Sebenarnya ibu-ibu boleh buat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja. Mudah dan berkhasiat lagi. Dahlah ‘confirm’ bersih dan halal, bahan-bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja.
Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Mereka sedang membesar memang akan kerap mengunyah. Selain itu untuk si kecil yang baru belajar makan sendiri, biskut ini boleh jadi pilihan finger food yang baik untuk mereka.
Kalau yang beli di luar, kita tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan biskut komersil yang dijual walaupun dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak mesti mengandungi gula dan garam yang tinggi. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran si kecil.
Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20!
Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resepi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.
Bahan-bahan :
1 cawan unbleached flour
2 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar olive oil
Air secukupnya
Cara membuat :
1. Gaul semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
3. Canai nipis & terap menggunakan acuan pilihan
4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing-masing.
Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dijadikan stok snek untk si manja.
Sumber: Emilia Salim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Baru Belajar Makan Jangan Bagi Sebarangan, Kalau Ada 12 Tanda Ni, Si Kecil Mungkin Alah Pada Telur
Sebelum memperkenalkan sesuatu makanan pada bayi, penting untuk ibu-ibu ketahui apakah anak akan alah atau mengalami alergi atau tidak dengan makanan tersebut. Makanan yang sering menyebabkan anak-anak alah adalah telur, susu, kakacang dan sebagainya.
Adakah anak yang mempunyai alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang ibu bapa perlu tahu. Jom periksa si manja sekarang!
Memahami masalah alergi protein telur
Alahan telur atau alergi protein telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur.
Badan akan memberi tindak balas seumpama telur adalah bahan berbahaya.
Situasi ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini akan merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia.
Keadaan ini pada akhirnya akan mengembangkan tanda anak alergi makanan seperti alahan telur.
Faktor risiko wujudnya alergi protein telur
Jika anda atau pasangan mempunyai alahan ini, maka berkemungkinan besar si manja juga akan mengalami keadaan yang sama.
Terdapat beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk mengembangkan alahan ini, seperti:
Dermatitis atopik
Kanak-kanak dengan kulit jenis ini adalah lebih berisiko dan cenderung untuk mengalami alahan makanan berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah kulit.
Sejarah keluarga
Anda berisiko tinggi untuk mengalami alergi makanan jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa menghidap asma, alahan makanan atau jenis alahan lain seperti ekzema.
Usia
Keadaan alahan ini adalah 1 yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Seiring pertambahan usia, sistem pencernaan akan menjadi matang dan reaksi alahan semakin kurang berlaku.
Mengenali puncanya
Reaksi berlebihan sistem imun adalah punca kepada alergi makanan. Alahan telur berlaku kerana sistem pertahanan badan keliru dan menganggap protein telur sebagai berbahaya.
Jadi, jika anda atau anak bersentuhan dengan protein telur, sel sistem antibodi badan akan mengesan dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan bahan kimia lain. Ia sekali gus menyebabkan wujudnya tanda dan simptom alahan.
Sama ada putih atau kuning telur, kedua-duanya mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alergi. Tetapi biasanya alahan kepada putih telur paling biasa untuk berlaku.
Bagi bayi yang menyusu juga cenderung mengalami alahan kepada protein telur ini jika ibu yang menyusu badan memakan telur.
12 tanda bayi alergi makanan
Tanda dan gejala alergi protein telur pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi sama seperti penyakit konvensional. Simptom mungkin akan kelihatan selepas beberapa minit hingga sejam.
- Kegatalan kulit
Wujud benjolan, tompokan atau ruam merah yang menyebabkan rasa gatal yang ringan hingga kronik. Komplikasi keadaan ini boleh menyebabkan ekzema.
- Bengkak bibir
Anda mungkin akan menyedari bengkak pada bibir dan juga lidah si kecil.
- Mata merah
Anak dengan alergi makanan mungkin akan mengalami mata yang merah disertai dengan rasa gatal, bengkak serta pengeluaran air mata secara berlebihan.
- Hidung tersumbat
Adakalanya, alahan ini juga boleh menyebabkan hidung menjadi tersumbat. Selain itu akan wujud hingus, kemerahan dan kegatalan pada bahagian hidung.
- Bengkak pada tekak
Keadaan ini mungkin sukar untuk dilihat, tetapi boleh dikenal pasti apabila anak menunjukkan rasa tidak selesa atau kesukaran untuk menelan.
- Sakit perut
Anak yang mengalami alergi makanan mungkin akan berdepan dengan situasi kesakitan pada perut atau mengalami cirit-birit.
- Muntah dan loya
Sesetengah kanak-kanak dan bayi akan kelihatan tidak selesa kerana rasa mual yang berterusan. Keadaan ini cenderung menyebabkan mereka muntah.
- Sesak nafas
Jika si manja mengalami alahan makanan, mereka akan berdehit dan bernafas dengan cepat. Sekiranya berterusan, masalah asma mungkin boleh terjadi.
- Denyutan jantung
Anak yang diserang alergi protein telur akan berdepan situasi denyutan jantung yang lemah, sekali gus menyebabkan rasa pening kepada mereka
- Kegelisahan
Anak anda mungkin akan diserang gangguan kegelisahan dan secara tiba-tiba mereka mungkin akan pengsan.
- Demam
Alahan makanan yang dialami boleh menyebabkan si manja mengalami peningkatan suhu badan. Keadaan ini sering disertai dengan simptom lain yang dinyatakan di atas.
- Anafilaksis
Dalam tindak balas alahan yang melampau, anak anda mungkin akan mengalami kejutan anafilaksis. Ia adalah 1 keadaan yang boleh mengancam nyawa.
Terdapat beberapa gejala yang mungkin berlaku:
- Kesakitan kronik pada abdomen sehingga berlaku kekejangan otot
- Pembengkakan otot tekak yang menyekat saluran udara dan menyukarkan pernafasan
- Peningkatan kadar denyutan jantung dan nadi
- Peningkatan nadi mendadak secara tiba-tiba diikuti dengan penurunan tekanan darah drastik. Ia boleh menyebabkan anak mengalami pening kerana kekurangan darah yang dipam ke otak dan boleh menyebabkan mereka tidak sedarkan diri
Anafilaksis boleh menyebabkan kematian dan memerlukan pemerhatian perubatan yang segera!
Pemeriksaan doktor
Anda harus memahami alahan telur adalah berbeza dengan kepekaan (sensitiviti) atau intoleransi.
Walaupun tindak balas yang berlaku hampir sama tetapi dalam hal berkaitan kepekaan makanan kesannya lebih perlahan dan lebih ringan.
Namun yang pasti, alergi atau kepekaan makanan berkait rapat dengan sistem imun. Manakala intoleransi makanan pula berhubung dengan sistem gastrousus.
Jika wujud keraguan atau kebimbangan tentang keadaan anak, sebaiknya lakukan pemeriksaan untuk menentukan keadaan tepat.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Stres Kalau Anak Picky Eater! Mama Boleh Cuba 5 Resipi Mudah Tambah Berat Badan Anak
Nak pesan mommy jangan stress kalau berat anak tak naik macam kita harapkan. Cuba enjoy dan pelbagaikan menu anak-anak. Kalau mommy stress siapa nak masak utk anak? Takkan jiran sebelah rumah pulak.
Kakak pernah hadap situation yang sama jadi memahami feeling kecewa tu. Nah tujuan kakak selit resipi nie semua utk bagi semangat balik dan for sure bg ilham untuk mak-mak prepare menu untuk anak masing-masing. Jadi mommy jangan stress kita enjoy okay. Resipi ada di setiap gambar. Selamat menjadi supermommy semua.
NO SUGAR NO SALT BELOW 2 YEAR.
TOMYAM AYAM
CARA-CARA
– tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan tomato paste dan tumis sehingga garing.
– masukkan air, ayam, serai dan carrot. Masak sebentar.
– masukkan brocoli, celery dan tomato.
– akhir sekali masukkan daun ketumbar.
(boleh masukkan daun limau purut utk menambahkan lagi aroma wangi)
(boleh masukkan air limau sedikit jika umur anak 1 tahun ke atas)
TELUR DADAR
Telur dadar nie kawan dengan tomyam ayam. Baru la ngam!
KARI SALMON
CARA-CARA
– tumis bawang dan daun kari dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan rempah kari (bancuh sedikit dengan air) sehingga garing.
– masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
– masukkan ikan dan keledek. Siap!
SUP BAYAM
CARA-CARA
-tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan air dan cbs.
– masukkan carrot dan masak sehingga agak lembut.
– masukkan enoki dan suhun.masak sebentar.
– akhir sekali masukkan bayam. Siap!
KURMA TELUR
CARA-CARA
– tumis bawang dan 4 sekawan dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan rempah kurma (bancuh sedikit dgn air) sehingga garing.
– masukkan santan dan kentang.Masak hingga mendidih.
– masukkan telur dan reneh sehingga masak. Siap!
Selamat Mencuba!!
Sumber: Facebook Shazney Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Perap, Donut Ball 2 Bahan Ni Paling Pantas Nak Buat, Gebu Sungguh!
Sepinggan donat boleh buat anak-anak berebut dan gembira keriangan. Mana tidaknya, rupa bentuk donat dan rasa kuihnya yang sedap disalut dengan gula buat anak cukup suka.
Pun begitu, hendak membuat donat mengambil sedikit masa. Perlu direhatkan sekejap untuk yis naik dan berkembang cantik. Resipi donat dua bahan yang dikongsikan oleh Reha Rahma ini memang senang. Tak perlu perap pun!
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.
Bahan-bahannya:
Yogurt perisa asli 1 cup (130g)
3/4 cawan tepung naik sendiri
Gandakan sukatan jika nak masak lebih
Campurkan dua bahan tadi.
Macam ni jadinya tekstur adunan tu.
Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.
Boleh angkat bila dah nampak kaler perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak. (Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu.
Macam tu kejadiannya. Golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Kelembutan dan kegebuannya memang puas hati.
Menarik: Cek Mek Molek Inti Cream Cheese Untuk Bayi 8 Bulan, Guna 3 Bahan Je
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI