Biasanya ibu berpantang takut makan ayam selepas bersalin. Pemakanan yang berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam tempoh berpantang bagi ibu. Bagi ibu yang menitikberatkan pemakanan yang sihat dalam tempoh berpantang pasti sekali akan berhati-hati dalam memilih makanan. Namun begitu, para ibu tidak boleh mengabaikan sumber protein kerana ia merupakan sumber yang baik dalam proses berpantang.
Fakta Ayam dan ikan merupakan sumber yang baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Ibu yang sedang berpantang memerlukan banyak protein. Sumber protien seperti ayam, ikan, telur dan kekacang amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Protien berfungsi untuk pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.
Ibu-ibu juga boleh mempelbagaikan menu semasa berpantang. Menu yang sama boleh membuatkan ibu berpantang cepat jemu dan tidak berselera.
Ads
Tiga resepi yang menarik serta berkhasiat yang dikongsi oleh Bonda Rozita amat menyelerakan serta mudah disediakan khas untuk wanita selepas bersalin. Resepi yang mudah ini juga boleh dipraktikkan oleh golongan bapa untuk isteri mereka.
Sambil melihat Bonda Rozita berceloteh berkongsi resepi-resepi berpantang yang menarik dan menyelerakan, ibu-ibu juga boleh mendengar tip daripada beliau tentang khasiat-khasiat yang terdapat dalam setiap masakanya. Selamat mencuba!
Apabila diberikan sebelah kiri, dia hanya menyusu sekejap sahaja. Ia juga mungkin punca pengeluaran susu tidak seimbang di mana susu payudara kanan lebih banyak daripada sebelah kiri (apabila di pam). Adakah hal ini normal atau boleh memudaratkan? Bagaimana cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?
Ia agak normal apabila sesetengah bayi terutamanya yang baru lahir menggemari sebelah payu dara sahaja apabila menyusu. Lazimnya, bayi akan menolak, meragam atau menyusu dengan sekejap sahaja apabila disusukan di payu dara yang tidak digemarinya. Amalan ini boleh menyebabkan payu dara besar sebelah (lopsided) dan akan dapat diatasi setelah bayi bercerai susu kelak.
Pengeluaran susu tidak seimbang antara kedua-dua belah payu dara adalah disebabkan beberapa faktor.
Kadang kala trauma kelahiran akan menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk menyusu di sebelah payu dara akibat ketidakselesaan atau kesakitan pada kawasan tertentu di kepalanya (biasanya melibatkan alat bantuan kelahiran – vakum dan forsep).
Bengkak di sebelah payu dara. Payu dara yang bengkak menyebabkan bayi berusaha keras untuk cuba melekap dengan baik. Kesan kepayahan yang dialami, dia cenderung untuk menggemari payu dara yang mudah melekap.
Jika anda mengalami mastitis di sebelah payu dara, bayi mungkin tidak mahu menyusu menerusinya kerana rasa yang berbeza (lebih masin disebabkan peningkatan kandungan sodium). Malah, rasa susu di sebelah payu dara yang jarang dikosongkan juga boleh menjadi lebih masin.
Keadaan fizikal payudara. Perbezaan keadaan areola/puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.
Perbezaan aliran susu. Bayi lebih suka menyusu daripada payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih baik. Ada kalanya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju atau bekalan susu berkurangan juga boleh menjadi masalah.
Ibu gemar menyusukan bayi dengan sebelah payu dara. Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih kerap menawarkan sebelah payu dara. Biasanya perkara ini berlaku pada waktu malam apabila puan tidak sedar kerana terlalu letih atau mengantuk. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan bekalan susu di kedua-dua belah payu dara. Bekalan susu pada payu dara yang jarang diberikan akan berkurangan!
Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu pada payu dara tersebut.
Perlu diingatkan juga bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Puan juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain.
Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi)
Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.
Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breastcompression) untuk mempercepatkan aliran susu di payu dara yang mana aliran susunya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (ScissorHold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payudara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
Kesabaran adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Uyaina kongsi cabaran bila kandungan masuk trimester ketiga, pergerakan jadi terhad, kena banyak sabar. Pada trimester ketiga kehamilan, iaitu antara minggu ke-28 hingga melahirkan, badan ibu mengalami beberapa perubahan ketara kerana janin sudah berkembang sepenuhnya dan bersiap untuk dilahirkan.
Berbanding trimester pertama dan kedua, trimester ketiga adalah trimester yang paling mencabar bagi ibu hamil. Ia bukan sahaja menguji tahap fizikal ibu tersebut, tetapi juga menguji keadaan mentalnya.
Uyaina Kongsi Cabaran Bila Kandungan Masuk Trimester Ketiga
Pada trimester ini, terdapat lebih banyak perubahan yang berlaku kepada ibu hamil. Untuk bayi dalam kandungan pula, terdapat juga beberapa perubahan yang akan berlaku. Ini termasuklah pertambahan berat badan dan pergerakan yang lebih kerap di dalam rahim.
Ini turut dialami oleh Uyaina Arshad yang kini kandungannya sudah masuk trimester ketiga. Melalui hantaran di laman Instagramnya, Uyaina berkongsi pengalamannya apabila kandungan memasuki trimester ke tiga.
Berikut beberapa aspek keadaan ibu hamil pada tempoh ini:
Pertumbuhan Bayi
Bayi berkembang pesat, mencapai saiz hampir kepada yang baru lahir. Ibu akan merasai pergerakan yang kuat dan kerap kerana ruang dalam rahim semakin berkurang.
Perubahan Fizikal
Peningkatan Berat Badan: Berat badan meningkat akibat pertumbuhan janin, plasenta, cecair amnion, dan perubahan tisu badan ibu.
Kesukaran Bernafas: Rahim yang membesar menekan diafragma, menyebabkan sesak nafas.
Kaki Bengkak: Pengumpulan cecair dalam badan boleh menyebabkan pembengkakan di kaki dan buku lali.
Sakit Belakang: Berat bayi yang bertambah memberi tekanan pada tulang belakang, menyebabkan sakit belakang.
Kelesuan dan Gangguan Tidur
Kepenatan mudah berlaku disebabkan berat badan yang meningkat dan masalah tidur kerana posisi yang tidak selesa.
Braxton Hicks
Ibu mungkin mengalami kontraksi ringan yang dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks, yang merupakan persediaan badan untuk proses kelahiran.
Persediaan Melahirkan
Posisi Bayi: Janin mungkin mula turun ke bahagian pelvis untuk bersedia bagi kelahiran.
Pemeriksaan Kesihatan: Pemeriksaan berkala dengan doktor penting untuk memantau kedudukan bayi, tekanan darah, dan kesihatan ibu secara menyeluruh.
Latihan Pernafasan dan Kelas Kelahiran: Persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi kelahiran adalah penting pada tempoh ini.
Perasaan Emosi
Kegembiraan bercampur kebimbangan tentang kelahiran yang akan datang adalah perkara biasa. Ibu perlu sokongan keluarga dan rakan-rakan bagi membantu menghadapi cabaran trimester ketiga.
Pada trimester ketiga ini, ibu disarankan untuk kerap berunding dengan doktor dan memastikan pemakanan yang baik serta rehat yang mencukupi untuk mempersiapkan diri secara optimum menjelang kelahiran.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Setelah hampir setahun koma dan terlantar akibat dianiaya suami sendiri, akhirnya Jahidah Nordin dah mula memberi reaksi positif apabila orang bercakap dengannya. Momen ini antara yang ditunggu-tunggu oleh ahli keluarganya selama ini.
Menurut adik Jahidah, Fauziah Nordin yang menjaganya selepas peristiwa hitam itu, ini adalah permulaan yang baik untuk kakak Jahidah. Dah lama tunggu saat ini. Kebetulan kunjungan seorang NGO yang dikenali sebagai Tok Ma Zara itu membuat kami yakin, kakak boleh sihat dengan izin Allah.
Viral Video Tok ma yang melawat kak Jahidah dan kakak ada respon gerakkan mata dia bila Tok ma bercakap dengan dia. Alhamdulillah mungkin ini permulaan yang baik bila orang bercakap dengan dia, dia ada respon.
Kena selalu berinteraksi dengan dia. Semalam bagi Nufail dekat dengan muka dia pun, dia seakan nak senyum tapi tak boleh. Sebelah biji mata dia bergerak-gerak nak tengok Nufail.
Tapi hakikatnya, dia menahan sakit teramat sangat. Lubang belakang badan dia makin ke dalam. Dari punggung sebelah dah sampai ke punggung sebelah dalamnya. Tulang jangan cakap lah, boleh pegang, boleh nampak tulang dia.
Nurse peribadi yang hari-hari datang tolong mandikan, dressing, jaga kakak, tahu dari mula dressing lubang belakang dia sampai hari ni apa perbezaan dia. Bukan makin elok, makin makan dalam isinya
Mungkin kuman dah makan cepat daging-daging kakak. Matron yang dari tahun lepas tolong rawat bedsore dia sampai sembuh pun sedih, bila dia datang lagi kali ni tengok sendiri teruk lubang belakang dia.
Ni keadaan lubang besar macam tu bukan sebulan dua nak pulih ya, mungkin bertahun? Sebab dia minum susu je, bukan boleh makan apa-apa pun. Kalau dia tak tahan? Kalau kuman lagi merosakkan badan dia?
Harap sangat kakak Jahidah terus kuat dan Nufail yang baru berusia 3 bulan diberi kesempatan untuk terus mendapat kasih ibu.
Jahidah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, sewaktu dia terlantar koma, Jahidah baru beberapa minggu hamil tetapi bayi dalam kandungannya sangat kuat dan sihat sehingga selamat dilahirkan secara pembedahan pada 30 November 2021.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!