Bila sebut tentang berpantang, takut betul nak makan selain menu berpantang. Risau takut gatal dan tak sesuai dengan badan si ibu.
Tapi sebenarnya ada kuih muih yang sesuai untuk ibu berpantang dan boleh dimakan sekiranya memang tiada alahan sebelum ini. Ini senarai 10 kuih yang boleh dijadikan sarapan pagi atau makan petang ibu berpantang.
1. Lempeng gandum
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Mentega
Telur
2. Kuih kaswi
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Tepung ubi kayu
Air kapur
Kelapa parut putih
3. Kuih donut susu
Ads
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Marjerin
Yis
Susu tepung
4. Apam nasi
Antara bahan-bahannya:
Nasi
Tepung beras
Tepung gandum
Yis
Kelapa parut muda
5. Bingka oat Horlicks
Ads
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Susu segar
Horlicks
Oat
6. Kuih peneram
Antara bahan-bahannya:
Tepung beras
Gula
7. Bingka tepung
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Santan
Telur
Marjerin
8. Kuih lapis
Ads
Antara bahan-bahannya:
Tepung beras
Tepung gandum
Tepung jagung
Santan
Air kapur
9. Cucur jawa
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Tepung beras
Gula melaka
10. Cucur ikan bilis
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Bawang besar
Ikan bilis
Baking powder
Daun kucai
Banyak je kan kuih-muih yang boleh dimakan dalam pantang ni. Asalkan Mama makan dengan kuantiti yang sederhana, okay je.
Tapi bergantung juga lah ya? Ada sesetengah orang kurang sesuai atau alergik dengan sesetengah bahan dalam pembuatan kuih-muih ini seperti telur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu kurma memang menjadi rebutan ramai disebakan rasanya yang sangat sedap! Tapi tahukah anda, sebenarnya anda boleh buat sendiri susu kurma itu di rumah? Jauh lebih murah, dapat minum dalam kuantiti yang banyak, lebih sihat dan dijamin tiada bahan pengawet.
Berikut perkongsian untuk anda yang nak cuba buat sendiri jus susu kurma sedap!
Buat susu kurma sendiri JIMAT dan SEDAP!
Bahan-bahan
• 7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)
• 1 cawan air kosong
• 2 cawan susu segar (full cream,fresh milk atau low fat – mengikut citarasa)
Bahan-bahan opsyen
• Madu
• Oat
• Kacang badam / gajus
• Kismis
• Buah tin
• Pisang
• Serbuk milo / koko / kopi
• Serbuk kayu manis
• Ketulan ais
• Aiskrim vanila
Cara-caranya:-
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.
Okey, siap sudah resepi yang amat senang dan sihat. Tidak ada gula tambahan dan korang sendiri mengenali setiap bahan yang digunakan. Jika korang guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih ‘kick’! Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan opsyen seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan.
Resepi date milkshake ini boleh menjadi milkboster susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Selain itu, ia amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang. Bulan puasa ni, eloklah kalau buat untuk waktu sahur dan berbuka.
Berpantang antara tempoh yang sangat penting buat ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan. Pemakanan dalam pantang juga haruslah seimbang serta cukup khasiat untuk memberikan ibu-ibu tenaga supaya dapat menyusu bayi dengan baik.
Bagi yang berpantang sendiri, mungkin tak banyak idea tentang masakan berpantang. Ibu ini sudi berkongsi beberapa jenis menu yang boleh mama buat sendiri dalam pantang dan sangat simple tapi cukup khasiat. Jom ikuti perkongsian ini.
Menu breakfast Ibu berpantang… Menu bf tak banyak yang boleh di olah.. Nantu ulang je lah mana yang sempat masak..
Ini antara menu breakfast Rida sepanjang berpantang. Semoga boleh bagi ideal pada ibu-ibu yang pening mikir nak makan apa kalau breastfeed kan.
Menu 1: Air milo, Biskut tawar cukup 2 pax, Bubur nasi + ikan bilis goreng
Resepi ikan bilis goreng:
-Bawang putih lebih
-Bawang merah
-Halia
-Olive oil
-Ikan bilis pilihan…goreng garing dulu ketepikan
Cara-cara:
Goreng bawang putih smpai naik bau,baru masuk bawang merah dan halia..goreng smpai ala-ala garing gitu masukkan serbuk ikan bilis dan garam sikit je..sebab ikan bilis mybe dah masin kan..tutup api baru masuk ikan bilis..biar ada minyak-minyak sikit.
Menu 2: Air kopi, Kari isi ayam, Kuah guna susu full cream, Lempeng nestum kurma
Lempeng nestum
-Gandum
-1 paket nestum kurma campur air panas biar dia kembang dlu
Cara penyediaan:
Campurkan gandum dan nestum,kacau boleh goreng nipis-nipis..dah settle
Menu 3: Air kopi O, Nestum kurma, Lempeng manis
Lempeng manis
-1 1/2 cawan tepung gandum
-1 biji telur gred A
-1/3 cawan susu cair
-2 cawan air
-Garam secukup rasa
Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tapis dan rehatkan adunan sebentar. Goreng atas kuali panas.
Menu 4: Kopi O, Buah epal, Chicken wrap, cococrunch
Menu 5: Air Milo, Buah apple, Biskut tawar 6 keping, kurma, nestum
Menu 6: Air Milo, roti bakar, buah oren, kurma, cococrunch dan susu
Menu 7: Air milo, nestum, popia sayur, buah apple potong & kurma
Penyediaan popia sayur:
-Lobak merah
-Lobak putih
-Isi ayam
-Kulit popia
-Bahan perasa
Tumis bawang putih pastu masukkan sayur (Carrot putih dan carrot oren) dan isi ayam. Tambah perisa, serbuk lada sulah dan sedikit serbuk cukup rasa. Dah itu je, kemudian gulung dengan kulit popia. Goreng popia tersebut sampai keemas-emasan.
Menu 8: Air Milo, kurma, garlic bread, sayur kukus
Penyediaan Garlic bread:
-Butter *
-3 labu bawang putih (tumbuk halus) *
-Secubit garam (tak letak pun tak apa) *
-Daun parsley kering (guna mix herbs pun boleh)
Kacau sebati marjerin, bawang putih, dan garam. Kemudian masukkan daun parsley, kacau sebati. Sapu pada roti. Kemudian potong 2 roti tadi. Bakar atas kuali/oven.