Satu kemestian bagi mana-mana wanita yang melahirkan anak, berpantang perlu kerana tempoh ni penting bagi ibu baru bersalin kembali sihat bertenaga selepas melalui pengalaman mengandung dan bersalin.
Berurut, memakai bengkung, bertangas, menyapu pilis, berpantang makan, memastikan kaki tidak berasa sejuk sehingga ada yang meletakkan tempoh tertentu untuk ‘bersama’ dengan suami, antara amalan biasa sejak dari zaman mak-mak kita dulu.
Ada yang meletakkan tempoh antara 44 hingga 100 hari berpantang. Perkara ini kadangkala menjadi perdebatan dalam kalangan wanita dan tidak kurang juga menimbulkan keraguan kepada wanita yang baru ingin menjadi seorang ibu.
Cuma dalam situasi hari ini, tempoh berpantang ibu zaman sekarang dah tak boleh nak dibandingkan dengan pantang ibu-ibu sebelum ini. Tambah lagi dengan kekangan situasi Covid yang rata-ratanya perlu berpantang sendiri dan urus anak tanpa boleh harapkan bantuan ibu, ibu mertua atau saudara mara.
Seperti perkongsian Puan Adawiyah Abdul Rahman yang juga ibu kepada 8 orang anak dan tengah berpantang sekarang ni, setiap ibu punya strugle masing-masing selepas bersalin ditambah pula nak kena berulang alik ke klinik.
Pantang ala kadar, kesian orang moden. Lepas bersalin pantangnya ala kadar. Sehari lepas bersalin, esoknya dah kena bangun awal pagi bersiap ke klinik cek kuning.
Begitulah rutin sehingga baby bebas kuning. Luka belum sembuh, rahim belum elok. Jalannya terbongkok-bongkok.
Yang tiada pembantu hanya mampu berharap pada suami. Balik klinik tak sempat masak terpaksa singgah beli makanan kedai. Makanlah sambil bertawakal supaya tak ada kesan sampingan lain asalkan kenyang.
Habis cuti suami, terpaksalah si ibu ambil alih tugas, pantang sendiri lah nampak gayanya. Lagilah ala kadar dan caca merba. Nak urus baby, nak urus anak-anak lain. Buat lah ala kadar asalkan emosi sentiasa terjaga.
Maka, jangan diungkit andai nampak ada tak betul dalam berpantang. Jangan disamakan pantang orzng dulu dengan orang sekarang.
Kadang nasib orang tak sama. Ada yang seronok masa berpantang. Ada yang struggle masa berpantang. Apa yang berbeza, sama-sama kita raikan.
#ummikhairullah
#ummianaklapan
#pantangsendiri
Kredit: Adawiyah Abdul Rahman
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)