Sebagai seorang ibu, kita tak sanggup bila lihat anak sakit. Mesti akan doa biarlah kita yang sakit. Namun cara ini tak sepatutnya diucapkan.
Melalui perkongsian Dr Hjh Azuraida Shahadan, ibu-ibu sepatutnya minta diberi kekuatan sepanjang masa. Walaupun kita rasa tak mampu, tapi suami dan anak-anak memerlukan kita sebagai kekuatan mereka. Bayangkan jika kita sakit, apa nasib orang yang kita sayang.
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utnuk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu untuk jadi sempurna untuk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah SWT & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
Kredit: IG Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)