Sudah dikurniakan cahaya mata tapi enggan pula menyentuh dan menguruskan kerana merasakan suasana hati yang tidak keruan, berbelah bahagi. Apakah itu tandanya ibu baru melahirkan terkena stress yang juga dikenali sebagai baby blues?
Melahirkan adalah sesuatu perkara yang cukup besar. Banyak hal-hal baru yang bakal dialami dan sebagai ibu kita harus mengadaptasinya dengan cepat. Setelah bersalin merupakan keadaan paling kompleks apabila ibu baru perlu melalui perkara baru dalam kehidupan. Apatah lagi yang uruskan sendiri bayi.
Justeru perkongsian Nur Hafizah M Sobri tentang jika ada ibu yang baru bersalin mengadu keletihan, anak sering menangis dan sebagainya, sangat penting orang disekeliling terutamanya ahli keluarga sendiri tidak memandang enteng tentang apa yang diperkatakan. Bimbang perkataan yang keluar mengundang tekanan terhadap ibu-ibu baru ini.
Kalau seorang ibu baru mengadu
‘saya letih jaga baby, semalam tak tidur sangat
‘tolong jangan balas
‘alaaa dulu makcik/mak/nenek jaga 8 orang anak takde masalah pun. jangan mengada’
Kalau seorang ibu baru berkata
‘ boleh tengok kan baby sat, saya nak makan’
tolong jangan balas
‘eleh dulu makcik/mak/nenek jaga seorang, takde orang pun tolong’
Kalau seorang ibu baru mengadu
‘kenapa baby tak boleh berhenti nangis’
tolong jangan balas
‘tak kenyang minum susu badan hang tu, cuba bagi makan tak pun susu formula’
kenyataan yang ringkas yang keluar dari mulut tu cukup untuk membuat ibu tersebut
– lebih marah
– leih penat
– lebih stress
– lebih menyampah
selepas itu tak akan dah ibu tersebut nak minta tolong dari anda, sebab tahu apa yang akan terjadi hanya menyakitkan hati
Apabila ibu baru takde tempat mengadu, atau minta tolong ini yang membawa kepada masalah meroyan atau post partum depression.
ibu baru, ibu muda, ibu ramai anak semua boleh kena.
kalau diminta tolong….
No 1.
boleh saja..kebanyakan ibu memang perlu pertolongan sebab baru sahaja nak biasakan diri dengan role mereka
No 2
jangan buat apa apa perbandingan. kata ya atau tidak saja untuk tolong. tak perlu banding zaman dulu dengan sekarang.
hangpa bukannya duk terperap zaman dulu, ada je kan guna benda benda baru. bukan main lagi air fryer la, astro la, lcd tv tapi asik nak duk banding zaman dulu dengan sekarang,
Kalau suka sangat zaman dulu, pi amik air perigi, dan teruskan masak guna kayu api.
Jangan buat benda belakang ibu. Kalau ibu tu kata tolong tengok sat sebab nak mandi. Tengok je…. tak payah nak kbagi makan la, susu formula la..nak buat pape tanya maknya dulu.
Kalau apa apa jadi, mak pak baby tu yang susah bukan hang.
ada faham?
kesian bila melawat ibu baru asik dengar je ayat ayat dekat atas.
kesian ibu tersebut kecewa sangat dengan sikap orang yang terdekat.
Bantu apa yang boleh, maklum sahaja ibu baru melahirkan masih lagi dalam fasa penyembuhan diri. Jangan mudah tempelek apa yang dikatakan dan cuba selami masalah yang dihadapi. Barulah ibu yang sedang berpantang dapat lalui pantang dengan lancar dan tidak timbul soal tertekan sepanjang tempoh tersebut.