tiba-Tiba Anak Menangis Tali Terbelit Di Leher Ketika Bermain

Share

Bukan mudah nak jaga anak-anak yang tengah lasak. Lagi-lagi yang baru dapat kaki. Semua pergerakan kena dipantau sepanjang masa. Mungkin kita sebagai ibu bapa dah ambil langkah awal untuk keselamatan mereka tapi jika nak berlaku semua itu diluar bidang kuasa kita.

Begitu jugalah pengalaman yang dikongsikan melalui facebook Salzaf Ra Nis mengenai kejadian menimpa anak perempuannya ketika dia hanya terlelap sebentar.

Kejadian tali terbelit dileher anak perempuannya itu ketika bermain bersama kakaknya di dalam bilik benar-benar buatkannya trauma hingga ke hari ini. Nasiblah kecederaan yang dialami itu tidak serius.

Perkongsiannya ini sekadar untuk memberi peringatan buat semua ibu bapa.

Nasib malang menimpa anak saya… Anak saya ni hiperaktif… Masa berlaku ni saya terlelap di ruang tamu sedang kan sebelum tu dia elok je tido sebelah saya. Tak tahu masa mana dia bangun masuk bilik. Dengar-dengar dia dah nangis.

Bila saya masuk bilik tengok tali sudah terbelit dekat leher. Tapi semasa berlakunya kejadian ni kakak dia ada sekali dalam bilik. Jadi dia la cerita dari awal macam mana boleh terjadi.

“Kata kakaknya yang umur 7 tahun.. adik nya panjat meja lepas tu belit tali dekat leher dan terjun nasib baik meja tu rendah je.

Tapi alhamdulillah Allah SWT masih lagi melindungi anak saya. Saya rasa macam bersalah sangat-sangat kalau la saya tak terlelap mungkin ni semua tak kan terjadi. Tolong doa kan anak saya cepat sembuh nya.

Maaf kalau dengan post saya ni buat awak-awak semua tergangu. Semoga apa yang menimpa pada anak saya ni menjadi iktibar pada semua.

Sumber: Salzaf Ra Nis

Published by
Wan Amy