Lahir sebesar patung barbie Armel Mikayla Muhammad Akram kini membesar dengan sihat tak sampai setahun.
Siapa sangka kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun menempuhi pelbagai cabaran di peringkat awal selepas dilahirkan Mikayla mampu bertahan.
Menceritakan pengalaman membesarkan anak yang dilahirkan seberat 1.83 kilogram ini, ibunya Nur Aisyah Syadiyah Sajuddin sangat kecewa dengan penerimaan orang sekeliling.
“Mikayla tak membesar dalam perut. Selepas dilahirkan Allah uji lagi apabila dia kena demam kuning lebih dari 300 dan perlu berada di bawah lampu selama dua hari sehingga berat drop kepada 1.7 kilogram.
“Macam-macam orang bagi tanggapan masa tu. Ada yang kata anak saya macam alien sebab kulit kedut-kedut, kecil dan gelap. Tak macam bayi lain yang putih gebu.
“Saya tak putus asa dan malas nak fikir apa-apa masa tu, yang penting saya jaga waktu susu dia, bagi dia tidur secukupnya, dan paling penting elakkan dia nangis lama-lama. Sebab bila baby nangis boleh kurangkan berat badan dia. Alhamdulillah sekarang anak saya nak masuk 11 bulan. (Birthday dia 26/12 nanti). Dia banyak berubah. Badan makin berisi. Kalau dukung boleh terseliuh juga la bahu kalau lupa bawa stroller or baby carrier.
“Jadi pada ibu atau bakal ibu yang lahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat badan, jangan give up, jangan stres, jangan layan apa orang nak kata. Kita fokus je besarkan anak kita dan pastikan anak sihat.”
Antara tip yang dipraktikkan oleh Syadiyah boleh digunakan oleh ibu untuk mengemukkan bayi yang kurang berat badan.
Ads
1) Kerap menyusu anak
Ibu kena rajin dan kerap menyusukan anak. Bagi bayi baru lahir, pastikan dia menyusu 2 jam sekali. Kuantiti sikit tak apa, janji kekerapan tu ada.
2) Pastikan anak cukup tidur
Waktu tidur anak penting. Pastikan dia tidur siang sekurang-kurangnya 2x sehari. Utk baby new born hingga 3 bulan waktu tidur lebih banyak lebih baik. Bila perut anak kenyang , dia tak ada masalah untuk tidur. Macam tu juga dengan waktu malam. Pastikan perut anak betul-betul kenyang, jd dia takkan kejutkan anda bangun malam untuk bancuh susu. (Pengalaman sy Mikayla memang tak pernah bangun malam untuk minum susu. Dia akan tidur smpai ke pagi)
Ads
3) Elakkan anak stres
Ini penting. Jangan paksa anak kalau dia tolak susu atau makanan yang ibu bagi. Pujuk atau slowtalk dengan anak. Contoh, ok dah tak nak susu tak pe. Nanti lepas setengah jam habiskan yer. Insya-Allah anak akan ikut. (Pengalaman saya, Mikayla akan ikut apa saya tetapkan. Tapi ibu kena mention dulu. Jangan main sumbat je. Rosak emosi buda tu huhu)
4) Asingkan tempat tidur anak dan ibu
Ads
Lepas habis pantang selalunya anak pndai kenal tempat tidur dia. Sama ada suasana bilik, bantal tilam atau selimut dia. Pastikan anak tidur menggunakan kelengkapan dia dr sejak lahir. Ia membantu proses tidur anak dengan lebih lena. Kalau ibu dapat ikut tip jaga kekerapan menyusu dan masa tdur, ibu tak kan ada masalah untuk asingkan tempat tidur anak. (Pengalaman saya , Mikayla tidur di katil sendiri selepas habis pantang. Dia memang tak menangis. Tapi penat la jugak. Sebab kita akan ulang alik untuk pastikan anak ok. Tapi bila masuk usia 3-4 bulan anak tak kan meragam bila kena tinggal dalam baby cot dia. Jadi saya dan suami akan dapat tidur yang nyenyak smpai ke pagi. (Ramai ibu merungut anak suka mengempeng. Mungkin perlu praktis dari awal ye.
5) Sokongan suami. Bila isteri happy anak happy
Apa pun, menjadi ibu untuk pertama kali bukan mudah. Banyak cabarannya. Apa yang penting, suami harus memberi sepenuhnya sokongan untuk membantu isteri. Bila isteri happy, anak akan happy. Punca utama anak stres, menangis, sebab ibu tak dapat kawal stres.
6) Banyak bersabar
Ibu kena banyak bersabar. Letih, stres memang tak boleh nak elak. Yang penting kena sentiasa positifkan diri untuk nak lihat anak membesar dengan sihat. Bersusah dahulu tapi ganjarannya menanti di depan. Apa pun berbalik pada Allah, mohon sungguh-sungguh pada Dia supaya membantu kita dalam segala hal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua ibu bapa mahu anak masing-masing membesar dengan bijak. Tolong elakkan daripada buat perkara-perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya. Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplorasi tersekat dan terhalang oleh arahan dan larangan tertentu.
“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!”
“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”
Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif. Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang-kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara semula jadi, bayi akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan.
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
4 perkara ini eloklah dielakkan jika mahu anak membesar dengan sikap yang positif.
1. Terlalu melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah.
Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.
2. Cepat beri bantuan
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan, biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.
3. Mudah ‘cair’ dengan anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
4. Cakap takk serupa bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Bukan mudah nak menjadi ibu bapa yang terbaik dan sempurna tapi berusahalah untuk bergelar ibu bapa yang sentiasa prihatin dan peka terhadap rangsangan positif perkembangan si anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menghentikan penggunaan botol susu dalam kalangan anak-anak kerana ada di antara anak yang tidak mahu atau tidak boleh hidup tanpa botol susu. Keadaan bertambah rumit apabila ada diantara anak yang sudah bersekolah tapi masih minum menggunakan botol susu.
Sepatutnya penggunaan botol susu perlu dihentikan seawal mungkin, tapi kenapa?
Dr Izzar Anwar yang juga merupakan suami kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera berkongsi tentang kesan yang bakal berlaku jika ibu ayah tidak menghentikan penggunaan botol susu dengan segara. Beliau berkongsi bagaimana cara beliau dan isteri lakukan untuk menghentikan penggunaan botol susu pada Ayra. Perkongsian ini dikongsi oleh Dr Izzar melalui laman Instagramnya.
BERHENTI MINUM SUSU BOTOL 🍼
Alhamdulillah. Ayra dah 2 tahun 8 bulan dah. Besar dah anak daddy ni. Ayra baru je berhenti minum susu botol. Memang anak-anak sepatutnya diberhentikan dari minum susu botol seawal yang mungkin. Lagi awal berhenti lagi bagus 👍
Selalunya anak-anak yang kuat minum susu botol ni susah nak tidur malam sebab bila lapar je, akan menangis tengah malam selagi tak dapat susu botol.
Sebelum tidur pun nak kena minum susu botol. Kalau tak dapat, memang dia tak tidur. Sebab anak fikir dia tak boleh tidur selagi tak dapat susu botol tu. Ia dipanggil ‘sleep association’.😴
Masalah akan terjadi kalau anak-anak still minum susu botol sampai ke tua.
Pertama: Anak akan terlalu bergantung kepada minum susu botol hingga taknak makan makanan lain seperti daging, ayam, sayuran yang mempunyai zat penting. Ini boleh menyebabkan anak kekurangan zat besi atau iron defficient, lalu menyebabkan anemia.
Kedua: Kalau anak kuat sangat minum susu pulak, ia boleh menyebabkan dia dapat obesiti sebab nutrien2 yang dia makan tak seimbang. Sebab kalori berlebihan sangat
Ketiga: Kalau minum susu semasa tidur tu, gula dalam susu akan berada pada gigi anak sepanjang malam dan bertukar menjadi asid lalu menghakis lapisan enamel pada gigi anak. Gigi dahla kecil kan. So jadila gigi reput atau tooth erosion. Maka rongakla gigi anak
Ayra kitorang guna kaedah ‘cold turkey’ iaitu terus takde dah botol susu dalam kehidupan dia. Memang tanpa warning. Terus takde. Mula-mula menangis dia cari dulu botol dia sebelum tidur. Last-last tidur sebab penat menangis. Masa tengah tidur pun menangis kuat cari susu botol tapi kita biar Ayra n buat-buat tidur. Supaya Ayra belajar yang dia boleh tidur sendiri tanpa susu botol.
Alhamdulillah, Ayra sekarang tak perlu dah susu botol malam-malam. Tidur pun lena. Mummy daddy pun tidur lena. Pagi-pagi dah makan banyak. @nazeerafood dia suka betul! Good job Ayra #drizzarshares
P/s :Tak lama lagi nanti mummy daddy tidur tak lena balik sebab adik Ayra pulak 🤣
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak kemahiran yang boleh dipelajari dengan bermain. Walaupun kadang-kadang kita rasa bersepah je bila nak main atau tak larat nak layan anak bermain. Tapi ingat semula yang mereka lakukan itu adalah untuk belajar.
Jika kita inginkan anak dapat banyak A dalam exam di sekolah, kita sanggup untuk hantar anak ke tuisyen atau dapatkan private teacher untuk mengajar anak tapi adakah kita cukup berusaha untuk meningkatkan kemahiran asas diawal hidup anak-anak dengan hanya bermain yang mana kemahiran asas ini boleh membuatkan anak excellent di sekolah nanti.
Jangan nafikan hak mereka untuk belajar semasa bermain. Jomlah luangkan main dengan anak walaupun sekejap kerana banyak kelebihannya nanti.
Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan negara dari 29 hingga 31 Disember.Dalam kenyataan...