Selepas bersalin, mungkin si ibu mengalami beberapa gejala yang dianggap tiada apa-apa. Maklumlah, tidak nampak dengan mata kasar. Si ibu sendiri mungkin tidak menyedarinya apatah lagi orang sekeliling seperti suami dan keluarga. Nampak normal, rupa-rupanya ada masalah lain.
Ketika bersalin, ibu akan kehilangan banyak darah serta tenaganya. Tidak kisahlah bersalin normal mahupun melalui pembedahan, letihnya sama sahaja. Bukan sahaja badan mengalami keletihan, minda dan emosi juga mudah terusik. Tambah penat! Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang cukup serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaganya.
Artikel Menarik: [Selaput Putih Tu Moisturizer Semulajadi Untuk Bayi, Bukan Kesan ‘Kuah’ Suami]
Dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihatkan semua ibu lepas bersalin supaya tidak memandang ringan terhadap kesihatan diri sendiri terutama jika mengalami beberapa gejala selepas bersalin yang dianggap bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu!
GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG TAK BOLEH DIPANDANG RINGAN
TANDA PALING BAHAYA!
#Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku
#Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin
kesan sampingan suntikan epidura, terutamanya duduk atau berdiri.
#Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
#Nafas pendek selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).
#Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.
#Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada #
#Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.
Artikel Menarik: [Boleh Berlaku Bila-Bila, Di Mana-Mana. Bersedialah Kalau Rasa Nak Bersalin]
#Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.
#Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.
#Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.
#Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.
#Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).
#Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.
Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.
#Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.
Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.
Artikel Menarik: [Ibu Berpantang Lalui Baby Blues Tu Wujud, Orang Sekeliling Jangan Ambil Mudah!]
Jangan ambil mudah sekiranya anda merasakan simptom-simptom ini. Untuk orang sekeliling, jangan dibiarkan si ibu bersendiri dan terasa diabaikan. Bersalin sememangnya memenatkan, si ibu sangat memerlukan perhatian dan rehat yang banyak. Semoga dengan perkongsian Dr Zubaidi ini dapat membantu anda melalui fasa berpantang dengan baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI