Dalam Negara

Ibu Bawa Bayi Dalam Besen Mandi Harung Banjir, Ramai Sebak Tapi Risau!

Share

Pelbagai video dan gambar-gambar yang dikongsikan sepanjang banjir besar yang melanda negara saat ini terutama di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Namun video yang satu ini meruntun hati ramai. Seorang ibu dilihat sedang membawa bayinya yang diletakkan di dalam besen mandiannya untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Tidak mahu terbeban mengendong bayi sambil mengharung arus deras, ibu dan bapa ini tekad meletakkannnya di dalam besen mandi.

Bayi yang berusia beberapa bulan itu kelihatan tenang berada di dalam besen mandian, dipayungi ketika hujan dan hanya memandang wajah ibunya sahaja.

Perkongsian video ini mendapat tontonan sehingga 3.8 juta di laman Tik Tok dan padat dengan doa rakyat jelata apabila ramai yang mendoakan untuk rakyat negeri yang mengalami banjir terus kuat!

Ramai juga yang meninggalkan komen supaya berhati-hati membawa bayi di dalam besen berkenaan kerana pernah ada kes bayi hanyut dan maut semasa bencana banjir yang lepas.

Jumlah mangsa banjir di negara ini terus meningkat bermula pagi semalam, apabila mencatatkan seramai 119,701 orang yang terjejas di sembilan negeri.

Antara negeri yang terjejas sehingga kini adalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor, yang mana ia membabitkan 38 daerah.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 119,701 orang daripada 36,032 keluarga ditempatkan di 697 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 pagi.

 

@ieyracha #banjirkelantan2024 sekarang ni air makin naik hm gi duk rumah umi sebelah, tapi kat buku lali. Kalau rumah sendiri kat betis dah @ABANG SETEPEK 🇵🇸 ♬ wali band ya Allah – Muhamad albie away

Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM