Seorang kanak-kanak berusia lima tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang sebuah resort. Dalam kejadian jam 3 petang di Sungai Petani itu, ibu yang berusia 19 tahun membawa anak bersama untuk temuduga kerja.
Teman ibu temuduga
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah dalam laporan Harian Metro berkata, kanak-kanak lelaki tersebut dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.
Gambar Hiasan
Si ibu menyedari anaknya tiada bersama ketika menunggu keputusan temuduga.
Sebelum itu, wanita berkenaan mendakwa melepaskan anak sulungnya dari dua beradik itu bermain di sekitar kawasannya menjalani temuduga.
Ads
Beberapa minit kemudian, dia mendapati anaknya hilang dan bertindak mencari mangsa sebelum menjumpai anaknya sudah terapung di kolam orang dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hanya 30 meter dari jarak tempat ibu temuduga
Ads
Siasatan di lokasi kejadian mendapati jarak antara tempat temuduga dengan kolam berkenaan kira-kira 30 meter dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
Gambar Hiasan
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ads
Mangsa mengikut ibunya ke resort dari Tanjung Dawai untuk mencari pekerjaan.
Hebatnya dugaan ibu ini!
Sementara itu orang ramai turut bersedih dengan pemergian anak sekelip mata. Di dalam usaha mencari pekerjaan untuk meneruskan hidup, si ibu diuji pula kehilangan permata hati yang cukup disayangi.
Ustaz Ebit lew, pendakwah terkenal memuji sikap pelakon Saharul Ridzwan dan pasangan Deena Emir yang sentiasa berpegang tangan dan hadir ke majlis agama. Itulah antara rahsia suami isteri untuk terus bahagia.
Sebak tengok pasangan romantik ini..pelakon @saharulridzwan@deenaemir ini dari keluar kereta berpegangan tangan datang awal pagi dapat duduk depan sekali. Siapa cepat dia dapat..
Sepanjang bertemu mesti pasangan ini berpegangan tangan subhanallah Allahu..mereka Tekun sangat dengar ceramah dari 8pagi sampai 6ptg..Sepanjang ceramah air mata tak berhenti mengalir..subhanallah.. Bila berbual beliau sangat rendah diri orangnya..katanya ingin ikut dakwah 3hari dijalan Allah..
Ustaz,saya benar-benar rasa bahagia duduk disini. Dengar kata beliau pada saya buat saya sedih sangat..Allahuakbar…. Teringin dan benar-benar berazam nak pegang tangan isteri sama-sama melangkah masuk syurga.. Itulah rahsia bahagia bila kita ada cita-cita nak bawa pasangan sama-sama melangkah masuk syurga.
Kita sibuk mengorat pasangan untuk bawa dekat pada Allah. Nikmat pegang tangan pasangan, solat sama-sama..lepas tu buat Talim sama-sama. Solat tahajud sama-sama. Indahnya. Suami isteri bangun tahajud sama-sama Allah rahmati keluarga itu.
Rahmat begitu banyak diturunkan kepada suami isteri malam tidur sama-sama. Kemudian kejut pasangan jika perlu ambil air sapu dekat wajahnya sedikit untuk solat Tahajud. (Ikut jenis pasangan) tapi rupanya begitu sekali kehidupan orang dulu.
Begitu berusaha keras untuk dekat diri pada Allah. Suami isteri itu saling nasihat menasihati dalam dekat pada Allah. Itulah lubuk kebaikan keberkatan dan ladang amal. Keluargasunnah- Ustaz Ebit Lew
Menerusi perkongsian di instagram Saharul Ridzwan pula;
Terima kasih kekasih hatiku. Sy percaya awak CINTAKAN saya kerana ALLAH dan kerana itulah awak tidak jemu berusaha bersama saya utk menjadikan keluarga kita diberkati ALLAH, bukan di dunia semata mata, tetapi juga ukhrawi. Semoga Allah terus teguhkan kasih sayang saya, awak dan zuriat kita. Amin
Ruang komen di instagram ustaz Ebit Lew mendapat komen yang positif dari netizen. Rata-rata netizen memuji pasangan ini dan juga berhasrat untuk bersama-sama pasangan ke majlis agama.
Amin..semoga boleh bawak isteri sekali ke jalan Allah
Saya pun suka tengok pasangan suami isteri ni
Doakan saya ustaz nak hadir majlis ilmu ustaz ni bersama pasangan saya
Suka tengok pasangan ni. walaupun berlakon Saharul ni jaga batas2 bersama pelakon wanita
Mesti ramai yang makan limau Mandarin bila Tahun Baharu Cina. Oleh kerana beranggapan ia buah yang kaya dengan vitamin C, maka ramailah ibu ayah yang memberi anak makan buah limau.
Maklumlah sempena perayaan Tahun Baharu Cina, limau Mandarin mudah diperoleh di mana-mana kedai buah dan pasaraya. Itu belum lagi yang diberi secara percuma oleh kenalan berbangsa Cina.
Tapi mungkin ramai juga yang perasan selepas kerap makan limau Mandarin, mereka mendapat sakit tekak dan batuk. Adakah disebabkan makan limau Mandarin? Penjelasan dari Dr Mazliana Mazlan mungkin dapat merungkai persoalan anda.
Bangun dari tidur Isnin lepas, terasa sangat perit tekak Ummi. Ya Allah, jangkit dengan patient mana pulak kali ni. Sambil berfikir, ada ke mana-mana patient bersin atau batuk teruk depan Ummi. Aduh. Ummi sakit, selalunya akan jangkit kat Huwainaa sekali ni.
Huwainaa bangun tidur, Ummi nampak lelehan hingus di hidung. Ah sudahhh. “Puan boleh ambil limau ye untuk sumber Vitamin C.”
“Limau saya tak boleh makan. Nanti mai sakit tekak dengan batuk semua. Oren saya boleh makan.”
“Oh ya maaf. Maksud saya oren tadi, oren Sunkist.”
“Anak saya batuk, selesema dan sakit tekak dah 4 hari tak baik lagi. Dia takdak asma, tapi setiap kali lepas makan limau mesti kena neb.”
“Limau mandarin ke puan?”
“Ya limau mandarin, lepas dia makan 2 ulas saja, terus batuk mai 10 minit lepas tu. Tahun lepas pun sama.”
“Ini isteri saya batuk sama sakit tekak. Malam tadi speaker pun tada.”
“Isteri tuan ada makan limau mandarin ke?” (Saja Ummi test)
“Haaa. Dia ada makan senyap-senyap. Orang tada, dia curi ambil.”
Empat kisah benar ini buat Ummi fikir sejenak.
Isnin lepas Ummi dan Huwainaa tak sihat, asbab jangkit dengan patient atau asbab makan limau mandarin 2 biji kongsi dengan Huwainaa?
Ada apa dengan limau mandarin sampai keempat-empat kisah mengalami masalah dengan saluran pernafasan setelah pengambilannya?
Ada 2 info yang merungkai segala persoalan Ummi sejak Isnin lalu.
1. NEGARA CINA ADALAH PENGELUAR UTAMA LIMAU MANDARIN SELURUH DUNIA
Lebih daripada separuh pengeluaran dunia iaitu 54%, datang dari negara China.
Ada apa dengan negara China? Tanahnya toksik bukan?
Tanah bertoksik, semestinya memberi kesan pada tanaman limau mandarin. Buah limau juga mungkin bertoksik ya.
2. PENGGUNAAN SULFUR DIOKSIDA (SULFITE) DALAM LIMAU MANDARIN
Digunakan sebagai pengawet yang mampu memanjangkan shelf life, mengekalkan warna dan juga membunuh bakteria di dalam limau.
Sedikit maklumat berkenaan sulfur dioksida;
+ Kesan yang sangat cepat dan simptom akan berlaku hanya dalam 10-15 minit selepas terdedah kepada sulfur dioksida
+ Keradangan pada saluran pernafasan yang mungkin akan menyebabkan batuk, sakit tekak, bersin, sukar bernafas dan sebagainya
+ Sangat tidak patut diambil oleh pesakit asma dan mereka yang alah pada sulfur dioksida kerana akan menyebabkan keradangan yang lebih teruk dan boleh membawa kematian
+ Kajian ada menunjukkan sulfur dioksida menyebabkan kanser dan kerosakan DNA pada tikus
Terjawab sudah kan persoalan Ummi tadi.
Di Malaysia, penggunaan sulfur dioksida dibenarkan ya.
Sebagai bahan pengawet dalam makanan tetapi dengan syarat, tidak melebihi 30mg/kg.
Dan yang memerlukan ianya dilabel ‘mengandungi sulfur dioksida’, hanyalah penggunaan lebih daripada 10mg/kg.
Jadi, kalau kurang dari 10mg/kg maksudnya ada jaminan tiada apa-apa masalah kesihatan akan berlaku?
Nak makan jugak sebab teringin sangat boleh tak?
1. Cari buah limau selain daripada negara China 2. Basuh dan rendam buah limau sebelum dimakan 3. Pastikan jari yang memegang kulit limau yang belum dibasuh, tidak menyentuh isi limau
Sebaiknya, tak perlu makan pun takpe kan?
Boleh cari sumber Vitamin C dari makanan lain, insyaAllah.
Siapa yang melahirkan anak pada tahun 2018 dan sudah memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50?
Kalau masih ada ibu bapa yang belum membuat permohonan ini, jangan lepaskan peluang ini kerana anak anda juga berpeluang mendapat insentif RM200 unit percuma ke dalam akaun mereka.
ADAM50 adalah satu dana baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
Objektifnya adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.
Bayi anda akan mendapat satu akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera dan sebanyak 200 unit percuma akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun.
Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi.
Contohnya, jika anak anda lahir pada 2 Januari 2018, pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.
Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti berikut:
Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:
Ya boleh. Kaedahnya sama sahaja seperti mana-mana akaun pelaburan ASB yang lain sama ada dibuat secara online atau datang berurusan di kaunter-kaunter ejen ASNB atau ejen rasminya di seluruh negara.
Had maksimum pelaburan akaun ADAM50 adalah 50,000 unit.
Sebarang pelaburan tambahan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Namun, pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh Penjaga Berdaftar akaun tersebut.
Contohnya, sekiranya akaun peserta didaftarkan di bawah nama ibu, hanya ibu sahaja boleh melakukan transaksi pengeluaran.
Bagaimanapun RM200 unit insentif dan semua serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi dari unit ini hanya boleh dikeluarkan selepas usia anak mencapai 18 tahun.
Ini merupakan berita baik kepada semua ibu bapa dan bakal ibu bapa yang telah dan akan mempunyai bayi pada tahun 2018 sehingga 2022. Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran insentif percuma itu kerana tak semua berpeluang mendapatnya!