Ibu bawa anak ke balai Polis sebab selalu ganggu rakan sekolah, nak beri pengajaran. Oleh kerana anaknya sering menganggu rakan-rakan di sekolah, seorang ibu mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelaki berusia 7 tahun ke balai polis.
Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis Sebab Selalu Ganggu Rakan Sekolah, Nak Beri Pengajaran
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata, tindakan tersebut untuk memberi pengajaran sekali gus mendidik anaknya supaya tidak mengulangi kesilapan sama walaupun sudah ditegur berkali-kali.
“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.
“SAYA RASA PENGAJARAN INILAH YANG TERBAIK UNTUK DIA BELAJAR DAN TIDAK MENGULANGI KESILAPANNYA,” KATANYA.
Tambah Aisyah, dia sering menasihati anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, namun kata-katanya tidak dipedulikan walaupun Muhammad Ziqri merupakan murid cemerlang di sekolah.
Aisyah yang mengambil Muhammad Ziqri sebagai anak angkat sejak berusia lapan hari memberitahu bahawa anaknya suka mengganggu murid lain dan sering ditegur guru.
“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.
“TETAPI, HARI ITU SUDAH MELAMPAU KERANA KAWANNYA TERJATUH DAN DAHI TERKENA BUCU MEJA. ITULAH SEBABNYA SAYA BAWA DIA KE BALAI POLIS UNTUK BERI PENGAJARAN,” UJARNYA.
Ditanya mengenai maklum balas daripada pihak polis berkenaan, Aisyah berkata, itu semua lakonan yang dilakukan semata-mata untuk menakutkan anaknya.
Aisyah (kanan) bersama anak bongsu, Muhammad Ziqri (kiri).
Menurutnya, pihak polis di balai itu juga memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas dimaklumkan perkara sebenar.
“Memang banyak kali saya beritahu Ziqri untuk jaga perangai, kalau tidak saya nak hantarnya ke balai polis.
Ads
“SAMPAI SAJA DI BALAI, SAYA TERUS BERITAHU PEGAWAI ITU UNTUK ‘TANGKAP’ ZIQRI DAN MEREKA PUN SAMA-SAMA MEMBANTU BAGI MENJAYAKANNYA,” TAMBAHNYA.
Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa Muhammad Ziqri sudah tidak membuat perangai nakal dan mengganggu rakan-rakan sekelas lagi.
“Alhamdulillah, sekarang dia tak ganggu kawan-kawan lain. Mungkin dia ambil pengajaran dengan apa yang saya dah buat,” katanya.
Selain itu, Aisyah turut menyarankan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak terutama mereka yang terlalu aktif.
“Saya faham memang sukar untuk kita jaga anak-anak yang aktif, tetapi setiap anak itu membawa sebuah amanah dan tanggungjawab,” tambahnya ringkas.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Ads
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Sejak bergelar ummi kepada Muhammad Bilal hampir 6 bulan, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa tak lekok berkongsi tip penjagaan bayi, pemakanan dan penyusuan yang diamalkan kepada Bilal.
Walaupun pengalamannya tidaklah hebat seperti ibu-ibu lain yang mempunyai anak ramai, tapi Neelofa begitu bersungguh-sungguh untuk tambah ilmu demi anak kesayangannya.
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok @seorangnur, Neelofa ada berkongsi doa yang dibacakan untuk anaknya.
Menurut Neelofa, setiap kali dia bangun malam apabila Bilal terjaga minta susu, Neelofa akan berdoa buat anaknya.
Terjaga pukul 4.30 pagi, Bilal minum susu kan, pukul 2.30 pagi dia akan menangis tak buka mata. Pastu dia nak susu, kita bagi susu.
“Pastu sama-sama tengok dia dalam gelap Ya Allah.
“Doa Ya Allah bagilah anak aku kesihatan dan kesejahteraan yang baik selamanya Ya Allah. Lindunginya dari segala musibah, kecelakaan, penyakit,” doa Neelofa.
Selain itu, Neelofa juga menyatakan itulah doa yang sentiasa dia baca untuk anaknya, Bilal supaya membesar dalam didikan dan suruhan Allah dan Rasul.
Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai bersetuju dengan cara yang diamalkan Neelofa pada anakanda Bilal.
“Betul-betul. Time tidur muka dia orang paling comel. Masa tu lar selalu baca doa. Baca 5 ayat surah ar rahman tiup dekat dia semoga lembut hati 🥰.”
“Saya tak keseorangan rupanya..hehehe..saya selalu doa macam tu untuk anak-anak saya. Masa dia tidur dan menyusu.”
“Selagi kita ni bergelar ibu masih sihat, mulut ni tak kan lekang doakan kebaikan anak-anak. Tak pernah tinggal dalam satu hari pun🥰”
Setiap anak lelaki perlu dibekalkan dengan ilmu sebaiknya agar dapat membimbing ibu dan insan-insan tersayangnya. Perlu lebih matang, bertanggungjawab pada keluarga malah pandai berdikari dalam kehidupan. Semua ini menjadi satu tanggungjawab yang perlu diberikan pada anak-anak lelaki kita.
Pelakon kacak, Ashraf Muslim juga turut memberikan didikan sebaiknya buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak yang bertanggungjawab malah menjadi insan yang terbaik serta diredai Allah.
Menerusi Instagram miliknya, Ashraf menitipkan pesanan buat dua orang anak lelakinya, Adam dan Noah apabila mereka sudah tiada kelak. Paling utama kata Ashraf, dia mahu dua heronya ini menjadi pembimbing malah mampu menjaga kedua ibu mereka dan adik beradik perempuan yang lain apabila besar kelak.
“My hero! Adam dan Anas ingat pesan ayah selalu. Nanti bila ayah tiada jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik,” katanya ringkas.
Menerusi entri tersebut Ashraf memuat naik fotonya bersama dua orang anaknya itu. Malah dalam masa yang sama, Ashraf turut berpesan agar kedua-dua anaknya itu berakhlak mulia malah menjadi insan beriman kelak.
“ Dan jadi anak lelaki yang berakhlak mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua,” pesannya lagi.
Kejutan Sempena Hari Lahir
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa yang baru menyambut hari lahirnya pada 12 September 12 lalu juga turut memberi kata-kata pujian buat kedua isterinya dalam entri berlainan.
Malah kejutan yang dibuat isteri-isterinya sempena hari lahir cukup bermakna buatnya. Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.
Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya. Malu kejap tengah-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” kongsinya.
Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudian mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.
Bersama isteri pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia enam tahun. Sementara perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 6, dan Adam Ashraf, 5, dan Safiyyah, 2.
Ashraf juga bakal muncul sebagai tetamu undangan di Pa&Ma Journey Bersama Jovianina, Episod 6 pada Rabu ini, 30 September 2020, jam 9 malam dengan tajuk, Anak Bijak IQ, Pemakanan @ Genetik. Banyak perkongsian mengenai anak-anak yang dikongsikannya. Ikuti kisah menariknya.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Umum ketahui bayi baru lahir sememangnya sangat ‘fragile’ kerana sistem imunisasi mereka masih belum kuat lagi ketika ini untuk melindungi diri dari sakit.
Jururawat di salah sebuah pusat perubatan Indonesia menjadi tular di media sosial kerana menyentuh dan mencium bayi yang baru lahir sembarangan, malah dia juga didakwa turut mencubit pipi bayi tersebut.
Pada awalnya, video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @gambar ajadeh, kemudian video tersebut dimuat naik di akaun Twitter milik @Areajulid.
“Pelitup muka kan kotor, kalau kena kulit bayi secaran langsung macam ni tak bahaya ke,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video yang berdurasi 1 minit itu jelas memaparkan jururawat tersebut mencubit, memegang, mencium serta menempelkan pipi bayi tersebut ke wajahnya yang ketika itu memakai pelitup muka.
Pipi bayi-bayi berkenaan menjadi sangat merah kerana kerap diusik oleh jururawat itu malah ada bayi yang tidak senang dan menangis apabila tidurnya diganggu.
Ada warga maya yang tidak senang melihat tindakan jururawat tersebut dan merasakan perkara itu tidak wajar dilakukan walaupun geram melihat kecomelan bayi newborn.
“Ya Allah, sampai merah pipi budak tu,” komen salah seorang netizen.
“Menjengkelkan, secara peribadi, keluarga atau kawan-kawan yang jauh pun tak berani nak sentuh apa lagi cium bayi, jururawat ini suka hati saja menggomol bayi ini,” balas seorang lagi netizen lain.
Menerusi perkongsian di Indo Zone, menyentuh dan mencium bayi yang sistem imunisasinya masih belum cukup kuat boleh meningkatkan risiko tersebarnya virus Meningitis, Herpes Simplex dan penyakit merbahaya yang lain.
Dalam pada itu, bayi yang terdedah dengan virus boleh menyebabkan kematian. Itulah sebabnya anda tidak boleh menyentuh bayi yang baru lahir sembarangan, kerana ia boleh membawa maut.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...