Tiga sekeluarga termasuk ibu bersama bayi berusia 10 bulan maut, manakala dua lagi ahli keluarga mangsa parah dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan, Semporna-Tawau.
Kemalangan kira-kira jam 4.20 petang itu membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil, kenderaan pacuan empat roda jenis Ford dan sebuah lori 20 tan membawa muatan kelapa sawit.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata tiga mangsa terkorban itu disahkan adalah penumpang Perodua Kancil yang dinaiki lima sekeluarga.
“Mangsa yang maut ialah isteri kepada pemandu Perodua Kancil berumur 30 tahun dan duduk di kerusi penumpang hadapan bersama bayi mereka yang sedang dipangkunya. Seorang lagi mangsa, remaja lelaki berusia 13 tahun (anak saudara) mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.
“Pemandu kereta itu yang berumur 30 tahun bersama seorang lagi penumpang wanita (adik) berusia 27 tahun pula masing-masing cedera di kepala dan patah tangan kiri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.
Mohd Farhan berkata, insiden berlaku ketika kereta Perodua Kancil berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Lihak menuju ke Kampung Salimbangun, manakala kenderaan pacuan empat yang dipandu pemuda berusia 21 tahun dalam laluan sama.
Ads
Setiba di tempat kejadian, beliau berkata, pemandu Perodua Kancil dikata memperlahankan kenderaannya sebelum secara tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan Perodua Kancil berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori 20 tan.
“Akibat rempuhan itu, dua penumpang maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna. Bagaimanapun, pemandu kenderaan pacuan empat roda dan pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Ads
Susulan itu, beliau berkata, pemandu Ford terbabit ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas berkenaan pada jam 4.29 petang.
“Terdapat lima mangsa tersepit di dalam sebuah Perodua Kancil sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas. Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tiga lagi mangsa pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Semporna,” katanya sambil memaklumkan operasi ditamatkan pada jam 5.14 petang.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu mana yang tak sedih lihat anak sulung rindukan si adik. Sebelum ini berharap ada teman bermain untuk kakak, tetapi Allah dah jemput lebih awal selepas beberapa jam dilahirkan.
Kisah yang sebelum ini pernah tular apabila si ibu sendiri memandikan jenazah anak benar-benar meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya. Pemergian anak kedua itu kerana komplikasi jantung.
Menerusi perkongsian ibu ini di Facebook Muniey Nurnasuha, dia berkongsi mengenai anak sulungnya yang menangis kerana terlalu rindukan adik ketika menziarahi pusara.
Baru-baru ini, keluarga ini berkesempatan ziarah pusara anak syurga, Mohamad Affan selepas genap sebulan pemergiannya. Menerusi perkongsian video, si kakak bernama Afra Eryna dikatakan paling tidak sabar pergi ke sana.
Bukan setakat menyentuh tanah kubur seperti sedang membelai bayi berkenaan, mulutnya juga tidak lekang bertanya mengapa tidak boleh bawa balik adik ke rumah.
Selesai ziarah kubur, Afra Eryna juga merajuk tidak mahu pulang tanpa adiknya. Paling menyayat hati, si cilik tersebut tiba-tiba mengalirkan air mata namun tanpa suara susulan teramat merindui baby Affan.
Sebagai ibu, dia berharap suatu hari nanti anak sulungnya itu betul-betul faham mengapa adiknya tidak boleh kembali semula dalam pangkuan mereka sekeluarga. Kini hanya kain yang menutupi jenazah adik pengubat rindu kakak.
Di ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak dan kasihan melihat seorang kakak yang terlalu rindu adik kesayangannya. Walaupun hanya sempat beberapa jam menatap adiknya, namun seolah sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Selain mendoakan agar sabar dan reda, semua turut berharap agar keluarga tersebut diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata seterusnya.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan nak menunjuk atau bermegah tetapi melihat sendiri situasi keluarga ada anak kecil dan susah, hati mana yang tak tersentuh. Sejak bergelar ibu, naluri keibuan Anzalna Nasir begitu kuat dan baru-baru ini dia ada memuat naik status untuk menolong keluarga yang benar-benar memerlukan.
Terbaru, dalam perkongsian videonya di instagram, Anzalna bersama kakak, Diana Nasir dan ibunya telah melawat satu keluarga yang mempunyai bayi yang masih dalam pantang dan anak-anak kecil.
Kehadiran Anzalna sekeluarga nampaknya begitu dinantikan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah ahli keluarga itu setelah menerima sumbangan.
Menurut Anzalna setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir dan anak-anak kecil.
“Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni. Hanya pakai apa yang ada. @the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga.
“Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan.
“InsyaAllah kami akan teruskan usaha ini dan membantu mana-mana keluarga yang memerlukan. Mana tahu disebalik rezeki orang itu, Allah akan berikan lagi rezeki berlipat kali ganda. Doakan usaha murni ini terus mendapat keberkatan dari-Nya”, katanya.
Sumber: ig Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hiasan pokok dalam rumah bukan saja mencantikkan bahagian dalaman rumah tapi boleh buatkan suasana rumah tenang.
Namun bagi yang ada anak kecil, pemilihan pokok hiasan ni pun penting bagi memastikan keselamatan anak terjaga.
Bagi ibu yang suka pokok tanaman hiasan keladi dalam rumah, anda kena sentiasa hati-hati.
Jika anda memilih pokok keladi (apa jua jenis) sebagai pokok hiasan SANGAT penting untuk memastikan anak-anak di didik mengenai bahaya pokok hiasan ini.
Tumbuhan yang sangat mudah dijaga ini sebenarnya mengandungi KALSIUM OXALATE. Bahan ini jika dilihat dibawah microscope kelihatan seperti jarum kristal yang tajam.
Sebab itu apabila di sentuh atau dimakan, individu akan mengalami gejala seperti di cucuk-cucuk sesuatu.
Langkah kecemasan jika alami keracunan akibat pokok keladi
– Jika tertelan, jangan paksa muntahkan – Jika terkena kulit, basuh segera dengan air (jangan letak minyak atau ubat gigi) – Jika terkena mata, basuh mata dengan air pili selama 15 minit – bawa pokok bersama ke jabatan kecemasan.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...