Memahami keperluan ibu yang baru melahirkan anak untuk tampil langsing seperti dahulu, menjaga pemakanan adalah jawapannya. Pun begitu dek kerana menyusukan badan, diet tidak perlu dilakukan secara drastik. Pilih sahaja makanan yang sihat tetapi menjaga kuantitinya. Barulah seimbang. Ibu kenyang, anak dan ibu pun dapat khasiatnya.

Resipi diet tetapi secara sihat yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini memang awesome. 29 resipi yang dikongsikan menerusi facebooknya buat hati rasa terus ingin mencuba. Semuanya ringkas tetapi sihat. Bagi ibu berdiet, jom cuba beberapa resipi yang dikongsikan olehnya.

Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb, Gerenti Kenyang!


Bagi yang azam nak kurus sebelum tahun 2020, bolehlah cuba-cuba menu suku-suku separuh ni. Diet santai-santai je, yang penting konsisten.

Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb, Gerenti Kenyang!

Ikan Cencaru Sumbat
1 batang serai
1 inci belacan
3 biji bawnag merah
1 ulas bawang putih
Tumbuk bahan di atas, gaulkan dengan 3 sudu cili kisar, seimbangkan rasa garam dan gula.

Ikan: gaul ikan dengan garam dan kunyit, belah belakang ikan, sumbatkan sambal, grill/ bakar. Saya guna air fryer, 20 minit, 180c.

Masak Lemak Lobis
Didihkan air, masukkan bawang merah hiris dan carrot, bilis/ udang, dan kobis. Bila dah mendidih, masukkan sedikit santan, seimbangkan rasa garam.

Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb, Gerenti Kenyang!

IKLAN

Bubur Oat
Serius sedap dan kenyang!

Bubur Rolled Oat
Didihkan air, masukkan dada ayam, rebus bagi masak, keluarkan dan carik-carik. Ketepikan. Masukkan 3 sudu besar rolled oat, masuk carrot, bawang kecik 1, bawang putih 1 ulas, biar didih, perasakan. Saya letak air rebusan udang sikit, lada sulah, dengan mushroom seasoning sikit. Tak letak garam dah sebab dah ckup rasa.
Siapp, tabur daun bawang, ayam carik, bawang goreng, cili dan 2 3 titik minyak bijan.

Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb, Gerenti Kenyang!

Tomyam Simple
Didihkan air, masukkan 2 sudu paste tomyam, serai ketuk, daun limau purut, cili api, ayam, dan sayuran. Perah limau kasturi untuk rasa masam, simbangkan rasa garam.

Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb, Gerenti Kenyang!

IKLAN

Ayam Grill

Tumbuk 3 ulas bawnag putih, 1 inci halia, perapkan bersama lada hitam, 1 sudu cili kisar, gaul kat ayam. Perasakan dengan sedikit garam.. perap sekurangnya 3 jam, grill.

Bukan itu sahaja malah terdapat banyak resipi diet secara sihat yang dikongsikan olehnya di facebooknya. Semuanya sedap-sedap belaka malah sihat dan mengenyangkan. Memang awesome!

Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb, Gerenti Kenyang!

Salmon Grill Sedap.

IKLAN

Perap salmon dengan bawang putih 2 ulas, halia 2 inci (tumbuk), lada hitam, serbuk cajun, sedikit garam, hujung sudu madu. grill.

Masa nak makan perahkan sehiris lemon.. mabeles. Hilang bau kurang wangi salmon.

Ibu Berdiet Tak Perlu Berlapar, 25 Resipi Diet Superb, Gerenti Kenyang!

 

Sup ketam mabeles + mee rendah kalori

Sup ketam
Didihkan air, masukkan serai ketuk, bawang putih, lada hitam sikit, ketam, halia dan garam. Boleh tambah sayur.

Celur mee vits ramen. Sepeket mee tu saya bahagi 2.. nak pakai mee biasa pun boleh sekali sekala, jaga kuantiti je.

Superb!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI